Jejak Kaki Pertama Kali di Hard Rock Hotel, Penang

Borong Online dari China
Hard Rock Hotel, Penang. Isteri saya memang lama dah teringin nak merasa menginap di hotel bertaraf bintang ini, yang memang terkenal. Namanya pun dah ada satu aura tersendiri yang menarik minat ramai untuk menginap di hotel ini.

Hotel Hard Rock Penang sememangnya sebuah hotel yang mempunyai kekuatan atas jenama. Sebelum ini, kami terutama isteri saya tak pernah impikan pun untuk dapat menjenguk Hotel Hard Rock. Tetapi apabila ada sahabat isteri saya pelawa kami untuk jenguk-jenguk hotel ini, memang kami anak beranak tidak lepaskan peluang.

Akhirnya Jejak Kaki Pertama Kali ke Hard Rock Penang

Pertama Kali ke Hard Rock Penang
Pertama Kali ke Hard Rock Penang
Sejak hotel bertaraf antarabangsa ini dibuka di Pulau Pinang, isteri saya dah simpan hasrat untuk bawa kami bercuti ke sini. Tetapi, atas bajet percutian kami yang agak ketat sejak kebelakangan ini... destinasi percutian terpaksa difikirkan semula.

Anda pun sedar kan, harga petrol sekarang semuanya dah cecah lebih RM2 seliter (ketika post ini ditulis), jadi kenalah berjimat dan berhemah sedikir. Pun begitu, kami sebolehnya untuk tidak mengecewakan permintaan anak-anak yang mahukan satu percutian yang menyeronokkan.
Pertama Kali ke Hard Rock Penang
Rezeki isteri saya. Ada kawan dia yang datang bercuti menginap di Hard Rock Penang. Beliau adalah seorang bekas usahawan dalam bidang travel ni. Jadi, dapatlah bilik Hard Rock Hotel yang best selain beberapa kemudahan add-on untuk anak-anak serta tetamu.

Best ada kawan yang ingat kawan .. kan kan?

Hahahaha .. dapatlah kami menumpang mandi di kolam renang Hard Rock Hotel yang heboh dikatakan sangat best tu di media sosial. Jika lihat pada beberapa review oleh rakan blogger saya, nampaknya swimming pool dan tempat main air di hotel bertaraf bintang ini menjadi tarikan utama.
Anda boleh baca review mereka ini:
Memang kebetulan pun kami berada dan bercuti di Penang. Pada ketika itu, kami menginap di sebuah hotel jenis apartment yang baru sahaja dibuka, iaitu Hotel Tropics 8 Suites yang memang best kalau bermalam - siap ada dapur lengkap dengan pinggan mangkuk!

Apa Yang Best di Hard Rock Hotel?

Maka, dengan jemputan kami anak beranak pun pergilah nak merasa apa yang best di Hotel Hard Rock Penang ni. Kami singgah agak lewat petang disebabkan terperangkap dengan jem ...

Masuk je menerusi pintu masuk Hard Rock Hotel, kami disambut mesra oleh kakitangan hotel. Lalu, saya, isteri, anak-anak termasuklah sahabat isteri saya terus menuju ke bahagian kolam renang hotel ini.
Hard Rock Penang Lobby


Fuh .. agak besar dan luas juga kawasan swimming pool ni. Ada 3 kolam besar tak silap saya, dan ia mesra kanak-kanak. Dan ada taman air mini berdekatan yang diawasi oleh staff hotel. Ahaaaa ... bila cakap taman air mini dan untuk kanak-kanak, for sure-lah untuk golongan 13 tahun ke bawah .. huhu.

Nasib baik saya tak ada keinginan untuk mandi manda di kolam renang. Kalau tak memang terpaksalah saya pakai swimming suit yang diwajibkan di sini. Uhh tak boleh nak sebarang pakai untuk buat kuak lentang di kolam renang Hard Rock Hotel ni.
Percutian di Hard Rock Hotel Penang
Pool Hard Rock Penang
Percutian di Hard Rock Hotel Penang
Holiday at Hard Rock Hotel, Penang, Malaysia
Hard Rock Hotel, Penang
Maka, saya cuma melepak di tepian kolam sambil cuci mata pelancong luar negara yang menginap di situ. And of course-lah saya perlu jaga anak-anak saya yang nampaknya sedang berseronok sungguh di kolam. Isteri saya pula terus ke bilik sahabat dia .....

Lebih kurang jam 8 malam, isteri saya ajak anak-anak untuk masuk bilik. Saya pula, disebabkan sahabat isteri saya tu perempuan, jadi ... saya ambil keputusan untuk berada di lobi hotel sahaja.

Tak Seluas Yang Disangka Dengan Harga

Dan bilik hotel menurut isteri saya tidaklah besar mana, jika nak dibandingkan dengan bilik penginapan di Hotel Lexis Suites Penang yang ada kolam mandi private di dalam bilik.

Namun, ada kemudahan riadah (indoor-game) untuk anak-anak yang membuatkan mereka susah nak lekang. Uhh mana taknya ... ada playstation tu. Anak-anak saya memang menggila la suruh tempah untuk menginap di hotel tu.

Jenuh memujuk.

Akibatnya, saya, isteri dan sahabat isteri saya keluar makan, anak saya tiga beradik sanggup berada dalam hotel sebab nak main playstation. Saja nak bagi mereka rasa lebih lama berada di dalam bilik hotel yang sememangnya jauh dari kemampuan kami untuk menginap hatta semalam sekalipun.

Cari Harga Hotel Hard Rock Penang Murah ....

Cuba juga untuk jenguk di dalam laman web Agoda, Traveloka, Hotels.com dan beberapa lagi, termasuklah Trivago, tetapi tak ada diskaun yang memungkinkan kami untuk buat tempahan di Hard Rock Hotel. Uhh ... kalau ada diskaun, dengan harga yang dirasakan berbaloi, tentu sekali nak mencuba untuk bermalam di hotel yang berjenama ini.


Holiday at Hard Rock Hotel, Penang, Malaysia

Anak-anak berseronok di dalam bilik Hotel Hard Rock, kami pula jamu selera di salah satu kedai makan yang agak popular di Batu Feringghi iaitu
Kedai Makan Best Depan Hotel Hard Rock
Kedai Makan Best Depan Hotel Hard Rock Penang
Habis jamu selera, terus minta anak-anak untuk siap untuk pulang semula ke hotel kami yang terletak di Jalan Gothlieb, Pulau Tikus. Jaraknya lebih kurang dalam 30 minit perjalanan. Mungkin akan datang, andai ada rezeki lebih ... saya boleh bawa anak-anak bercuti lagi di Hotel Hard Rock Penang.

Mungkin waktu itu, saya boleh buat full-review hotel ini terutama apa yang ada di dalam bilik hotel pula. Errr .... ada yang nak sponsor tak? Heheehehe...


Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

4 Comments

  1. cantik dan luasnya...untung isteri dpt kwn baik mcm tu...

    ReplyDelete
  2. best kalau ada yang dapat sponsor untuk review..hehee

    ReplyDelete
  3. Cantik dan suasana pun tenang.. tak pernah sampai ke sini lagi. Klu ada rezeki, mmg lokasi pilihan juga ni utk bersantai sekeluarga.. menarik :)

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.