Langkau ke kandungan utama

Cara Jana Wang Dari Adsense

Bagaimana nak jana wang dari Adsense? Ramai yang tanya saya cara-cara nak jana income online menerusi blog menerusi Adsense. Ilmu berkaitan Adsense sudah bertaburan saya kongsikan di dalam blog ini, malah saya dah ceritakan pun bagaimana nak buka akaun Google Adsense sendiri. Tetapi, masih ramai yang gagal nak jana wang dan income dari Adsense.

Pelik? Tak pelik pun, sebab apa yang saya sediakan, kongsikan di dalam blog ini banyak lompangnya. Saya mengaku ada tips dan panduan buat duit dengan Adsense yang belum saya teroka sehabisnya. Saya masih lagi cuba nak mahirkan diri. Saya pun orang baru belajar walaupun dah ada akaun Google Adsense ni sejak 2008 lagi.

Oleh sebab saya pun orang baru belajar, dan saya masih lagi belum mampu nak buktikan berjaya buat duit sehingga USD1000+ dengan Adsense, jadi nak cakap lelebih pun tak boleh. Takkan nak ketuk tong kosong biar bunyi dengar setaman ye tak? Nak cerita biar nampak hasil.

Cara Jana Wang Dari Adsense

Cara Jana Wang Dari Adsense

Jadi, saya anggap diri saya tidak layak untuk sembang kencang mengenai Adsense.

Namun, alhamdulillah, ada ramai rakan yang telah sudi kongsikan pengalaman, tips mengenai Adsense ini, sehingga ada yang jana income dari Adsense puluhan ribu ringgit sebulan! Jika anda ada baca tips-tips Adsense yang saya berikan, anda tentu perasan ada rakan pembaca blog ini yang tinggalkan tips tersebut di ruangan komen entri berkaitan Adsense ini.

Bila anda baca komen-komen tersebut, tak ada satu pun yang kata Adsense tak boleh jana income. Semua yang komen mengatakan Adsense adalah medium pengiklanan yang paling menguntungkan dan berbaloi-baloi untuk blog.

Weihh mana tidaknya, dibayar dalam USD ...

Adsense Adalah Jana Income Menerusi Trafik Blog

Jika biasa blog kita jana income RM50 setiap bulan guna medium pengiklanan seperti Nuffnang, Komli, Advertlets dan lain-lain .... dengan Adsense blog anda boleh jana USD50 setiap bulan - begitulah antara bezanya yang ketara. Adsense berkaitan trafik, jika blog anda banyak trafik, maka income dari Adsense juga akan banyaklah terhasil.

Adsense pula .... anda boleh letak bersama iklan lain tanpa ada masalah. Anda boleh letak iklan Adsense bersama iklan Nuffnang, boleh letak bersama Komli, bersama Innity, bersama H12, bersama RevenueHits .. bersama PopAds dan lain-lain.

Mengapa? Sebab Adsense memang Google punya, dan bloggger.com juga adalah Google punya. Nak tak nak, jika anda ada akaun Google Adsense ... boleh tahap wajib pasanglah dalam blog anda. Dan jangan risau, ia tak jejaskan pun status Glitterati Nuffnang yang ramai blogger takut hilang tu.

Ok. Sekarang saya dah ngaku banyak lagi benda tak tahu mengenai Adsense; jadi siapa nak dirujuk? Panduan mana yang patut anda baca untuk jana wang dari Adsense ini?

Jika anda tanya saya; ada dua ebook panduan mengenai Adsense yang boleh anda baca.
  1. Pakej Lengkap Jana Wang dari Adsense 2.5
  2. Pakej Lengkap Raja Adsense Revive

Raja Adsense dah lama, dah banyak buat orang berjaya buat duit dengan Adsense. Kini sudah ada versi baru yang lebih power, malah ada pelbagai tips tambahan untuk blog jana wang dari Adsense.

Jika nak tahu selok belok dari A-Z cara jana wang dari Adsense, maka saya syorkan anda baca ebook tersebut dan ikuti panduan yang ada. Jika tak ada akaun Google Adsense .... maka dapatkan panduan tu untuk tahu cara-caranya.

Saya anak murid, jadi takkan nak dedah rahsia tok guru pada umum, melainkan anda dapatkan sendiri panduan tersebut. Baca dan praktikkan. Anda berjaya, saya suka.

Cubalah Google Adsense untuk blog anda. Dan mula jana USD100 pertama anda sekarang hanya dari blog! Berminat nak belajar jana wang dari Adsense, terus klik - Panduan Raja Adsense Revive


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Kita pernah apply 2 X tapi failed...Tak ada rezeki lagi tu..Kena cuba lagi nampaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan berhenti untuk mencuba. Bukan anda seorang yang apply benda ni, ramai lagi .. saya pun tak henti henti buat permohonan semula untuk unbanned di blog ini.

      Padam
  2. Newbie macam saya ni rasa2 boleh ker apply adsense? sedangkan belum sampai 6 bulan dalam arena blog ni.. Kalo tak silap , adsense pra-syarat perlu mempunyai website atau blog sendiri selama 6 bulan. Betul ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba dulu, dan tengok apa respon dari mereka. Dari respon mereka tu barulah kita makin faham apa yang sebenar mereka nak sehingga dibolehkan buka akaun Google Adsense. Kena berani mencuba dulu ...

      Padam
  3. Nak apply pun tak dapat2... asyik kena reject masalah bahasa jer mcmne nak menjana duit... huhu. Yg ini xde siapa pun nak dedahkan caranya selain dari buat blog BI atau buat entri BI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari tu Google Adsense Malaysia dah ada ... ntah apa jadi tak tahu.

      Padam
  4. Sekarang ni, saya cuma boleh tengok je kawan-kawan lain buat duit dengan adsense

    BalasPadam
  5. belum lagi daftar adsense nie

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah sudah beberapa kali dapat payment dari Google Adsense. Malangnya masih menggunakan kaedah payment by cheque.

    Maybank cas banyak juga kalau nak clearkan cheque luar dan mengambil masa.

    Kalau ikut Kak Yanmie, elok guna Western Union. Tapi tak reti he...23x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. macam aku jugaklah .. guna check lagi, tapi nak tgk cash out akan datang ni camner .. dah letak wsteren union dah .... tunggu nak sampai had je ..hoho

      Padam
  7. Sekarang adsense untuk blog bahasa melayu dah susah nak dapat :)

    Yg adsense nama dah pernah blok tue try apply baru guna video dari youtube...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm saya dah dapatkan adsense utk youtube saya . hoho

      Padam
  8. sy apply pun x lulus lg..hihi...klu gtu nak cuba lagi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm jangan putus asa, kerap bertanya pada mereka salah satu jalan penyelesaian terbaik, Lagi banyak kita tanya .. dia akan nampak blog kita .. dan akan personaly suruh staff dia belek blog kita cari kelemahan yang patut kita perbaiki.

      Padam
  9. fulamak! banyak! huhu
    tgh running tp ntah bila bila nk cukup utk cashout ..huhu
    uv xkencang sgt mcm bro ..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha .. kencanglah sangat .. blog2 saya yang ada adsense tak power trafik lagi .. in Sha Allah, nak susun strategi terbaik untuk tahun 2015 ...

      Padam
  10. banyak kali juga apply, masih lagi tak lepas.

    BalasPadam
  11. tengok cek tu besynya bila saya nak dapat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmm .. tu cek cek biasa je .. ada yang angka lagi besar ... ramai IM underground buat duit dengan Adsense ni ....

      Padam
  12. Guna Western Union senang untuk cash out Adsense, lokasi pun banyak.. Ikut pengalaman saya, blog yang trafik dalam 1,000 UV sehari pun senang-senang nak dapat $100 dollar sebulan, memang best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. HMmm 1K UV .. itulah saya nak cuba engage balik dengan adsense ni. Blog2 lain cam lembab sikit.

      Padam
  13. mas, saya neh gak bisa bhasa jawa gmn, :D
    ebooknya bhsa indo gak,, :D

    BalasPadam
  14. Tanpa NamaApril 24, 2015

    Hi, saya dah pernah apply Adsense tapi dah kena banned dah. Saya ada terima email dr mereka tentang itu. Saya nak tanya kpada sesapa yg pernah terima email adsense disable ni, dia tulis kat email tu full name termasuk middle name ke tak? Contohnya, 'Hi First Bin Last' atau 'Hi First Last'? 'First' mewakili first name, yang 'Last' tu last name.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah. Boleh baca entri entri berkaitan iklan adsense disable .. ada 2 ...... 3 entri sy cerita termasuk cara nak appeal

      Padam
  15. Assalam. Tuan Hasrul Hassan , dimanakah saya boleh melijhat semua entry berkaitan google adsense diblog tuan?.. saya puas mencari label adsense diblog ini tetapi tidak berjumpa. Mungkin tuan blog boleh memberi tunjuk ajar. Terima kasih.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah...selepas ikut cara kenapa xdpt..saya apply balik,,katanya nak view blog kita dlm masa 3 hari..tapi xde respon walau dh seminggu..saya cuba "send feedback" ,,Alhamdulillah 2hari slps tu approved!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Jangan berhenti dan putus asa. Kena usaha sampai dapat, in Sha Allah akan rasa sangat berbaloi.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…