Mee Bandung Udang Seri Dayang Parit Buntar

Mee Bandung Udang Seri Dayang. Uhh memang terbaiklah Mee Bandung Udang kat Restoren Seri Dayang Parit Buntar ni. Saya sebenarnya dah lama ngidam nak mencuba makan Mee Udang di restoren ni, cuma tak berkesempatan sahaja. Baru-baru ni, saya dah pasang niat nak mencuba Mee Udang di Seri Dayang, yang berada satu baris dengan Pusat Rawatan Darul Bekam.

Ingat nak rasa menu istimewa Nasi Goreng Udang yang ramai orang di Parit Buntar dok perkata, tapi masa tu saya baru sahaja lepas berbekam di Darul Bekam, jadi saya niatkan nak mencuba di hari lain. Alhamdulillah, saya dan keluarga akhirnya berkesempatan, tapi niat saya hilang apabila nampak beraneka menu best berkaitan udang yang ada di restoren Seri Dayang.

Akhirnya saya ambil keputusan untuk merasa menu Mee Bandung Udang, yang harganya hanya RM6.00 sepinggan. Hmm .. RM6.00 sepinggan ... kira murahlah bagi saya yang pernah merasa makan Mee Udang yang terkenal di Kuala Sepetang, Taiping.

Mee Bandung Udang Seri Dayang Parit Buntar

Dalam kepala otak saya, mungkin udangnya kecil dan sedikit untuk dibandingkan dengan harga menu istimewa Seri Dayang. Tup tap .. bila sampai sahaja menu yang telah dipesan .. perghhh .. memang terbaiklah! Anak saya pun terkejut tengok punya banyak udang yang ada dalam pinggan.

Jika nak dibandingkan dengan Mee Udang Salleh's Stall, Kuala Sepetang, mungkin tak boleh lawan kot dari segi saiz udang, dan jumlah udang yang ada dalam pinggan - apatah lagi dengan harga RM6.00 sepinggan. Cuma di Salleh's Stall, udang yang disediakan lebih segar sebab jeti udang tu berada betul-betul depan kedai. Itulah sebab orang Kuala Sepetang berikan gelaran Mee Udang Original Kuala Sepetang.
Mee Bandung Udang Seri Dayang Parit Buntar
Ok. Dari segi rasa, saya sangat puas hati. Udang yang ada dalam menu Mee Bandung Udang di restoren Seri Dayang memang banyak dan puas makan. Selain udang, ada bebola ikan, lobak merah dan telur dimasukkan. Normal bila sebut Mee Bandung mesti akan ada telur. Bila dicampur-campur dengan kuah mee, ia akan jadi pekat apatah lagi kalau dapat telur goyang .. hoho ...
Mee Bandung Udang Seri Dayang Parit Buntar
Mee Bandung Udang Seri Dayang Parit Buntar

Restoren Seri Dayang buka bermula petang. Kedudukannya di hadapan masjid membuatkan ia menjadi tumpuan selepas sholat fardu dan juga para musafir yang singgah untuk tunaikan sholat.

Dulu, restoran ni ada buka waktu pagi, dan menjadi tumpuan ramai untuk merasai menu nasi lemak yang sedap. Malah, kalau hujung minggu, mesti saya, isteri dan anak-anak akan makan nasi lemak di restoren ini. Tapi, nampak gayanya dah tak buka waktu siang, cuma bermula petang hingga tengah malam.

Kalau ada kesempatan ke Parit Buntar, bolehlah mencuba hidangan menu berasaskan udang di sini. Tomyam di restoran Seri Dayang pun best juga, uhhh sampai berpeluh jantanlah juga saya dok hirup tomyam campur di sini.