Saya tinggal berdekatan dengan Parit Buntar. Ia merupakan sebuah pekan kecil yang pesat membangun dan mempunyai tarikannya tersendiri. Parit Buntar bukanlah satu destinasi pelancongan yang bagus, tetapi ada beberapa keunikan tersendiri yang menjadikannya antara pekan kecil di bahagian utara Perak yang sering disebut-sebut orang.

Apa Yang Best di Parit Buntar?

Saya selalu bercerita mengenai apa yang ada di Parit Buntar. Pekan kecil ini beberapa kali muncul di dada akhbar bahagian sisipan kerana perkara-perkara berikut:
  • Destinasi untuk kaki pancing Udang Galah
  • Fenomena snek Kerang Rebus semasa Ramadhan
  • Fenomena air pasang besar dan ikan mabuk.
  • Lokasi popular karnival untuk penternak, peladang dan petani.
Dan banyak lagi. Malah, saya pernah menulis artikel - 16 Sebab Seronok Tinggal di Parit Buntar sehingga ia menjadi antara post paling popular di blog ini, memberikan impak trafik atau hits ke blog melebihi 15K dan alhamdulillah, post ini kekal memberikan trafik berterusan kerana kedudukannya dalam enjin carian Google Malaysia.
Apa Yang Best di Parit Buntar?

Mewah Dengan Makanan

Antara perkara yang seronok tinggal di Parit Buntar ialah makanan. Disebabkan Parit Buntar adalah sebuah pekan yang dihuni pelbagai etnik kaum, maka anda akan dapat lihat banyak juadah yang jarang kita lihat. Antara yang istimewa di Parit Buntar ialah Kari Semilang (Ikan Semilang segar dari Tanjung Piandang), Bawal Goreng Panas, Char Kue Teow, Mee Bandung Udang, dan paling best ialah banyaknya kuih tradisi yang sukar nak dapat; datangnya dari masyarakat Melayu Banjar, Jawa, Kemboja, Cina, dan India.
Mee Udang banjir di Parit Buntar
Semasa Ramadhan, anda boleh jumpa 3 bazaar/pasar Ramadhan yang besar - berdekatan antara satu sama lain - antara bukti bahawa makanan memang mewah di Parit Buntar.

Harga ikan pula agak murah. Malah ada jeti pendaratan ikan di Kampung Sungai Udang untuk mendapatkan ikan-ikan segar dengan harga pasar. Saya pernah cerita di entri ini - Jom Cari Ikan Segar di Jeti Sungai Udang
[post_ads_2]

Udang Galah Fresh dan Murah

Apabila tiba musim Udang Galah, maka banyak lokasi memancing di Parit Buntar akan dipenuhi oleh kaki-kaki pancing. Malah, ada yang datang dari jauh, sejauh Johor Bharu sebab nak memancing udang di Sungai Kerian. Ketika inilah, semua homestay dan hotel-hotel akan penuh. Malah, ada pemancing yang berkhemah di lokasi-lokasi hot memancing sekitar Parit Buntar dan juga Nibong Tebal.

Udang Galah di Parit Buntar selalu dijual antara RM25-RM35 sekilo mengikut saiz. Kalau tiba musim yang banyak udang, harga boleh jatuh sehingga berbelas ringgit sekilo, dan anda boleh beli sahaja pada nelayan kecil di kawasan Sungai Kerian.

Ada 4 Buah Hotel

Di Parit Buntar, ada lebih kurang 4 buah hotel yang sederhana besar, dan ada lebih daripada 10 pengusaha homestay. Setiap minggu, penginapan di hotel dan homestay akan penuh dek kebanjiran orang yang datang ke Pasar Kemboja Parit Buntar setiap hari Sabtu.
[post_ads]
Jika nak merasa Nasi Kandar yang sedap, anda boleh mencuba salah satu restoran Nasi Kandar terbaik di negeri Perak iaitu Nasi Kandar Beratur Restoran Ali
Jadi, kalau anda seorang kakitangan awam atau cikgu yang kena ditempatkan ke pekan kecil Parit Buntar ini ... janganlah rasa sedih .. sebab kehidupan di sini, alhamdulillah akan baik, wakil rakyat di sini pun mesra - Dr Mujahid Yusof Rawa (2015)...huhuhu...

Kalau anda ada kemuskilan mengenai Parit Buntar atau Nibong Tebal, bolehlah hubungi saya, atau tinggalkan komen di bawah ini.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Perkongsian yang menarik..biarpun simple tapi membuka mata bahawa setiap tempat atau kawasan itu ada yang menarik cumabagaimana kita mengolahnya..

    BalasPadam
  2. jangan lupa sungai kerian,Dulu selalu ada pesta air..Kampung fida dekat Nibong Tebal...Ada char keow teow omaq.Ada jam besaq dekat pekan lama..La ni..Dah ada Kerian Mall..Perit buntaq dah banyak berubah..Kalau balik raya..jem dia mengalahkan KL..hahaha..Korang boleh jugak tanya dekat Fidah...Homestay apa yang paling best dekat sana..

    BalasPadam
  3. Mnarik pekan parit buntal....

    Kecil tapi selesa..

    BalasPadam
  4. hadui..teringat terus masa makan nasi kandar dekat Putrajaya hari tu...

    BalasPadam
  5. dah lama juga tak ke parit Buntar. selalunya pi sana kalau nak beli kain tudung , baju je..kat sana harga nya murah..

    BalasPadam
  6. kecik kecik dulu pernah ke parit buntaar. lama juga tak ke sana

    BalasPadam
  7. Nak makan tengahari yg banyak lauk.pauk kat mane yer..saya dari kl ada kerje di pb

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok. Ada beberapa kedai makan yang boleh saya syorkan...

      1- Restoren Mak Su .. jalan utama/permatang tok mahat. Senang nak lihat kedai ni sbb tepi jalan, dan banyak keter parking.

      2- Restoren Pak Ngah .. kat pekan lama Parit Buntar, kalau dari Bandar Baharu, masuk simpang pertama ke signboard tulis Hospital Parit Buntar .. akan nampak kedai ni .. juga tepi jalan.

      3- Restoran Selera Intan .. kat pekan baru/bandar baru parit buntar .. bertentangan dengan Petronas/Caltex seberang jalan besar. Cari kedai RM2 .. dia satu jalan .. lokasinya sebelah showroom Proton.

      Padam
  8. Saya orang Parit Buntar. Menarik baca post ni. #ParitBuntarIsMyHometown 😍👍🏼⭐️

    BalasPadam
  9. Salam saudara kalau tak keberatan bolehka kongsi no fon homestay atau hotel bajet yg berdektan smk panglima bukit gantang. Saya dan kawan saya dikehendaki menduduki Muet di smk panglima bukit gantang, part buntar. Kami xpernah jejak kaki di sana lagi. Kalau saudara xkeberatan, tlong kami huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak ada no homestay atau hotel bajet di sini, cuba gunakan aplikasi trivago, zenrooms ..

      Padam
  10. Yg saya tau, parit buntar ada pasar kemboja..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement