Langkau ke kandungan utama

Strategi Buat Duit Blog Menerusi Google Adsense

Strategi buat duit blog menerusi Google Adsense. Jika anda seorang blogger baru, atau seorang blogger lama tetapi mahu menjana income lumayan dalam matawang USD, maka anda harus menggunakan platform Google Adsense di dalam blog. Adsense adalah pengiklanan di dalam blog yang membayar anda di dalam USD, dan ia medium pengiklanan terbaik untuk blogspot.

Jika anda mahu tahu strategi buat duit dengan blog menggunakan Google Adsense, maka seharusnya anda tidak boleh lepaskan peluang untuk membuka satu akaun Google Adsense sendiri. Menerusi akaun Google Adsense, anda boleh dapatkan kod HTML pengiklanan Adsense untuk diletakkan di dalam blog anda.

Strategi Buat Duit Blog Menerusi Google Adsense

Buat duit menerusi Google Adsense


Menerusi Adsense, anda boleh letakkan iklan bentuk banner pelbagai saiz yang sesuai dengan template blogspot anda. Malah, ada iklan teks yang boleh anda gunakan bagi membolehkan blog memaksimakan income USD menerusi Google Adsense.

Yang best mengenai cara jana wang Google Adsense ialah ia akan paparkan iklan bersandarkan kepada carian di dalam blog anda dan juga bersandarkan minat pengunjung blog anda.
Blog bahasa melayu Google Adsense

Google Adsense Lumayan Bayar USD

Katakan pengunjung blog anda minat mengenai sukan, maka iklan-iklan berbentuk sukan akan disiarkan. Jika pengunjung blog sukakan kucing, maka iklan kucing akan dipaparkan. Begitu juga dengan pelancongan, ia akan paparkan pengiklanan berkaitan hotel, tawaran pelancongan menarik, pakej percutian dan sebagainya. Jadi, ia satu kelebihan, selain paparkan iklan ikut tema blog, ia akan paparkan iklan apa yang diinginkan oleh pengunjung blog anda.

Ini akan memungkinkan pengunjung blog klik pada iklan tersebut, dan nahhh .. strategi ini akan membolehkan anda dapat bonus income USD daripada Adsense. Nak nak lagi jika pengunjung itu dari negara Eropah, yang matawang lebih tinggi. Maka iklan-iklan Adsense yang dinilaikan dalam matawang Euro akan terpapar di blog anda. Lagi masyukkkk ...

Mahu tahu lebih lanjut mengenai strategi buat duit blog menerusi Google Adsense, maka pastikan anda baca informasi ini - Buat Duit Dengan Google Adsense

Inilah strategi buat duit di 2015 yang perlu anda capai, kerana anda boleh nikmati income blog yang lebih baik, dan lebih lumayan. Serius ... ada yang telah berhenti kerja semata-mata kerana Google Adsense berikan income beribu-ribu ringgit, malah ada capai puluh ribu sebulan!

Oh ya, blog bahasa Melayu boleh je jana income menerusi Adsense. Tak percaya? Dapatkan informasi dan cara-caranya menerusi Buat Duit Dengan Google Adsense


Komen Pembaca ...

  1. Yes..adsense salah satu cara yang paling popular untuk para blogger menjana pendapatan dengan USD.Kalau ada blog BI lagi la masyuk.

    p/s: JWA ... sememangnya saya rekomen sangat2..ebook pertama yang bagi knowledge dan juga pendapatan dari adsense.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kalau ada blog bahasa inggeris yang SEO friendly .. boleh diharapkan, in Sha Allah .. akan senyum setiap bulan.

      Padam
  2. As'salam otai blog HH. Sangat bagus infor..keyakinan tu yang melambatkan Etuza klik adsen tu..Entahlah ..ada peluang tak nak kan..walhal aktif berblog..mungkin perlu dapatkan TIPS mantapkan keyakinan ramai blogger. Mohon maaf jika komen etuza ni ..boring baca. Tapi betul..tak biasa dengan income online maya..mybe berhati2. Minta motivated lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adsense bukan macam program ntah2 apa2 .. dah ada lama sejak ada internet ni ... hoho .. sejak ada Google.

      Padam
  3. Google Andsense adalah salah satu cara menghasilkan uang dari blog yang banyak diminati oleh para blogger, termasuk saya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun minat juga gan, tapi itulah .. blog ni dah kena blocked, ada di blog lain yang berbahasa melayu.

      Padam
  4. tahun ni azam aku juga nak mendalami ilmu adsense nie

    BalasPadam
  5. Ada orang kata nilai iklan Adsense di website BM murah tak mahal macam di blog bahasa Inggeris, betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sebab matawang. Kalau nak masyuk, buat blog bahasa inggeris yang target audience kat negara2 yang matawang mahal, macam eropah, kanada, us, ...

      Padam
  6. baek guna innity senang.. adsense byk songeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Innity pun sebenarnya banyak gak songeh ... 3 tahun saya apply, baru november 2014 diterima ... hoho

      Padam
  7. tak mampu lagi untuk adsense ni ,,- kedaionlinemy.com

    BalasPadam
  8. ada sesiapa yg dah beli panduan nie x? nk tau review yg dh beli....

    BalasPadam
  9. belum pernah lagi buat duit dari adsense, ada tak sampai 10 dollar dalam akaun adsense...min payout tak silap saya 100 dollar...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.