Pasar Kemboja Parit Buntar. Sebenarnya saya dah lama nak tulis mengenai Pasar Kemboja Parit Buntar ini, tetapi tak ada kesempatan dari segi idea, ada je benda lain yang perlu dibuat. Ok, apa menariknya Pasar Kemboja? Kenapa Pasar Kemboja ini jadi satu fenomena di bandar kecil seperti Parit Buntar dan tak terkecuali Nibong Tebal? Mana datangnya orang Kemboja? Apa yang dijual di Pasar Kemboja?

Tatkala entri ini ditulis, saya dan keluarga telah menetap hampir 11 tahun di Nibong Tebal, atau saya lebih suka sebut tinggal berhampiran Parit Buntar. Sebelum kahwin, saya tinggal di Bandar Baharu lebih kurang 2 tahun dan dekat 5 tahun di Nibong Tebal. Dan tolak campur semua, dah lebih 15 tahun saya tinggal di sini.

Pasar Kemboja

Pasar Kemboja Parit Buntar
Pasar Kemboja 2010
Menariknya di sini, saya dapat merasa keunikan tinggal berhampiran sempadan tiga negeri, iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Bak kata orang di sini, pagi sarapan di Parit Buntar, Perak; lunch makan di Bandar Baharu, Kedah dan makan malamnya di Nibong Tebal, Penang. Secara amnya, penduduk di sini kebanyakkannya Melayu yang terdiri pula daripada bangsa dan etnik dari pelbagai. Di Parit Buntar ada Banjar, Jawa, Melayu Siam, Melayu Kemboja selain dari bangsa Cina dan India.

Pasar Kemboja Permatang Tok Mahat

Pasar Kemboja Parit Buntar dah berdekad wujud. Lokasi utama dan pertama Pasar Kemboja ialah di Jalan Sempadan, berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal. Ia memang asal merupakan perkampungan orang Kemboja yang tinggal dan menetap di Malaysia. Dulu, ia sebuah penempatan kecil, tetapi kini dah berkembang dan menduduki dua sempadan daerah dan negeri.
Pasar Kemboja Parit Buntar Jalan Sempadan

Lokasi Pasar Kemboja Parit Buntar

Jalan Sempadan adalah jalan masuk atau susur masuk kedua ke pekan Parit Buntar; dari arah selatan iaitu dari jalan utama iaitu Jalan Persekutuan Taiping - Butterworth (route 1).

Ada beberapa jalan alternatif untuk ke Pasar Kemboja Jalan Sempadan Parit Buntar. Anda boleh datang menerusi jalan lama, iaitu Jalan Persekutuan Taiping-Butterworth dengan ambil exit susur keluar dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) samada Kamunting/Taiping Utara atau Bukit Merah. Dan in Sha Allah, tidak lama lagi menerusi susur keluar Alor Pongsu, Kedah.

Anda juga boleh datang menerusi exit tol PLUS Bandar Baharu, Kedah dari arah selatan. Dan jika datang dari arah utara, boleh keluar exit tol PLUS Jawi. Mana-mana exit tol ini ambil masa lebih kurang 15-20 minit sahaja untuk ke Pasar Kemboja Parit Buntar.
Pasar Kemboja Parit Buntar
Peta Pasar Kemboja Parit Buntar
Mulai awal tahun 2014, Pasar Kemboja Parit Buntar beroperasi setiap Sabtu dari awal pagi sehingga lewat tengahari. Ada juga peniaga yang berniaga sehingga lewat petang.

Pasar Kemboja bukanlah pasar yang dikendalikan seratus peratus orang Kemboja. Ada juga peniaga dari Thailand, orang tempatan dan juga peniaga Pakistan. Cuma anda tidak akan jumpa peniaga bukan Islam di Pasar Kemboja.

17 Fakta Berkaitan Pasar Kemboja Parit Buntar

  1. Ada 3 lokasi lain yang juga menggunakan nama Pasar Kemboja; iaitu di Masjid Puteh, sebelahan USM Kejuruteraan Transkerian; kedua di tapak pasar malam Bandar Baharu, Kedah dan ketiga dan yang terbaru di Komplek Perniagaan Pasar Kemboja.
  2. Pasar Kemboja melibatkan dua negeri dengan dua peraturan perniagaan berbeza, iaitu Majlis Daerah Kerian dan Majlis Daerah Seberang Perai Selatan.
  3. Pasar Kemboja hanya meliputi perniagaan borong dan runcit berkaitan tekstil, iaitu kain pasang, kain siap jahit, baju kurung, baju kebaya, telekung sholat, beraneka tudung dan terkini anda boleh dapat selimut, cadar mahupun comforter.
  4. Kebanyakkan pelanggan di Pasar Kemboja adalah peniaga runcit datang dari Kuala Lumpur dan kawasan utara. Mereka membeli harga borong kerana ianya jauh lebih murah dari tempat lain.
  5. Fesyen tudung, selendang, dan baju kurung adalah yang terkini di Pasar Kemboja, tidak terdapat di tempat lain.
  6. Harga barangan tekstil yang dijual murah sehingga 50-60 peratus dari harga jualan runcit di kedai.
  7. Harga barangan bagi setiap peniaga adalah berbeza ikut jumlah yang dibeli. Dan anda tidak mungkin atau sukar nak jumpa fesyen atau corak tekstil yang sama dijual oleh peniaga.
  8. Peniaga yang datang ke Pasar Kemboja ada yang datang dari Kuala Lumpur dan Johor. Malah ada peniaga dari utara semenangjung seperti Kedah dan Perlis.
  9. Peniaga Pasar Kemboja dari kalangan penduduk tempatan ada kedai di pekan Parit Buntar, yang juga jual harga borong yang sama.
  10. Pasar Kemboja Jalan Sempadan dibuka dari seawal selepas Suboh sehingga lewat petang - 6 pagi sehingga 5 petang.
  11. Peniaga di sini tiada tapak tetap kecuali dari kalangan peniaga tempatan.
  12. Peniaga di sini hanya berniaga di bawah khemah kanvas, dan ada yang menyewa rumah penduduk tempatan di sini, samada untuk tapak niaga mahupun simpan stok.
  13. Tiada parkir khusus untuk pelanggan Pasar Kemboja; tetapi ada parkir atau lapangan yang boleh digunakan untuk parkir kenderaan. Ada penduduk di situ menyewa kawasan rumah untuk tujuan ini.
  14. Pembeli disaran bawa kalkulator sendiri untuk mudah berurusniaga dengan peniaga - untuk mudah dapat harga terendah - elak harga ditawarkan diketahui peniaga mahupun pelanggan lain.
  15. Tiada tempat perlindungan jika hujan atau panas terik di Pasar Kemboja.
  16. Perniagaan di sini adalah berkonsep lambak dan berselerak.
  17. Jalan Sempadan akan jadi sesak ketika Pasar Kemboja dibuat.
Baju cantik pasar kemboja parit buntar
Pasar Kemboja Parit Buntar
Uhhh .. banyak dah saya tulis mengenai Pasar Kemboja Parit Buntar. Di entri lain, saya akan beritahu lagi bagaimana nak sampai ke Pasar Kemboja Jalan Sempadan ini, dan saya juga akan beritahu beberapa rahsia dan tips berkaitan Pasar Kemboja yang hanya orang tempatan je tahu .. hoho ...


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

37 Komen

pernah sampai dekat pasar kemboja ni,,memeng sesak..
x dinafikan bayak pilihan terutama wanita..
memng bhajat nak p lg skali.. nak dkat2 raya..
tunggu tips n rahsia besar dri tuan :

Reply

Lokasi menarik utk dikunjungi jika ke Parit Buntar...tapi tak taulah bila ada rezeki utk menjejakkan kaki ke sana. Insyaallah, satu hari nanti... Tiba masanya bolehlah sembang semeja dgn HH...hehe.

p/s: saya minta maaf krn guna gambar G+ tuan dientri saya. Harap diizinkan.
http://relakssminda.blogspot.com/2014/07/pengaruh-google-plus-populariti-blogger.html

Reply

ah.harap sebelum nak atau selepas nak ke umah mak mertua kuala kangsar dpt awak ke sana.saya rasa pernah ke parit buntar tapi tka pernah ke sana.

Reply

baru saya tahu agaknya admin orang perak ya?

Reply

tak pernah sampaiiiiiiiiiiiiiiiiii lagi
memang teringin sangat nak p situ :(

Reply

kat Johor plak Pasar Kemboja Ulu Tiram setiap pagi Khamis.memang murah dan anda bole jadi gila pilih kain

Reply

inshaAllah.. teringin untuk ke sana lagi :)

Reply

Last time ada baca satu artikel mengenai pasar kemboja ni..salute dengan dia orang..pandai cari rezeki...walau tempatnya agak isolated tapi ramia yang datang...

Reply

Nanti bebila nk ajak minum sekali la ngan abg hasrul...mintak tips berblogging..kita kan berjiran..haha...

Pasar kemboja ada buat lam gudang jgk berdekatan econsave parit buntar...bukak smpi mlm katanya..sy pon x pernah smpi lg kt situ..hihi..

Reply

Isolated ehh .. terasa ai .. :P

Reply

Gudang tu saya dah sampai 2 kali, pertama masa dua minggu dia buka .. tak banyak lagi macam kat original Pasar Kemboja .. :)

Tempat tu best sbb ada tempat makan selesa dgn kawasan dalam pun sejukkk je .. cuma parking dalam masalah sikit la. :) tapi still lebih ok daripada yang ada di Jalan Sempadan

Reply

Ok je . :) tak ada masalah ...

Reply

Apalagi .. tgk kalendar sekarang .. mark mana2 tarikh sesuai, pastu call saya .. hehehe

Reply

Pernah dengar baju baju raya kat sini murah murah... Rasa nak pergi sangat sangat tapi jauh.. hurmmm.. Abg HH, pesan satu baju raya boleh???? ekekeke

Reply

menarik saya belum pernah sampai lagi kat ini... sekang dah dptnya, senang kot2 sampai kat sini

Reply

Ya, saya orang Perak, sama tempat dengan blogger hebat Shakiddo.com :)

Reply

Inshaallah mmg nak pergi nanti..dekat dah dgn rumah saya bro..cuma msh xbksempatan :)

Reply

Alamak! Dah termakan godaan ni. Shopping raya memanggil2 di pasar kemboja.huhu. Tapi nak tunggu tips dulu ni.. (^,^).

Reply

pasar kemboja tak banyak tempat ada, sambutan memang sentiasa hebat.

Reply

Abah saya orang relau bandar baharu.. Kalau balik kampung nanti.. Tringin nk pergi.

Reply

hari tu pergi shopping baju raya dkat kuala ketil, rata2 design kat situ semuanya yg sama husna tgk masa prgi pasar kemboja tempoh hari.. diorang beli balik letak beads bagai, pastu harga cecah ratus2..hahaha.. :p

Reply

as salam...baru hari ni dengor pasar kemboja walapun dok beruas jer ..hahahha Insya allah sabtu ni 19hb cadang2 nak g sana.. tapi semua tak tau jalan...geng hubby (airforce, ipoh) yg nak wat rombongan ker sana... en. hasrulhassan leh tolong ker jd pemandu pelancong hehehe

Reply

Dah baca tips yang saya katakan tu tak? Dah buat post dah ... baca sini - http://www.hasrulhassan.com/2014/07/tips-beli-belah-pasar-kemboja-parit.html

Reply

Uhh tak retilah nak pilih baju raya kat Ainaa ... hoho

Reply

Baca tips saya berikan kat sini - http://www.hasrulhassan.com/2014/07/tips-beli-belah-pasar-kemboja-parit.html

Reply

Rugilah kalau dah dekat tak pergi sini

Reply

Boleh tak ada masalah, saya dah balas email dah .. :) moga leh bertemu nanti

Reply

12hb nk ke parit buntar...pasar kemboja ada dlm list tmpt nk d tuju

Reply

Kalau saya nk p pasar kemboja, better menginap di mana ya? Saya dari kelantan. Atau boleh suggest mane2 hotel atau homestay?

Reply

Homestay ada banyak, hotel pun ada banyak. Yang hampir dengan Pasar Kemboja tu, boleh pilih Parit Buntar Inn, dan juga Hotel Damai.

Reply

Admin, saya nak bertanya, didalam lokasi penempatan orang kemboja ini, ada banyak ke masjid atau surau disekitarnya? Ini kerana sahabat saya sudah pun berkahwin dan ingin berhijrah di kawasan ini.

Reply

Ya. Ada. Surau dekat, dan masjid juga dekat. Malah ada satu masjid dibina hasil derma dari semua penguasaha di sini.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.