4 September 2017

Selamat Hari Raya Qurban - Ini Kisah Saya Sekeluarga


Selamat Hari Raya Qurban 1438H. Apa cerita hari raya anda kali ini? Saya pasti ada cerita tersendiri di sebalik cuti panjang, apatah lagi setelah Perdana Menteri umumkan yang 4 September 2017 adalah cuti umum sempena kejayaan Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Ramai yang ambil kesempatan dengan cuti panjang ini untuk pulang ke kampung. Jika ada anak-anak bersekolah, pastinya ia waktu terbaik untuk bawa mereka bertemu sanak-saudara. Nanti tak ketahuan pula siapa sepupu dan sepapat bila jarang bertemu ni.

Kisah Hari Raya Qurban 1438H

Kisah Hari Raya Qurban 1438H
Kisah Hari Raya Qurban 1438H
Saya dan famili selain pulang ke kampung sempena Hari Raya Qurban, kami juga ambil kesempatan untuk bercuti. Kali ini, kami pulun bercuti ke beberapa tempat percutian sekitar Perak.

Cuti Awal Untuk Penggal Pertengahan Persekolahan

Isteri saya dapat kelulusan cuti selama seminggu, malah sebelum bermulanya cuti penggal persekolahan secara rasmi, kami dah mula bercuti. Jadinya, kami terlajak cuti beberapa hari awal sebelum cuti sebenar bermula. Sakan tu .. hahaha.
Bercuti di D Hotel Seri Iskandar
Mula-mula sekali, kami habiskan masa selama 2 hari di Seri Iskandar, Perak. Saya dan anak-anak habiskan masa di D'Hotel Seri Iskandar. Sebuah hotel yang selesa, lengkap dengan kemudahan shopping mall yang bersebelahan, selain swimming pool yang terletak di paras atas hotel. Harga penginapan semalam di D'Hotel Seri Iskandar, anda boleh rujuk gambar di atas ... :)

Gambar di bawah pula adalah antara kemudahan menarik yang ada untuk para tetamu yang menginap di hotel ini. Kalau bawa anak-anak, hotel yang ada kolam renang macam ni memang antara keutamaanlah dalam pemilihan, ye tak?
Kemudahan di D'Hotel Seri Iskandar

Dari Parit Buntar ke Sungai Petani

Kemudian, kami kembali ke Parit Buntar, sebelum ke bahagian utara Semenanjung untuk jenguk-jenguk Chalet Teluk Bayu, Sungai Petani, Kedah. Sempatlah juga kami singgah lepaskan dahaga tekak di sebuah restoran yang terkenal dengan cendol iaitu Mat Top Cendol.

Sila jamu mata dengan Cendol Durian Mat Top di bawah ni .. nampak menyelerakan tak?
Rasa Nikmat Cendol Durian Terkenal Mat Top Sungai Petani
Di restoran Mat Top Cendol, isteri saya akhirnya dapat lepaskan keinginan untuk merasa Cendol Durian yang sememangnya terkenal di situ. Selain cendol, ada beberapa menu yang menarik perhatian, in Sha Allah ... saya akan ceritakan di dalam post yang lain.
Follow blog ini untuk tidak terlepas cerita. Klik Sini Untuk Follow.
Hari berikutnya, di awal minggu cuti penggal persekolahan, saya dan isteri bawa anak-anak bercuti beraktiviti buat kali keenam ke Rockbund Fishing Chalet, Marina Island, Teluk Batik. Ia untuk melepaskan gian lama tak memancing.
Bercuti Memancing di Rockbund Fishing Chalet, Marina Island

Di Rockbund Fishing Chalet, dapatlah Zikri anak saya yang gemar memancing menaikkan ikan Kerapu seberat lebih sekilogram. Atas kejayaan tu, pihak chalet hadiahkan sehelai t-shirt Rockbund kepadanya. Uhh bukan main seronokkk....

Dari Rockbund Fishing Chalet ke Swiss-Garden Beach Resort

Sehari bermalam di Rockbund, isteri saya ambil keputusan untuk sambung percutian ke salah satu tempat peranginan yang agak terkenal di Lumut, Perak. Dah lama sebenarnya simpan hasrat untuk menginap di tempat ini, alhamdulillah .. menerusi laman web Traveloka, kami dapat tawaran terbaik untuk menginap di hotel peranginan bertaraf bintang.
Swiss Garden Beach Resort Damai Laut


Hotel bertaraf bintang yang saya maksudkan ialah Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Isteri saya dapat tawaran menginap di sini dengan harga penginapan semalam di bawah RM200. Memang jauh lebih murah daripada apa yang ditawarkan menerusi laman web rasmi hotel ini.

Nanti saya akan ceritakan pengalaman menginap di hotel ini di lain post ... in Sha Allah.

Setelah berhari-hari tinggalkan rumah, kami pulang dan buat persiapan untuk cuti Hari Raya Qurban pula.

Lagi sehari nak berhari raya, saya dan keluarga pulang ke kampung untuk beraya di Parit, Perak. Parit ialah kampung halaman isteri saya. Kali ini, adik beradik sebelah isteri dari KL, Taiping dan Putrajaya dapat pulang. Begitu juga dengan emak saya yang menetap bersama adik saya di Ampang, Selangor .. turut pulang berhari raya di kampung saya di Batu Gajah, Perak.

