Langkau ke kandungan utama

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Bagaimanakah caranya untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB? Ramai yang bertanyakan kepada saya samada menerusi email mahupun di laman sosial mengenai cara-cara untuk memohon skim khas pemilikan rumah di bawah RMR1M SPNB ini.

Sebelum ini saya telah kongsikan sebuah artikel bergambar yang telah menarik perhatian ramai mengenai peluang baru untuk mendapatkan rumah sendiri dengan pemberian subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 untuk kos faedah pinjaman - Kategori RMR1M dan Syarat Terkini SPNB

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Contoh rumah siap RMR1M
Walaupun saya ada ceritakan secara ringkas cara-cara untuk memohon dalam artikel dinyatakan itu, tetapi nampaknya ia tidak begitu difahami, dan ramai yang terlepas pandang.

Ok. Kali ini saya kongsikan dalam bentuk grafik yang menunjukkan carta alir proses memohon RMR1M ini. Kepada yang berminat, bolehlah rujuk pada carta alir ini bagi membuat permohonan RMR1M.
Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Mungkin ada yang tertanya-tanya, berapa lama proses yang diambil untuk permohonan diluluskan? Sebenarnya pihak SPNB menerima ribuan permohonan setiap bulan, dan proses penilaian bukanlah satu yang mudah. Malah, ia melibatkan dua peringkat:
  1. Penilaian Pada Syarat Permohonan
  2. Penilaian Pada Syarat Pinjaman
Hanya setelah melepasi kedua tapisan dan penilaian ini barulah si pemohon dapat membina dan memiliki rumah mesra rakyat yang diidamkan.

Cuba anda lihat pada perangkaan di bawah ini berkaitan permohonan RMR1M dari seluruh Malaysia. Jika anda telah memohon, anda mungkin berada di dalam mana-mana statistik dan angka ditunjukkan. (sila klik gambar jika tidak berapa jelas)
Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB
Kalau anda perhatikan, ada permohonan yang dinilai layak pada tahun 2015 terpaksa dibawa ke tahun perlaksanaan 2017. Mengapa ini berlaku?

Sebabnya adalah:
  • Kuota subsidi oleh kerajaan bagi setiap kawasan Parlimen
  • Kuota subsidi diperuntukkan dalam SPNB
  • Masalah kelulusan pinjaman oleh pihak bank
  • Penilaian ke atas tapak dan pelan rumah
Jadi, anda yang telah memohon perlu banyak bersabar sebelum kelulusan diperoleh. Ramai yang mengadu kepada saya bahawa mereka telah lama membuat permohonan ke pihak SPNB, tetapi masih gagal menerima sebarang bentuk respon.

Untuk memudahkan anda, sila berhubung dengan mana-mana cawangan SPNB yang berdekatan, atau mungkin boleh bertanya terus ke pejabat Adun dan Parlimen kawasan anda.

Senarai Pejabat SPNB Mengikut Negeri

Artikel ini saya sediakan untuk memberikan pencerahan mengenai proses permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia oleh SPNB. Saya bukanlah agen SPNB mahupun wakil bank pemberi pinjaman perumahan RMR1M, tetapi lebih kepada mahu menyalurkan info dan maklumat agar lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai rumah mengetahui peluang yang ada.

Untuk mereka yang tidak layak memohon projek perumahan RMR1M ini, anda boleh baca artikel di bawah sebagai alternatif untuk mendapatkan rumah sendiri:

[Baca] Permohonan dan Borang Projek RMRPlus SPNB

Saya doakan permohonan RMR1M SPNB anda berjaya, in Sha Allah.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Terima kasih bro HH kongsikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama .. semoga ada manfaat pada semua yang membaca

      Padam
  2. terima kasih great perkongsian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih .. bolehlah gi melancong time cuti sekolah ni ye .. huhuhu

      Padam
  3. terima kasih HH kongsi maklumat ni..membantu..

    BalasPadam
  4. Ada tanah...tapi tak layak..ada org tu buat rumah atas nama adiknya yang kerja buruh..last2 adiknya tak bagi kat dia sebab dia sefamili nak duduk kat rumah mesra rakyat haknya itu..ishk3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak aihh .. ada ya yang jadi macam ni ...

      Padam
  5. xleh isi online ke mmg kna ambk borng kt pejabat wakil rkyat ea...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…