Memori Maggie Rendam

Borong Online dari China
Di satu malam yang sejuk, hujan turun dengan lebat di luar rumah ... tiba-tiba perut rasa tersangat lapar. Uhh .. belek apa yang ada di dalam dapur. Lauk pauk lebihan tengahari nampaknya tak berjaya menarik selera. Buka almari ... waaaa ... ada mee segera. Dalam hati terus berkata ... "Masak megi ni sedap jugak ..".

Nampak flash tepi dinding. Angkat. Ada isi. Yeah .... tak payah masak air panas. Air panas dah siap dalam flash. Boleh masak mee segera.... Maggie Rendam!

Memori Maggie Rendam

Memori Maggie Rendam
Siapa yang pernah masak mee segera macam ni? Cara paling mudah, ambil air panas ... masukkan dalam bekas bersama mee segera dan perencahnya, dan tutup serta biarkan ia mengembang. Tak perlu nak memasak dalam kuali atau periuk ... tunggu dalam masa 2-3 minit, mee segera boleh terus dimakan!

Maggie, Mamee dan Indomie

Zaman saya dulu, jenama Maggie, Mamee, dan Indomie adalah jenama popular untuk mee segera rendam ni, apatah lagi ketika itu saya masih belajar di sekolah asrama. Uhh ... semasa belajar Matrikulasi pun sama gak, mee maggie rendam boleh dikatakan agak kerap juga jadi menu.
Memori Maggie Rendam

Masak Dalam Gayung .. Tak Pun Baldi !!

Best oo makan maggie rendam ni. Kalau diingatkan, ia adalah sebahagian memori manis ketika zaman muda-muda. Kalau nak tahu, saya dengan kawan-kawan dulu masak maggie rendam ni gunakan gayung, air panas ambil dari pantri ... takpun curi-curi masak air guna heater coil (sangat bahaya) tu.

Aha .. gayung tu. Kalau kami buat 'kenduri' makan ramai-ramai satu dorm atau satu bilik, kami masak guna baldi!! Baldi weihh .. bila ingat balik ... uhh macamana la ketika itu sanggup makan maggie rendam masak dalam baldi .. haha... dah la baldi tu tempat perap baju-baju kotor, spendar .. hahaha...

Rasa puas makan, sebab mee segera yang dimasak cara rendam ni akan mengembang. Jadi, kalau makan sebaldi tu ... ada la dalam 5 bungkus .... boleh kongsi makan lebih kurang dalam 15 orang. Satu dorm tu dalam 20 orang .. so bayangkan la ... meriahhh oooo ..

Benda sikit, makan kongsi pula memang rasa nikmat sungguh. Berkat barangkali yang membuatkan 5 bungkus mee segera rendam boleh kenyangkan kami waktu malam ... lag-lagi time study week.

Anda ada memori maggie atau mee segera rendam tak?

Kalau nak cuba buat - jika tak pernah buat ... dinasihatkan gunakan mangkuk ye ... jangan lak cuba masak dalam gayung atau baldi, kang nanti ada nampak ... mereka akan kata ... "oii dah buang tebiat ke .. " hahahaha.





Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

7 Comments

  1. maggie rendam is the lejen. Tak pernah lagi rendam dalam baldi, rendam dalam jag air adalah masa zaman dok hostel dulu2... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. pompuan tak buat cara ganas cam saya buat tu .. ekekeke

      Delete
  2. Memang best lah memoir Meggie rendam ni. Zaman belajar dulu memang inilah makanannya. Sekarang pun Ada juga makan bila tiba craving tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada masa-masa dia tu ... time hujan lebat, pastu letrik tak ada .. hmm jerang air, terus rendam .. perghhh sedapppp

      Delete
  3. maggie mudah kembang...mammee dia pejal tu macam spring...kalau cintan..kuat betol bau pengawet dalam mee..tapi paling tak lupa tom yam ruzki..pergghhh

    ReplyDelete
  4. Memori sungguh makan maggi rendam ni masa jadi student U dulu

    ReplyDelete
  5. tetiba teringat zaman skolah asrama dulu. Malam2 buat mee maggie rendam air panas pun jadi.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.