Malam raya, sebaik sahaja bertemu dengan adik-beradik sebelah isteri, terus bermalam di kampung saya. Jarak tak jauh mana, jadi tak ada masalah untuk balik. Jalan pun tak jem.

Tahun ni, kami tak dapat nak buat Qurban seperti tahun lepas dan tahun sebelumnya. Bukan rezeki kami untuk melakukannya tahun ni. Isteri saya agak ralit juga sebab terlepas kesempatan untuk buat ibadah Qurban bersama dengan komuniti di tempat kami.

Tak mengapalah. In Sha Allah, andai panjang umur, rezeki murah ... akan dibuat Qurban dan Aqiqah untuk baby Najmi, pastinya.

Ok, cerita pasal Raya Qurban.

Hari raya pertama tak ada apa yang dapat dikongsikan. Sepatutnya ada majlis Qurban di kampung, tetapi disebabkan oleh faktor masa, ia ditangguhkan di hari kedua raya.

Dan nak dijadikan cerita, tahun ni tak ada persiapan Raya Qurban dibuat. Rendang, lemang, mahupun ketupat tak ada sebagai hidangan. Nasib baik, emak saya ada pesan dodol dan juga biskut siput dari jiran kampung. Aha .. itulah hidangan kami di hari raya pertama.

Isteri pula ada buatkan kek pisang yang nampaknya menjadi kegemaran semua. Makan tengahari di hari raya pertama Raya Qurban, adik saya pergi beli KFC Bucket ... hahaha .. adui .. terus teringat kisah Raya Qurban tahun sebelumnya di mana pagi raya saya dan keluarga isteri terpaksa makan di Pizza Hut Seri Iskandar.

Susah juga bila tak ada juadah raya ni. Nak masak, bahan mentah memang susahlah nak dapat di pagi raya. Maka hadaplah apa yang ada.

Petang Raya Qurban, saya dan famili terus menuju ke Kg Baru, Ayer Tawar. Destinasi kami pastinya Chalet Amir yang menjadi lokasi memancing ikan Siakap setiap tahun. Ia merupakan satu aktiviti tradisi sebelah keluarga isteri saya ketika Hari Raya Qurban.

Haha... memancing dengan berbaju raya tu ... jarang orang buat ni .. hehehee....
Hari Raya Haji di atas pelantar Chalet Amir
Hasil Pancing Chalet Amir di Hari Raya Qurban
Maka, berhimpunlah kami semua di petang Raya Qurban pertama di Chalet Amir, Kampung Baru, Ayer Tawar. Kami bermalam selama sehari. Masak makan minum semuanya di chalet kerana ada kemudahan dapur memasak selain dua bilik tidur yang luas lengkap berhawa dingin.


In Sha Allah, nanti saya akan cerita lebih detail mengenai Raya Qurban di Chalet Amir ni ....

Rezeki. Saya berjaya naikkan beberapa ekor ikan .. jeng jeng .. dan Siakap, si Raja Muara antara spesies ikan yang saya berjaya naikkan pada petang Raya Qurban tu. Alhamdulillah.

Selesai sahaja, terus berkemas dan pulang ke kediaman masing-masing.

Bila tiba sahaja di Parit Buntar, kami dapat tahu hujan lebat telah melanda tanpa henti sehingga menyebabkan banjir kilat di sebahagian besar pekan baru Parit Buntar. Rumah ayah sedara saya pun tidak terlepas, katanya inilah pertama kali rumah dimasuki air disebabkan banjir.

Allahu Akbar. Dapat tahu banyak juga premis perniagaan, termasuk premis kerajaan dimasuki air akibat banjir kilat ni. Harapnya mereka semua dapat bertabahlah dengan dugaan ni ..

Yeah, begitulah cerita raya Qurban saya sekeluarga. Cuti yang panjang memang cuba dipenuhi dengan sebaiknya.

Akhir sekali untuk pembaca blog ini, saya ucapkan Selamat Hari Raya Qurban 1438H. Jangan lupa untuk like fanpage blog ini di sini - https://www.facebook.com/hasrulhassancom

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

10 Komen

untungnya pandai mengail.

sangat menarik cerita bro HH sekeluarga sepanjang cuti sekolah..

mudah-mudahan dimurahkan rezeki saya pun akan meluangkan masa untuk berbuat demikian..

akhir kata..

selamat Hari Raya Qurban bro HH

Wow! Sakan tu.
Apa-apa pun selamat bercuti.

Selamat hari raya Qurban.
Seronoknya bercuti di sana, sini, situ.

Bestnya boleh jalan2 sokmo...

Haha .. memang dah selamat bercuti pun. Dah mula sekolah ni .. :P

Selamat Hari Raya juga ... :) in Sha Allah, bila dah masuk umur 40 nanti, akan ada banyak masa untuk ini.

Alhamdulillah. Rezeki yang ada kongsi dan rasai bersama keluarga.

Selamat hari raya aidiladha.

Cerita yang menarik dan santai. Best pulak baca.

Selamat Hari Raya Aidil-Adha sifu ..

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon