Langkau ke kandungan utama

Akhirnya Berjaya Naikkan Siakap Muara Sungai Manjung, Setiawan

Alhamdulillah, akhirnya penantian selama sepuloh tahun berakhir dengan jayanya. Selama 10 tahun ooo saya menantikan kejayaan untuk menaikkan seekor Siakap liar .. bukan mancing kolam ehh, ni mancing muara sungai. Akhirnya impian, dan misi memancing saya tercapai apabila berjaya menaikkan 3 ekor Siakap semasa bercuti dengan anak-anak di Amir Chalet, Kampung Baru, Setiawan.

Lokasi Amir Chalet yang terletak di muara Sungai Manjung dan Sungai Ayer Tawar memang menjadi lubuk pemancing Siakap sejak beberapa tahun dahulu. Malah, di pekan Kampung Baharu ini ada tugu Ikan Siakap dibina berdekatan dengan jeti. Ia menjadi tanda simbolik bahawa kawasan perairan berdekatan merupakan lubuk ikan Raja Muara ini.

Jika anda mengikut kisah House Husband saya sebelum ini, tentu perasan perkongsian kisah adik ipar yang selalu sahaja mendapat rezeki menaikkan berkilo-kilo ikan Siakap di Amir Chalet ini. Kali ini .. alhamdulillah  rezeki Allah S.W.T nak berikan pada saya anak-beranak. Sekali dapat 3 ekor terus .. .. memang puas hati dan syukur sangat.

Akhirnya Berjaya Naikkan Siakap Muara Sungai Manjung di Amir Chalet, Setiawan

Akhirnya Berjaya Naikkan Siakap Muara Sungai Manjung, Setiawan
Untuk mereka yang bukan kaki pancing, memancing dan berjaya menaikkan ikan Siakap adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Apatah lagi apabila ikan Siakap yang dipancing itu merupakan Siakap liar dan bukannya Siakap yang diternak di dalam kolam.

Mengapa seronok dapat memancing Siakap? Cuba anda lihat post ini - Siakap Chalet Amir, Kampung Baru, Setiawan

Sebab Siakap dikategorikan sebagai ikan yang ganas dan sukar untuk dinaikkan. Anda mungkin boleh pancing .. tetapi nak menaikkan ikan ini menjadi satu cabaran. Kalau tidak masakan ia diberi gelaran Raja Muara.

Ikan Siakap apabila memakan umpan, ia akan menyambar dan terus bawa lari umpan ke lubuknya. Selalunya di bawah kayu, reba dan akar pokok di dalam air. Kalau tali pancing terbelit, memang keberangkalian untuk menaikkan ikan ini adalah sangat tipis.

Cara untuk menjerat ikan ini juga bukan mudah. Teknik terbaik untuk memancing ikan Siakap ialah dengan menggunakan pelampung dan perambut panjang. Umpan pula merupakan udang hidup, dan di sesetengah tempat, spesies ikan Siakap memilih jenis udang yang mahu disambar. Contohnya di Amir Chalet, anda tidak boleh menggunakan umpan udang biasa, tetapi mesti mencari Udang Kaki Merah untuk menjerat Siakap.
Akhirnya Berjaya Naikkan Siakap Muara Sungai Manjung, Setiawan
Saya sudah beberapa kali mencuba memancing Siakap di Amir Chalet, tetapi hampa. Selama setahun lebih saya mencuba memancing di tempat yang dianggap sebagai lubuk luar biasa Siakap di perairan Lumut ini. Dan dalam tempoh itu, tidak pernah sekalipun umpan pancing saya mendapat sambaran daripada si Raja Muara ini.

Jadi, kali ini bersama dengan anak-anak saya tanpa kehadiran isteri ... saya berjaya menaikkan ikan Siakap bersaiz sederhana. Kalau kata orang, molek-molek je untuk dijadikan masak Stim dan Tiga Rasa .. hehehe. Paling menarik ialah, saya berjaya menaikkan sehingga 3 ekor Siakap dalam masa kurang sejam! (jarak tempoh antara Siakap 1 dengan Siakap 3).
Akhirnya Berjaya Naikkan Siakap Muara Sungai Manjung, Setiawan
Anak saya, Zikri (8 tahun) juga hampir menaikkan dua ekor Siakap tetapi tidak berjaya disebabkan ganasnya ikan Siakap ini sehingga berjaya meloloskan diri. Walaupun hampa, anak saya dah pun berjaya menaikkan ikan Kerapu seawal 20 minit sewaktu tiba di chalet. Fuh .. hebat dia.

[Baca] Memancing Siakap dan Semilang di Amir Chalet

Kalau anda nak tahu, apabila ikan Siakap terjerat dengan umpan pancing .. ia bukan sahaja bawa lari umpan ke lubuknya, tetapi ia akan cuba menanggalkan mata kail yang terletak di mulut. Caranya ialah dengan melompat di permukaan air. Aksi ikan Siakap sebegini memang satu yang dinantikan oleh para pemancing ... ia menandakan pertarungan antara si pemancing dengan Siakap yang ganas.

Jangan tak tahu, ada pemancing yang sudah dapat merasa tarikan dan sentapan serta larian si ikan Siakap .. tetapi tewas apabila Siakap berjaya menanggalkan mata kail dan meloloskan diri. Kadang jika saiz ikan Siakap cukup besar, ia boleh memutuskan tali pancing dengan giginya yang tajam serta larian pantas laju di dalam air.

Cara Untuk ke Amir Chalet


Untuk ke Amir Chalet, anda boleh lihat di peta ini - https://goo.gl/maps/YMRhaE6NRJG2 atau menerusi paparan peta Google Map di bawah ini.

Cara Nak Tempah Amir Chalet, Kampung Baharu

Tempahan chalet boleh dibuat menerusi WhatsApp - Sapik (018-2245847) atau menerusi facebook Amir Chalet. Tiada sistem sangat bila nak tempah ni, jadi anda kena sentiasa ingat-ingatkan takut nama anda dipadam secara tidak sengaja .. hehehe.. almaklumlah .. ada customer tetap yang sering diberikan keutamaan seperti saya .. hoho.
Akhirnya Berjaya Naikkan Siakap Muara Sungai Manjung, Setiawan
Harga chalet bermula dari RM80 sehingga RM180 semalam. Ada banyak jenis chalet disediakan mengikut kesesuaian dan bajet anda. Namun, harus saya ingatkan bahawa keadaan chalet hanya sesuai untuk kaki pancing sahaja ... jadi, kalau nak bawa famili ke sini .. .. sila datang untuk lihat keadaan dahulu. Nanti menyesal lak .. hahaha. Oh ya .. lalat dan nyamuk sangat banyak. Kalau memancing malam, memang bertepuk tamparlah anda ketika memancing. Letak ubat nyamuk pun tak lut .. ngeeee...

Percutian weekend getaway kali ini, memancing di Muara Sungai Manjung, di Amir Chalet telah membawa pulang - seekor Kerapu, 3 ekor Siakap, seekor Bocat dan seekor ikan Belang. Alhamdulillah ... dengan terlaksana impian yang mati-mati tidak dipercayai oleh adik-adik ipar saya ini, kini saya tidak rasa rendah diri lagi di kalangan pemancing tegar ikan Siakap .. hoho.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…