7 Sebab permohonan Google Adsense ditolak untuk blog bahasa Melayu. Sejak dua menjak ini, ramai rakan blogger yang telah memohon untuk mendapatkan akaun Google Adsense penuh (Full Adsense Account). Ini adalah kerana Google telah mengistiharkan bahawa blog berbahasa Melayu boleh memohon untuk mendapatkan akaun Adsense pada 2 April 2015. Alhamdulillah, ramai rakan blogger saya yang berjaya mendapatkan akaun Adsense mereka.

Tetapi, bukan semua blog berbahasa Melayu akan diterima permohonannya. Ada juga beberapa rakan blogger yang mempunyai blog trafik tinggi, mantap SEO, dan yang dah lama ada blog yang permohonan Google Adsense ditolak. Ada beberapa alasan dan sebab kenapa dan mengapa Google Adsense menolak permohonan rakan-rakan blogger saya ini. Walaupun kriteria lain dipenuhi, tetapi apabila ada yang tidak disempurnakan, maka permohonan itu juga boleh ditolak. Memang susah nak jana wang dari Adsense ni.
 Sebab Permohonan Adsense Blog Bahasa Melayu Ditolak

Sebab Permohonan Adsense Ditolak Untuk Blog Bahasa Melayu

Untuk mempermudahkan rakan-rakan blogger mengetahui apakah yang dimahukan oleh Google Adsense bagi sebuah blog berbahasa Melayu lulus permohonan, maka saya sediakan sebab permohonan Adsense ditolak sebagai panduan blogger Malaysia.

Permohonan Gagal Dikatakan Tidak Support Bahasa

Ok. Ada blogger blog bahasa Melayu yang memohon gagal mendapat kelulusan daripada Google Adsense kerana masalah bahasa. Jika diikutkan apa yang disebut oleh Google Adsense pada 2 April 2015, sepatutnya tidak timbul alasan ini untuk ditolak permohonan.
 Sebab Permohonan Adsense Blog Bahasa Melayu Ditolak

Jadi, apakah puncanya? Salah satu sebab ialah kerana blog tersebut tidak menggunakan meta tag bahasa yang betul di dalam HTML blog. Blog ditulis di dalam bahasa Melayu, tetapi tidak declare meta lang untuk bahasa sebagai bahasa Melayu, tetapi meta tag untuk bahasa dinyatakan sebagai English (en) dan ada juga blog yang letak all-language. Ini mungkin antara penyebab, dan ia juga boleh dijadikan alasan oleh Google Adsense untuk meletakkan alasan ini di dalam memanipulasi Ads Targeting.

Untuk blogspot, saya sarankan anda jangan ubah apa-apa pada setting meta tag blogspot anda, hanya pergi ke bahagian dashboard blogspot anda, dan tukar bahasa blog menjadi bahasa Melayu. In Sha Allah, blogspot anda akan lulus mendapat akaun penuh Google Adsense.

Lagi satu berkaitan bahasa - sila gunakan bahasa Melayu standard, dan jangan campur-adukkan bahasa anda. Saya pernah beritahu mengenai bahasa rojak dan bahasa loghat untuk blog yang akan beri kesan jika mahu mohon Google Adsense sebelum ini.

Tetapi tidak salah, di dalam blog berbahasa Melayu, anda selitkan bahasa Inggeris, tetapi jangan sampai keterlaluan sehingga disifatkan memanipulasi konten untuk dapatkan iklan dari pengiklan luar negara (bayar Dollar Canada, Euro, Yen).
Cara Buat Duit Dengan Adsense Blog Bahasa Melayu

Permohonan Gagal Dikatakan Masalah Navigasi

Google amat pentingkan blog yang kemas dan teratur. Jadi, pastikan navigasi blog anda kemas, tersusun dan mudah dicapai oleh pengunjung blog anda. Jangan letak terlalu banyak menu di blog anda.

Ada 3 perkara penting yang perlu anda letak di navigasi blog anda - iaitu policy, disclaimer, contact. Tiga perkara ini perlu ada di bahagian menu untuk menunjukkan ketelusan dan kebolehpercayaan blog anda.

