Nak cerita pasal perut seorang suami. Zaman sekarang, ramai lelaki yang sudah pandai jaga body. Ramai yang mahu berbadan sado. Namun, itu cerita masa zaman bujang. Lepas dah kahwin? Hmm kekal perut dengan six pax ke?

Boleh. Memang ada suami seperti itu. Tapi kebanyakan suami akan gagal nak maintain, sebab komitmen selepas dah bergelar seorang suami akan jadi lain, apatah lagi andai sudah mempunyai anak. Nak ke gym untuk kekalkan kesadoan .. uhh ... susah tu.

Hikmah Perut Si Suami

Hikmat Perut Si Suami
Hikmah Perut Si Suami
Saya dulu kaki gym juga, setiap petang semasa di sekolah menengah dan kemudiannya sambung belajar di IPT, saya akan ke gimnasium untuk konon-kononnya membina otot. Sampai ke sudah otot tak berjaya dibuat .. haha.

Silap saya ialah, saya tak ikut diet yang diperlukan. Tahu je banyak tips diet untuk tambah berat tapi ... kena kuarkan kos yang agak tinggi juga kalau diikutkan tu. Hmm almaklumlah, biasiswa dan pinjaman tak cukup nak menyara body untuk jadi sasa, tegap dan berotot sado. Kah kah ... eceh alasan kah ini?
[post_ads]
Serius ni, semasa belajar di IPT dulu .. makan pun berkongsi dengan kawan-kawan yang satu tingkat asrama. Setiap bulan, kutip RM12 (kalau tak silap) setiap seorang, letak dalam tabung makan yang dikongsi 6-7 orang. Beli beras, beli lauk ikut bajet yang telah ditetapkan.

Hmm kalau makan pun dah dicatu begitu demi kelangsungan hidup sebagai seorang mahasiswa, macamana nak bina body jadi sado, ye tak? Tu sebab semasa saya di IPT dulu, badan saya kurus melidi, ada kata saya macam Saleem Iklim ketika itu.

Itu cerita bujang.

Bila Dah Kahwin ...

Lepas dah berkahwin, dan dikurniakan anak.... badan yang kononnya nak disadokan, tak berapa nak menjadi. Perut yang dulunya kepeng, sekarang dah membulat. Makan minum pun tak dicatu dah, selagi ada makanan yang dimasak isteri ... in Sha Allah saya akan makan.

[Dah Baca?] 3 Prinsip Untuk Capai Bahagia Dalam Perkahwinan

Awal perkahwinan, sudah nampak tanda-tanda perut seorang suami ni dah makin membesar dengan galaknya. Tanpa sedar ... ukur lilit seluar jeans Levi's beli kat Siam dah tak berapa nak muat dah. Akhirnya, seluar jeans tu jadi pengelap kaki sudahnya .. haha.

Alamak, perut si suami dah ke depan.

Lepas dah kahwin, saiz perut bertambah - ia bukan satu masalah. Ramai kata itu tanda si suami bahagia. Isteri pandai jaga suami. Alhamdulillah, isteri saya antara orang yang saya kenal pandai memasak .. malah banyak menu resepi kesukaan saya, isteri saya boleh sediakan tanpa masalah.

Dah tu pula, isteri saya memang jenis wanita yang rajin memasak. Walaupun bekerja sepenuh masa, isteri saya masih punyai waktu untuk sediakan sarapan, dan makan tengahari! Hebat kan? Mestilah hebat, isteri saya kot .. hehehe...

Isteri, usah risau kalau perut suami anda sudah ke depan, sudah bertambah saiz. Ada hikmah tu sebenarnya.

Buat suami, andai rasa penampilan tak berapa nak meyakinkan diri, elok cari formula kurus yang sesuai. Jika ok, teruskan dengan penampilan yang ada, pastikan jangan selekeh, kekal smart dan bersih.... ehemmm ... paling penting, isteri kekal sayang anda. :)

Macam saya...hehe.

Apa Hikmah Perut Si Suami Yang Membulat?

Hikmah Perut Seorang Ayah
Anak-anak saya membesar dalam ribaan saya. Di perut sayalah mereka telah tidur dengan lena. Di perut sayalah, mereka berhenti menangis dan meragam. Di perut seorang suamilah, kasih sayang antara seorang anak kecil terjalin dengan ayahnya.

Perut ayah gebu. Perut ayah empuk. Perut ayah yang kedepan jadi tempat lena yang sangat asyik.
Hikmah Perut Seorang Ayah
[post_ads_2]
Inilah hikmah perut seorang suami .. seorang ayah.

Tanyalah mana-mana ayah atau bapa... pasti ada dalam senario hidup mereka menjadi seorang ayah, anak mereka tidur di atas perut, di atas badan di ayah. Mesti ada walaupun sekali. Malah, ada anak-anak memang suka bermain di atas perut si ayah.

Saya cerita benda ni supaya tak mahu keyakinan diri seorang suami, seorang ayah rasa rendah bila lihat di cermin, perut sudah nampak banyak kelainan dari sebelumnya. Dulu nampak kempis, sekarang dah membulat.

[Dah Baca?] Blogger Malaysia Ramai Yang Gemuk

Tepuk-tepuk perut .. dan kata "Alhamdulillah, ini hikmah dan rezeki Allah bagi. Moga kesihatan juga sihat seperti ini..."

Ya, yang penting jaga kesihatan sebaiknya. Bahagia dan sihat. Perut gembira mesti bagus untuk kesihatan.

Lihat betapa syoknya baby baru saya bernama Hasif Najmi ni lena di ribaan, kerana perut saya yang menjadi peneman .. hehehe.
Hikmah Perut Seorang Ayah, Seorang Suami

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alamak perut gua dah nampak petanda nak jadi six packs hahahha ok bye

    BalasPadam
  2. Alamak perut saya lambat nak naik..

    Anak anak pun dah besar hehehe

    BalasPadam
  3. Perut suami saya pun dah mula ke depan. Saya selalu pelri die.

    Baru-baru nie dia tunjuk senaman untuk kempiskan perut. Saya sebagai isteri saya sokong je dia.

    Saya still masak sedap untuk die. Yang penting amalkan makan secara #sukusukuseparuh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement