Langkau ke kandungan utama

Jom Cari Ikan Segar di Sungai Udang

Baru je selesai makan tengahari. Ya hari lambat skit. Lagipun pagi tadi dah layan 2 bungkus nasi lemak. :) Lepas selesai kemas rumah, mop lantai ... sidai kain baju sumer ... kami sekeluarga keluar jenjalan dengan destinasi utama untuk pergi mendapatkan ikan segar.

Dah lama tak layan ikan besar dan segar dari laut. Nak mancing ... tak terdaya. Kalau pergi pun tak tentu leh dapat ikan-ikan besar dan segar macam kerapu, senangin, GT (Nyok/Aya), ikan siakap, ikan merah atau ketam.

Jom Cari Ikan Segar di Sungai Udang

Tapi, alhamdulillah, di Parit Buntar ada tempat yang menjual ikan segar dari laut terus kepada pelanggan. Tempatnya agak jauh juga .. dalam 20 minit perjalanan dari rumah saya. Tempatnya adalah di Jeti Sungai Udang .... dekat Tanjung Barembang.
Jom Cari Ikan Segar di Sungai Udang
Tempat tu kalau diikutkan bukanlah tempat nak niaga runcit2 .. beli skit2 .. ia merupakan tempat peraih ikan, pilih ikan dari nelayan yang baru sampai dari laut. Semua style beli bakul2 besar punya. Kalau saya pergi, mesti kena bawa bakul atau bekas ikan sendiri .. atau paling tidak plastik sendiri. Duit kecil pun kena sediakan sebab peraih tak suka main tukar-tukar duit ni .. dan mereka memang tak ada bekas atau plastik untuk niaga ikan.

Jadi, penting kalau nak mencari ikan sedar di jeti Sungai Udang, kena bawa 3 benda ni:
  1. Plastik untuk simpan ikan dibeli.
  2. Bakul.
  3. Duit kecil.

Jadi sebab ia tempat peraih. tak ramai la yang suka pergi tempat hiruk pikuk dengan kenderaan dan motor peraih membawa bakul ikan. Jeti agak sibuk dan basah. Kalau tak biasa dengan tempat seperti ni dan tak berani bertanya ... jangan harap la anda dapat membeli ikan yang anda inginkan.

Di sini, selalunya ikan-ikan kecil jarang ada. Kebanyakkannya bersaiz restoren ... dan hidup2 .. ya hidup .. siap melompat2 lagi. Saya pergi memang terujalah tengok ikan2 ni. Gerammmm je nak beli semua, tapi bukan semua harganya mampu nak beli. Walaupun sebenarnya ia tidaklah semahal ikan di pasar !!

Andai anda berkesempatan bersinggahan di Nibong Tebal atau Parit Buntar, boleh singgah untuk dapatkan ikan segar. Oh ya .. di sini susah skit nak parking kereta. Dan ikan hanya akan ada di jeti dari jam 11.30 pagi setiap hari .. hingga jam 2.00 petang, di mana nelayan-nelayan baru pulang dari laut.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…