Permohonan Gagal Kerana Konten Tidak Cukup

Untuk memohon akaun penuh Google Adsense, anda perlu apply menggunakan blog yang kaya konten. Elakkan memohon menerusi blog yang baru setahun jagung, dan isi kandungan blog tersebut agak kurang.


Saya sarankan anda gunakan cloud label untuk menunjukkan bahawa blog anda ada banyak kata kunci berkaitan kandungan blog yang boleh digunapakai oleh Adsense untuk paparkan iklan. Adsense memerlukan kata kunci yang bagus agar iklan berkaitan boleh dipaparkan. Letakkan tag atau label dan kategori ini di bahagian sidebar blog. Elakkan letak di bahagian paparan utama, kerana ia akan dianggap sebagai spam keyword untuk manipulasi iklan.

Blog Tidak Mesra SEO

Ini mungkin salah satu sebab blog gagal di dalam permohonan Google Adsense. Blog yang tidak mesra SEO dan gagal mendapatkan trafik daripada enjin carian akan disifatkan sebagai blog yang kurang progresif untuk dipaparkan iklan-iklan Adsense. Jadi, anda kena pastikan blog anda sekurang-kurangnya mendapat trafik lebih daripada 30 peratus menerusi Google Adsense.

Kandungan Tidak Original

Google Adsense sangat suka dengan blog yang mempunyai kandungan dan entri original tanpa copy-paste. Boleh diselitkan beberapa ayat copy-paste dari sumber berkaitan, tetapi jangan dilakukan secara kerap dan keterlaluan sehingga hilang originaliti kepada kandungan entri.

Sebab permohonan Adsense blog Bahasa Melayu Ditolak
Begitu juga dengan gambar. Pastikan gambar yang anda letak itu bukan gambar yang memiliki copyright tertentu. Anda bebas gunakan gambar dari sumber tertentu, seperti menerusi carian Google, tetapi untuk selamat, berikan backlink pada sumber gambar, dan lebih baik gunakan gambar sendiri (pastikan lebih banyak gambar sendiri dari gambar ambil menerusi carian Google).

Elak Guna Perkataan - Klik Iklan Ini Dan Seumpamanya

Jangan sesekali ada perkataan ini di bahagian perletakkan iklan Google Adsense di dalam blog. Anda bukan sahaja tidak akan approved mendapatkan akaun Google Adsense penuh, tetapi akan dibanned untuk memohon semula. Serius - Google Adsense sangat benci teknik ini.

Letak Kod Adsense Di Tempat Dibenarkan

Pastikan anda letak banner iklan Google Adsense di lokasi yang dibenarkan sahaja. Jangan letak dalam popup, atau letak di widget slider/sliding. Saya sarankan anda letak iklan adsense saiz 300x250 di sidebar paling atas atau pun banner saiz 728x90 di atas entri atau di bawah header. Ini adalah lokasi-lokasi paling afdal untuk elakkan masalah berlaku dengan Google Adsense.
Sebab permohonan Adsense blog Bahasa Melayu Ditolak
Inilah sedikit sebanyak perkara yang terfikirkan mengenai Google Adsense setelah mempunyai akaun penuh sejak 2008. Ada blog saya yang dah kena banned dan tak boleh lulus (banyak konten diambil dari forum - tak ada originality). Blog ini misalnya baru sahaja approved (unbanned) oleh Google Adsense - dalam masa kurang 48 jam permohonan.
[+] Baca mengenai Strategi Buat Duit Blog Dengan Google Adsense

Malah, saya tiada masalah meletakkan Google Adsense di blog saya yang baru sebulan diwujudkan - iKerjayaGraduan.com dan Panduan Pakar SEO. Dua-dua blog ini di dalam bahasa Melayu, dan Google Adsense telah berada di dalam blog ini sebelum Adsense umum terima blog Bahasa Melayu lagi.

Jika akaun anda tak approve oleh Adsense, ikuti saranan yang diberikan di dalam email yang diberikan, dan cuba baca - Tips Aktifkan Adsense Kena Sekat. Jangan putus asa ye .. cuba dan cuba.

