Blogger Malaysia Ramai Gemuk !! Haaa... jangan tak percaya, ini satu fakta yang anda perlu hadam jika anda merupakan seorang yang berada di depan komputer lebih lama dari berada di depan makanan. Gulp .. erkks .. ye betul. Anda takkan jadi gemuk kalau berada di depan makanan, tapi boleh jadi gemuk kalau berada di depan komputer terlalu lama.

Pastinya andai anda seorang penulis blog, sah-sah berada di depan komputer dalam tempoh lama itu satu perkara yang bukan luar biasa; malah untuk sesetengah .. itulah kehidupannya sebagai blogger sepenuh masa .. huhu

Blogger Malaysia Ramai Gemuk 


Blogger Malaysia Ramai Gemuk

Orait. Mungkin akan ada di antara anda boleh dipertikaikan, tetapi kesimpulan yang saya buat ini adalah berdasarkan kepada satu keratan akhbar menerusi Berita Harian.

Washington: Orang yang memiliki kereta, televisyen dan komputer di rumah tetapi tinggal di negara berpendapatan rendah mempunyai kemungkinan lebih besar untuk menjadi gemuk berbanding mereka yang tidak memiliki kemudahan berkenaan, kata penyelidik.

Makan lebih banyak, duduk tanpa melakukan senaman dan selalu memandu adalah punca mengapa mereka ini menambah berat badan dan menyebabkan terdedah kepada risiko kencing manis, kata penyelidik.


Ini merupakan hasil kajian dari penyelidik yang terkandung dalam Jurnal Perubatan Kanada.

Ok, kita fikir logik ehh. Blogger ... wajib ada komputer, ramai ada kenderaan, dan hampir semua ada TV. Jadi, kalau ikut kesimpulan di atas, maka bolehlah saya cakap bahawa blogger Malaysia ramainya gemuk - tak kiralah lelaki atau perempuan... termasuklah diri saya sendiri .. cuma mungkin saya kacak sikit dari perempuan .. kah kah kah.

Lagi-lagi kita ini berada di negara yang masih lagi belum capai sebuah negara berpendapatan tinggi. Masih ramai yang mengisi borang permohonan BR1M setiap tahun, masih ramai yang mencari income sampingan setiap bulan .. huhu ...

Gemuk Tanda Anda Gembira ...

Sebagai penyedap rasa dan hati.

Gemuk tak perlu risau sangat. Hehehe .. boleh je jadi gemuk, tetapi biar yang sihat. Ada orang natural memang gemuk sebab keturunan, namun mereka tak ada penyakit. Kadang orang yang nampak slim slim tu .. uhh ada lebih banyak penyakit dan masalah.

Gemuk tanda gembira. Ini kenyataan yang sering diungkap buat mereka yang dah berkahwin. Badan membesar berganda-ganda setelah beberapa tahun kahwin. Katanya sebab isteri pandai jaga, dan begitulah sebaliknya.

Tapi itulah, fakta dari Jurnal Perubatan Kanada tu tak boleh diambil mudah.

Pantang Orang Kesihatan Bila Sebut .. "Gemuk is Awesome"

Jika ditanya pada mereka di dalam bidang kesihatan... memang pantang disebut 'gemuk is awesome'. Gemuk bukan sesuatu yang positif sebenarnya. Anda sendiri ada tafsiran kan .. bila orang cakap anda seorang yang gemuk .. huhu...

[Panduan] Jom Buat Duit Online Dengan Program Affiliate. Panduan Ini Untuk Anda ....


Maka, cubalah untuk berada di dalam tahap TIDAK GEMUK. Paling tidak pun, delete anggapan orang terhadap diri anda sebagai seorang individu yang gemuk. Bila orang lain lihat anda .. walaupun tubuh anda nampak gemuk .. mereka tidak akan terlintas dalam fikiran bahawa anda gemuk.

Contohlah ...

Anda lihat Abam Bocek .. badan dia besar, nampak gemuk .. tapi bila anda lihat beliau, anda nampak seorang pelawak dan pelakon berbakat .. bukannya seorang individu yang gemuk gedempol .. faham tak ni?

Maka, jom sama-sama tidak menjadi gemuk pada pandangan orang, apatah lagi andai anda seorang blogger yang dikenali ... mesti ada penampilan lebih best. Bila orang lihat anda .. pada pandangan mereka ialah .. "Anda blogger yang super awesome"



Blogger Malaysia Ramai Gemuk

p.s: Saya dulu agak gemuk, tetapi saya berjaya kurus dengan tidak berada di depan komputer terlalu lama ....

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Gemuk is awesome bro. Comel gitu. Hehe.

    BalasPadam
  2. Hehe saya pun pernah mengalami situasi yang sama.. asyik duduk berjam2 depan komputer.

    Siap kopi dan makanan ringan kat tepi.. Bila keluar rumah, terjumpa kawan, kawan tak kenal dah. Haha

    Kalau gemuk cepat je, tapi nak kurus balik, punya la lama.. Kena ada cara yang betul baru kekal sihat.

    Pasal nak kurus ni, ada juga saya kongsikan dalam beberapa post di blog saya. Kalau sudi, singgah la. Terima kasih :d

    BalasPadam
  3. Sentap orang gemuk baca post HH ni...

    BalasPadam
  4. Hiks... ena pun gemok gak, tu yang jdi foodblogger. ngeeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb gemok maka jadi Food Blogger? Ehh leh ekk camtu?

      Padam
  5. saya tak duduk depan laptop berjam2 pun gemok, kerja jualan tepi jalan lapar berenti makan. Bila ambik makanan mak aii alasannya tak nak food craving.

    BalasPadam
  6. adeh. terasa tepat, mendalam sungguh post ini. hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement