12 November 2017

10 Soalan Maut Panel Penemuduga Kerjaya Sektor Awam

Tags

Musim temuduga ehh sekarang ni? Ramai betul yang mencari maklumat berkaitan temuduga, terutama sekali temuduga kerja kerajaan. Menurut laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, untuk bulan November 2017, terdapat beberapa sessi temuduga untuk jawatan-jawatan dalam kerajaan seperti Pegawai Meteorologi, Pegawai Penyelidik, Pembantu Tadbir, Pembantu Am, Penolong Pegawai Sains, Penolong Penguasa Bomba, dan Jurutera.

Semua temuduga akan dijalankan mengikut tarikh yang telah ditetapkan kepada setiap calon yang memohon menerusi laman web SPA. Untuk mereka yang tidak pasti, dan mahu mengetahui tarikh tepat temuduga SPA untuk jawatan-jawatan yang telah dipohon, boleh semak di SINI.

10 Soalan Maut Panel Penemuduga Kerjaya Sektor Awam

Bukan mudah untuk masuk ke dalam kerja kerajaan ini. Banyak tapisan dilakukan bermula dari peringkat permohonan awal, kemudian peperiksaan online, seterusnya temuduga. Calon-calon yang terpilih bukan setakat diuji daripada segi pengetahuan am, pengetahuan berkaitan kerjaya, tetapi juga diuji dari segi ketahanan mental dan juga fizikal, bergantung kepada jawatan yang dipohon.

Soalan Temuduga Untuk Kerjaya Sektor Awam

Buat calon yang memohon yang telah berjaya lulus di dalam proses penyaringan awal, iaitu penelitian resume serta peperiksaan, tahniah diucapkan. Seterusnya, kena hadapi proses temuduga yang pastinya lebih mendebarkan kerana perlu berhadapan dengan penemuduga.

Penemuduga akan menilai dari segala sudut berdasarkan apa yang penemuduga lihat, nampak, serta dengar. Temuduga adalah satu proses yang cukup kritikal kerana ia akan memperlihatkan kredibiliti serta personaliti anda. Semuanya bakal didedahkan dengan soalan-soalan maut yang bakal ditanya oleh penemuduga.

Untuk temuduga kerja kerajaan, terutama yang diuruskan oleh pihak SPA, selalunya akan ada beberapa soalan skema yang bakal ditanya kepada calon-calon. Ianya adalah soalan-soalan yang dianggap soalan maut bagi kebanyakan calon. Soalan temuduga ini nampak mudah dan senang, tetapi jika salah menjawab atau tidak kena dengan kriteria jawatan yang dipohon, alamatnya result temuduga calon tersebut pasti mengecewakan.

10 Soalan Maut Dalam Temuduga Kerja Sektor Awam


Anda terpilih dipanggil untuk temuduga kerja jawatan bulan ini? Nak tahu tak 10 soalan maut panel penemuduga yang sering ditanya untuk jawatan dalam kerajaan? Ok, saya berikan kepada anda ... antaranya banyak soalan maut temuduga.

  1. Terangkan Tentang Diri Anda?
  2. Apakah Kelemahan Terbesar Anda?
  3. Anda Sudah Bekerja! Mengapa Anda Memohon Jawatan Ini?
  4. Apakah Sikap Positif & Negatif Diri Anda?
  5. Apa Kelebihan Anda Berbanding Calon Lain?
  6. Kenapa Anda Mahu Kerja Dengan Kerajaan?
  7. Apa Pendapat Rakan Sekerja Anda Tentang Diri Anda?
  8. Apakah Pencapaian Terbesar Anda?
  9. Apa Alasan Anda Untuk Berhenti Di Tempat Kerja Lama?
  10. Apa Anda Nak Buat Kalau Pekerja Bawahan Anda Malas?

Aha amacam? Anda dah ada jawapan? Berapa peratus keyakinan anda dengan jawapan kepada 10 soalan maut panel temuduga di atas?

Ya, 10 soalan maut penemuduga ini nampak biasa. Tetapi ia akan anda hadapi dalam banyak versi dan dalam bentuk soalan yang berbeza, bergantung dengan jawatan yang anda pohon. Anda perlu faham, penemuduga juga akan datang dari pelbagai latar dan agensi dalam kerajaan. Mereka ada skema jawapan yang tersendiri.

Persoalan sekarang ialah bagaimana nak menjawab dengan betul lagi tepat? Apakah jawapan paling bernas dan sesuai untuk 10 soalan maut seperti di atas tu?

Anda perlu rujukan. Anda perlu satu sumber yang boleh bantu anda untuk susun ayat bagi memberikan jawapan yang benar-benar dapat menarik perhatian penemuduga. Paling penting, jawapan yang diberikan untuk 10 soalan maut tersebut menepati apa yang diperlukan dalam jawatan yang dipohon.

Mahu tahu jawapan yang sesuai untuk 10 soalan maut di atas tu? Klik Sini.


Persaingan dalam permohonan jawatan kerja kerajaan memang tinggi. Anda perlu bersaing dengan ribuan calon lain, termasuk yang telah mempunyai pengalaman bekerja bertahun. Tetapi jika anda lakukan persediaan, dan menampakkan keyakinan terhadap jawatan yang anda pohon, in Sha Allah .. proses temuduga akan menjadi lancar.

Buatlah persediaan, ia akan menjadikan anda lebih yakin selain memberikan kelebihan kepada calon-calon lain.

Seandainya anda dipanggil oleh SPA untuk temuduga, mungkin rujukan INI sesuai untuk anda.

Semoga bermanfaat, dan selamat berjaya dalam temuduga kerja dalam kerajaan.Pastikan anda lulus ya !! Buatlah persediaan ...

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

1 Komen sahaja

good info. visit http://www.ketamkecil.com/pemakanan-untuk-pesakit-kencing-manis-untuk-kurangkan-risiko-serangan-jantung/

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon