Permohonan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)

Satu berita gembira buat warga Wilayah Persekutuan yang ingin memiliki rumah mampu milik. Dan paling menariknya ialah kepada sesiapa yang mahu memohon, boleh melakukannya secara dalam talian menerusi RUMAWIP. Laman web ini baru sahaja dilancarkan pada 23hb Februari 2014.

Menerusi RUMAWIP adalah untuk permohonan memiliki rumah mampu milik bagi mereka yang telah tinggal, bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 3 tahun. Wilayah Persekutuan ini termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Permohonan Rumah Mampu Milik Wilayah (RUMAWIP)

Projek perumahan mampu milik RUMAWIP

Sebelum anda ingin memohon secara online rumah mampu milik menerusi RUMAWIP, syarat-syarat berikut perlulah dipenuhi.

Syarat Permohonan Rumah Mampu Milik Menerusi RUMAWIP

  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin atau bekerja minima 3 tahun di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan kasar isi rumah tidak lebih daripada RM6000 sebulan.
  • Tidak memiliki sebarang rumah kediaman di Wilayah Persekutuan.
  • Rumah mampu milik ini tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun setelah dibeli.
  • Pembeli perlu mendiami dan tidak boleh menyewa rumah mampu milik yang dibeli kecuali dengan kebenaran khas.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tinggal berhampiran dengan kawasan perumahan RUMAWIP yang dibangunkan.

Itu adalah antara syarat-syarat asas yang dikenakan kepada pemohon. Untuk memohon, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu di RUMAWIP. Anda hanya boleh memohon apabila terdapat projek perumahan mampu milik yang dibuka untuk tempahan. Apabila ada projek perumahan mampu milik yang akan dibangunkan, anda perlu login sistem pendaftaran untuk memohon secara online.

Borang Pendaftaran Online RUMAWIP

Permohonan dan pendaftaran rumah mampu milik RUMAWIP

Dokumen-Dokumen Berkaitan

Sekiranya permohonan tersebut layak untuk diproses, maka pemohon akan diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan/Surat Cerai / Sijil Kematian
  • Penyata Gaji Terbaru
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan
  • Salinan Bil Elektrik/Air
Kemudian, satu proses undian akan dilakukan bagi permohonan yang telah layak untuk diproses. Jika layak, surat jemputan untuk proses undian akan dihantar kepada pemohon menerusi email. Pemohon perlu semak email dan kemduian daftar masuk ke sistem RUMAWIP untuk melihat status permohonan.

Jika permohonan berjaya dalam proses pengundian ini, satu surat pengesahan akan dihantar menerusi email.

Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada pemaju yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pihak pemohon akan berurusan dengan pemaju sehingga pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi:

Talian Am: 03-88897888
Email: urusetiarumawip@kwp.gov.my
Laman web: https://rumawip.kwp.gov.my


6 comments.. read them below or add one

Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum February 25, 2014
selamat pagi
singah blog awk dulu
hehe
baby comel baby comel February 25, 2014
Org KL boleh la manfaatkan sepenuhnya peluang yg ada ni. Saya orang perak, kena tunggu la kalau Kerajaan negeri ada buat camni. Hehhe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 26, 2014
Betul. Ambil peluang bila ada kesempatan. Penang ada dah .. perak ada kot .... :)
AnonymousAnonymous May 06, 2014
bujang boleh memehon x?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.