Semoga berjaya.

30 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi mendapatkan info berkaitan Google Adsense di blog saya ini .. :)

      Padam
  2. agak senang sedikit untuk blogspot kan uncle HH.
    PG pinjam artikel sebelum ni :)

    BalasPadam
  3. ilmu yang sangat berguna.. terima kasih sifu HH

    BalasPadam
  4. Adakah bahasa dalam tetapan bahasa dan pemformatan perlu ditukarkan ke dalam bahasa melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Selaras dengan polisi terbaru Adsense untuk blog Bahasa Melayu, maka blog tersebut kena jelas di dalam Bahasa Melayu.

      Padam
  5. Saya mencari2 juga pasal ni. Nasib baik HH dah huraikan. Memang terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, sebenarnya ada banyak faktor lain yang boleh menyebabkan blog bahasa melayu ditolak permohonan Adsense. Nanti saya tulis lagi.

      Padam
  6. ketat juga peraturan GA ni. patut la ramai yg tak approve lagi

    BalasPadam
  7. blog aku masih lagi tak lepas dari masalah tak support bahasa

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas tips, HH. Akan cuba dipraktikkan mana yg patut.
    Tapi, hairan juga dgn blog tuan KuchaLana (Blogger Lelaki) yg tak lulus atas alasan tak support bahasa..sebab blog beliau menggunakan bahasa Melayu standard..pelik sungguh adsense ni

    BalasPadam
  9. Baru sedar google adsense dah support bahasa melayu.
    Sebelum ini dah dua kali Mrs. A apply tapi tak approved :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah apply yang baru? Kalau dah, semoga berjaya.

      Padam
  10. Ramai yang manipulasi targeted ads sebab ads di Blog Bahasa Melayu tak best, impression orang nak klik pun rasa rendah. Betul la cakap En Titan, baik letak di blog BI, CTR tinggi..hehe, nak try rasa income GA, tak hal.. Lepas ni astro, tv3 semua masuk Ads la..yeah!:)

    BalasPadam
  11. Yang penting jgn give up..dengan teknik yang betul, InsyaAllah pasti berjaya akhirnya nanti..

    BalasPadam
  12. terima kasih HH baru tahu,bukan senang nak dapat :)

    BalasPadam
  13. Bolehlah cuba ubah mana tahu boleh berjaya.

    BalasPadam
  14. Alangkah bestnya kalau ada akaun Google Adsense..

    BalasPadam
  15. trima kasih sudi post info yg berguna.

    BalasPadam
  16. moga lebih ramai le yang buat niche blog..:D

    BalasPadam
  17. Huuhu.. Sekarang baru tau nape teman tak dapat.. Sebab loghat perak kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... leh cuba lagi .. in Sha Allah... boleh tu. Cuba dulu apply.

      Padam
  18. Saya orang indo ! Tapi cuba tulis artikel guna bahsa melayu ! Sila cek blog saya ! Mohon koreksinya:-D

    BalasPadam
  19. terima kasih. Infi yang sangat berguna. patutlah saya tak dpt.. :(

    BalasPadam
  20. Terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  21. Aku da apply buat kali ke 52.. Dan akhirnya diterima dalam masa 3 hari... Skrg tggal tuk pertahankan dan gunakan pluang sbaik mungkin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... cuba jaya, alhamdulillah .. :) 52 kali mencuba .. memang terbaiklah

      Padam
    2. Yer HH.. Mula2 bengang gak.. tp trubat gak bengang 52 kli reject aku tuw.. kene trima gak akhirnya.. alhamdulillah..

      Padam
  22. bagus maklumat ni. blog saya dah lama & traffic kira ok la. cuba jugak mohon adsense...so far masalah kandungan sahaja..(dah tukar setting ke bahasa melayu, dah buang link2 tak sepatutnya, & dah buang nuffnang & advertlet..hampeh berapa ringgit je dapat lepas beberapa tahun letak iklan diorang..hehe). harap2 berjaya.

    BalasPadam
  23. nak kena betulkan di setting-language and formatting ek HH? ke ada tempat lain yang kena dibetulkan jugak?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement