Berita gembira untuk blogger Malaysia yang sekian lama menunggu cara mudah untuk mendaftar dan mendapatkan akaun Google Adsense. Google Adsense adalah satu satu platform pengiklanan online yang telah membantu ramai pemilik blog dan laman web seluruh dunia menjana pendapatan secara berterusan. Malah, ramai yang telah kaya raya dengan menggunakan platform Google Adsense ini.

Alhamdulillah. Sebelum ini, agak sukar untuk mendaftarkan dan mendapatkan akaun Google Adsense disebabkan oleh kekangan bahasa. Namun, mulai 2 April 2015 pihak Google Adsense telah mengumumkan bahawa platform pengiklanan itu telah mula menerima kandungan di dalam bahasa Melayu (Malay).

Google Adsense Kini Menyokong Blog Bahasa Melayu

Ini bermakna, anda boleh memohon mendapatkan akaun platform pengiklanan ini menggunakan blog berbahasa Melayu.

Sebelum ini, saya ada kongsikan cara-cara dan tips untuk mendapatkan akaun Google Adsense penuh menggunakan teknik tertentu. Tetapi, dengan adanya pengumuman dari Google ini, bermakna teknik itu sudah tidak boleh dipakai lagi. Sebagai blogger, anda kini boleh terus melakukan pendaftaran di laman web Google Adsense dan menggunakan blog berbahasa Melayu anda sebagai rujukan untuk pengaktifan.
Google Adsense Kini Menyokong Blog Bahasa Melayu

Cara Daftar Akaun Adsense Untuk Blogger Blogspot

Tatacaranya sangat mudah.

  1. Anda perlu ke laman web Google Adsense (klik)
  2. Buat pendaftaran dengan mengisi butiran yang diminta. Isikan URL blog anda di ruangan blog.
  3. Tunggu approve dari pihak Google Adsense, selalunya ia mengambil masa dalam 7 hari.
  4. Apabila dah approve, masuk ke akaun Google Adsense, dan pilih banner yang sesuai untuk diletakkan di dalam blog.
  5. Copy-paste kod HTML banner tersebut ke dalam blog anda.
  6. Iklan akan mula terpapar beberapa puluh minit atau beberapa jam selepas ia diletakkan.

Setelah mempunyai akaun Google Adsense, pastikan blog anda tidak menyalahi terma dan syarat pengiklanan daripada mereka.

Antaranya ialah:
  • Kandungan dan entri blog mestilah original dan unik.
  • Elakkan meletakkan iFrame di dalam entri blog.
  • Elakkan menulis sesuatu bersifat perkauman, lucah.
  • Pastikan anda menggunakan gambar milik anda di dalam entri.
Seandainya anda langgar terma dan syarat Google Adsense, anda mungkin tidak dapat mengeluarkan income yang dijana, dan iklan Google Adsense akan dibanned di dalam blog anda.
Google Adsense Kini Menyokong Blog Bahasa Melayu

Panduan Google Adsense Untuk Blogger - PERCUMA

Sekiranya agak keliru atau mahu pemahaman lebih, anda boleh muat turun Ebook Percuma Panduan Adsense Untuk Blogger. Panduan ini diberikan secara percuma untuk anda, dengan syarat memasukkan nama dan email anda di ruangan di bawah ini. Isikan nama dan alamat email dan kemudian klik Hantar Ebook. Satu email daripada saya (editor[@] hasrulhassan.com) akan anda terima yang memberikan pautan untuk muat turun ebook percuma ini.









25 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dah lama nak cuba adsense kat blog tapi kena sekat selalu . boleh la cuba pasni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya dah dapat gunakan Adsense kat blog ...

      Padam
  2. Dapat emel dari Google Adsense unsupported language jugak, tapi menarik dari Tuan Muda Azuan kongsi di FB... boleh cuba yang ni kot :)

    "bro, kasi tunggu dulu, Google baru jer update polisi bab bahasa tu, mungkin bahagian TEAM REVIEW ni belum lagi tahu dengan info bahasa malay dah di support, so lebih baik kasi lama siikit atau sebulan lepas ni baru apply balik"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang apply terus dapat dalam masa 48 jam .. saya nyer blog ini reapply unbanned, 24 jam terus boleh gunakan.

      Padam
  3. Pernadaftarh daftar, tapi x approve..

    BalasPadam
  4. Pernadaftarh daftar, tapi x approve..

    BalasPadam
  5. Bro HH, saya cuba daftar tapi domain x available ( This URL is not available for signing up for AdSense) kenapa yer?

    BalasPadam
  6. memang lma dah tunggu google adsense ni boleh guna blog bahasa melayu

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. berita baik buat bloggers Malaysia.. dengan ini dapat memartabatkan BM dan berblogging dalam bahasa Melayu denga lebih semangat

    BalasPadam
  8. Macam mana pula kalau kita kongsi youtube video dalam entri blog. Skrg ni code baru video youtube menggunakan iFrame. Mohon pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat penggunaan yang saya buat dalam blog, tak ada masalah.

      Padam
  9. Wow satu berita yang sangat baik :)

    BalasPadam
  10. Wow satu berita yang sangat baik :)

    BalasPadam
  11. moga banyak blog niche yang akan muncul supaya senang sikit aku nak main Adwords..hehee

    BalasPadam
  12. HH klu entry yg lama2 ade iframe sbb letak vid utube or google map dlm entry nk kene delete ke? or biarkan je entry baru br make sure x de iframe??? cmne erk tips nk letak vid or google map without iframe?? hope sgt HH sudi jwb

    BalasPadam
  13. Wah tahniah tuan, sememangnye sejak sekalian lama, tuan memang layak utk GA kerani trafik ke blog tuan adalah luar biasa..tahniah sekali lagi tuan HH.

    BalasPadam
  14. patutlah dah terpapar GA kat blog HH ni...thorbaikk...

    BalasPadam
  15. Tapi sayang, akaun google adsense saya dah lama kena banned tanpa alasan munasabah dari pihak google..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena rajin bertanya dan masuk forum, nanti leh settle la tu ..

      Padam
  16. maaf.sy x fhm mksd iframe tu..?apakah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada kod dalam blog kita tulis iFrame .. jadi tak bolehlah, kecuali untuk ruangan komen sbb komen Google tak gelintar

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement