3 Prinsip Menggapai Bahagia dalam Perkahwinan

3 Prinsip Menggapai Bahagia dalam Perkahwinan. Terdapat pelbagai faktor yang menentukan kebahagian sesebuah perkahwinan. 3 yang utama adalah Kejujuran, Kasih sayang dan Keperihatinan, serta Hormat Menghormati. Bagaimana pula dengan cinta? Cinta akan hadir setelah 3 prinsip utama ini diaplikasikan dalam sesebuah rumahtangga.

Untuk sesebuah cinta itu hadir, bukan sebarang cinta, cinta yang penuh keharmonian, cinta yang kekal mekar sepanjang zaman, cinta yang semakin dalam seiring usia yang semakin meningkat, cinta yang semakin harum mewangi saat masa diluangkan bersama, Kejujuran, Kasih Sayang dan Keperihatinan - mendahulukan keperluan pasangan sebelum diri sendiri, serta Hormat Menghormati perlu wujud terlebih dahulu.
3 Prinsip Menggapai Bahagia dalam Perkahwinan
Perkahwinan itu perlu redha dari Allah S.W.T.  - Gambar Sekadar Hiasan - Kredit: http://www.laurenk.co.za
Kecantikkan luaran akan hilang di mamah usia. Itu sesuatu yang pasti berlaku mengikut hukum Allah. Tiada manusia yang semakin hari semakin cantik. Maka, 3 prinsip utama ini yang akan memastikan sesebuah perkahwinan itu kekal bahagia dan harmoni.

3 Prinsip Menggapai Bahagia dalam Perkahwinan

Kejujuran.

Kejujuran itu adalah menyatakan apa yang kita rasakan seperti mana kita rasai, bukan seperti yang diharapkan.

Kasih Sayang dan Keperihatinan.

Kasih Sayang dan Keperihatinan itu adalah memberikan layanan yang terbaik kepada pasangan kita kerana kita tahu dan sedar, kita adalah tempat bergantung bagi pasangan kita.

Hormat Menghormati

Hormat Menghormati itu pula adalah dengan kita menghargai nilai kepercayaan yang diberikan oleh pasangan kita, sehingga dia membenarkan kita berada di dalam lubuk hatinya yang paling dalam.

Ketiga-tiga prinsip ini dapat dilihat dalam kehidupan Sahabiah yang mulia, Ummul Mukminin, Khadijah Binti Khuwaylid bersama suami tercinta, Muhammad bin Abdullah, Rasulullah .

Dari 'Aisyah, Ummul Mu'minin r.a., katanya yang bermaksud:

"Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw., ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira. Di situ beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau membawa perbekalan secukupnya. Setelah perbekalan habis, beliau kembali kepada Khadijah, untuk mengambil lagi perbekalan secukupnya.

Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu), iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira itu."Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, "Bacalah!" Jawab Nabi, "Aku tidak pandai membaca."

Kata Nabi selanjutnya menceritakan, "Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. "Bacalah !" katanya. Jawab ku, "Aku tidak pandai membaca. "Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. "Bacalah!" katanya. Ku jawab, "Aku tidak pandai membaca." Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata: "Iqra' bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min 'alaq. Iqra'! Wa rabbukal akram. (Bacalah dengan nama Tuhan mu , yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhan mu Yang Maha Mulia.)

Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, "Selimuti aku! Selimuti aku!" Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya. Kata Nabi saw. kepada Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), "Sesungguhnya aku cemas atas diri ku (akan binasa)."

Kata Khadijah, "Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan Anda. Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.

Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu anak pakcik Khadijah, yang telah memeluk agama Nasrani (Kristian) pada masa jahiliyah itu. Ia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani. Maka disalinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa dikehendaki Allah dapat disalinnya. Usianya telah lanjut, dan matanya telah buta.

Kata Khadijah kepada Waraqah, "Hai anak pakcik ku ! Dengarkanlah khabar dari Anak Saudara Anda (Muhammad) ini". Kata Waraqah kepada Nabi, ''Wahai Anak Saudara ku! Apakah yang telah terjadi atas diri Anda?" Lalu Rasulullah saw. menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah dialaminya. Berkata Waraqah. "Inilah Namus (Malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu, iaitu ketika Anda diusir oleh kaum Anda."

Maka bertanya Rasulullah saw. "Apakah mereka akan mengusir ku?" Jawab Waraqah. "Ya, betul! Belum pernah seorang jua pun yang diberi wahyu seperti Anda, yang tidak dimusuhi orang. Apabila saya masih mendapati hari itu, nescaya saya akan menolong anda sekuat kuatnya."

Tidak berapa lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun terputus untuk sementara waktu.

Subhanallah. Sungguh indah kisah cinta keluarga bahagia Rasulullah S.A.W bersama isteri tercinta, Saidatina Khadijah. Tanpa kejujuran mana mungkin Saidatina Khadijah mampu membenarkan suaminya tinggal berseorangan di dalam Gua Hira’, meninggalkan dirinya sendirian di rumahnya.
3 Prinsip Menggapai Bahagia dalam Perkahwinan
Tanpa kasih sayang dan keperihatinan, mana mungkin Saidatina Khadijah melayani suaminya dengan baik dan mentaati baginda tanpa sebarang persoalan. Tidak pula beliau beliau berkata sepatah perkataan melainkan terus menyelimutu baginda seperti yang diminta.

Tanpa hormat menghormati pula, mana mungkin Saidatina Khadijah boleh mampu mengeluarkan kata-kata yang menenangkan suaminya, mendorong dan memuji suaminya dan memberikan sokongan penuh saat Baginda memerlukan beliau.

Banyak lagi rahsia kebahagian rumah tangga yang kita boleh telusuri dengan menghayati sirah para Isteri baginda, Serikandi di sisi Rasulullah S.A.W. Allah mudahkan kita untuk mengamalkan segala yang kita pelajari dan tempatkan kita bersama- sama baginda di Syurga Firdaus kelak. Amin.

 Ketahui lebih banyak lagi mengenai Serikandi di sisi Rasulullah S.A.W di Konvensyen The Bidadari pada 30-31 Ogos 2014. Daftar sekarang!


2 comments.. read them below or add one

Denaihati Denaihati August 12, 2014
IsyaAllah ikut landasan yang betul dapat capai kebahagiaan dalam perkahwinan
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 12, 2014
Ya, seharusnya setiap pasangan itu perlu mencari dan tidak hanya berserah sahaja ... mesti mantapkan ikatan perkahwinan setiap hari setiap minggu dan ikuti sunnah Rasulullah S.A.W

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.