Hasil Memancing Muara Kampung Baru Ayer Tawar, Perak

Memang berbaloi menginap di D'Amir Chalet and Fishing Corner, Kampung Baru Ayer Tawar ni ... dan alhamdulillah, trip memancing di chalet ini bersama adik dan emak saya membuahkan hasil yang boleh dikatakan lumayan. Saya telah berjaya menaikkan 6 ekor Siakap, manakala adik saya 1 ekor Gerut-Gerut, dan 1 ekor Tetuka. Adik ipar dan anak-anak berjaya menaikkan 4 ekor Kitang.

Trip memancing ini adalah seminggu selepas Raya Aidilfitri 2016. Kami sewa dua buah chalet di D'Amir Chalet, dengan harga dari RM120 dan RM140 sebuah. Ada chalet lain ditawarkan dengan harga serendah RM80 semalam. Harga berbeza disebabkan kemudahan, saiz dan kedudukan chalet. Dan ada lebih daripada 10 buah chalet di sini ... huhu.

Hasil Memancing Muara Kampung Baru Ayer Tawar, Perak

Seingat sayalah, ini merupakan penginapan buat kali kelima kot di chalet ini. Di chalet serupa juga, adik ipar saya pernah menaikkan lebih 10kg ikan Siakap ... jadi, tempat ni memang menjadi lubuk ikan Siakap liar dan popular di kalangan pemancing sekitar kawasan Lumut, Setiawan dan Manjong. Lagipun, kawasan muara Kampung Baru, Ayer Tawar ini juga berdekatan dengan Jambatan Bainun, Segari .. yang memang dikenali sebagai lubuk ikan-ikan besar seperti Pari, Jenahak, Siakap, GT dan beberapa spesies yang lain, termasuk juga Kerapu.

[Baca] Lihat gambar adik ipar saya naikkan Siakap lebih 10kg - Siakap Chalet Amir Kampung Baru Ayer Tawar

Gambar Hasil Memancing di Chalet Amir, Kg Baru

Nah .. meh saya jamu mata anda dengan hasil tangkapan saya baru-baru ini .. hoho .. sila jangan jeles, sebab ini rezeki Allah S.W.T berikan...huhu .. sebelum ni saya bangau je ... dan alhamdulillah, berkat sabar terus memancing di chalet ini, saya dah menaikkan 9 ekor Siakap liar di muara sungai Kampung Baru, Ayer Tawar, Perak. Jauhh oo saya datang .. dari Penang ke sini ...
Memang syokkk ... kalau anda leh tengok apa di dalam hati saya ketika menaikkan ikan Siakap ni ... fuhh mesti penuh dengan bunga-bunga matahari ... hehehe.

[Baca] Tempat Sarapan Best Bila Memancing di Chalet Amir

Emak saya suka, isteri saya seronok .. anak-anak teruja. Kegembiraan mereka melihat saya berjaya menaikkan ikan Siakap takkan saya lupa.
Hasil Memancing Muara Kampung Baru Ayer Tawar, Perak

Masak Ikan Hasil Pancing di Restoran Halimah

Dah dapatkan hasil tangkapan memancing ini, kami pakat untuk masak ikan-ikan ini di restoran berdekatan. Pilihan kami selalunya di Restoran Halimah, yang memang tidak pernah menolak permintaan kami untuk menyiang dan memasak ikan hasil pancing kami sejak 2 tahun dulu. Restoran ini terletak di sebelah Giant Manjong.

Nahh .... sedappppp ... segar dari laut weihh ....
Nak tahu banyak kisah saya dan keluarga pergi sana sini ... sila follow saya di Instagram ye .. in Sha Allah, saya akan kongsikan gambar-gambar percutian, tempat menarik untuk anda. Instagram saya di sini - http://www.instagram.com/hasrulhassan

Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh tinggalkan komen anda di bawah, in Sha Allah saya akan jawab.

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.