Saya namakan segmen ini, Soalan Buat Bro HH.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi tanyakan pelbagai soalan kepada saya. Banyak juga soalan yang ditanya. Ada yang bersifat personal, ada yang berkaitan kerjaya sebagai blogger. Ada pula mengenai panduan dan tips blogging. In Sha Allah, mana boleh jawab saya cuba jawab, mana yang tidak boleh tu, maka memang tak dapatlah saya nak bantu ... hehehe.. (kes mengelak).
Kenapa Pilih Jadi House Husband dan Blogger Sepenuh Masa?
Ok, antara soalan awal yang ditanya kepada saya ialah kenapa saya memilih untuk menjadi House Husband dan mengapa menjadi blogger sepenuh masa?
Soalan ini ditanya oleh rakan blogger +Syahril Hafiz (http://syahrilhafiz.com).
Jawapan klise untuk soalan mengapa pilih jadi House Husband - sebab saya mahu bersama dekat dengan anak-anak.
Tapi hakikatnya ialah saya merupakan lulusan ijazah sarjana muda Sains Komputer yang sukar nak dapat kerja. Hantar resume, tetapi resume saya gagal memikat mana-mana syarikat. Almaklumlah, pengalaman kerja saya selama 10 tahun sebagai Pegawai Penyelidik USM secara kontrak tiada nilai. Tak ada jalan untuk diserap sebagai jawatan tetap, jadi saya pasrah dan ambil keputusan untuk menjadi seorang House Husband.
Sebenarnya, saya pernah bekerja selama setahun sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat atau kedai eletrik di Parit Buntar. Ketika itu, saya sedang menunggu kontrak kerja saya disambung bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, USM Transkerian.
Pengalaman bekerja itu memang satu yang luar biasa. Saya belajar banyak perkara. Bagaimana nak repair DVD, bagaimana nak angkat peti ais dua pintu secara berseorangan dari tingkat satu ke tingkat dua, bagaimana nak close sale dengan pelanggan yang datang kedai, apa teknik digunakan untuk penawaran harga, dan macam-macam lagilah. Saya bernasib baik sebab ada rakan kerja yang sporting selain boss yang suka berkongsi pengalaman dan ilmu.
Terpengaruh Dengan Darren Rowse
Saya pilih menjadi blogger sepenuh masa sebab saya terpengaruh dengan Darren Rowse. Jika anda seorang blogger sejati, pasti kenal siapa beliau ini. Beliau merupakan seorang blogger antarabangsa terkenal - pemilik ProBlogger.net dan editor Digital Photography. Asalnya hanyalah seorang jurugambar yang kongsikan gambar-gambar di blog dan majalah fotografi tetapi akhirnya berjaya sebagai salah seorang blogger terkenal dan berpengaruh.Dari sebuah blog mengenai fotografi, beliau buat sekolah online untuk ajar bagaimana untuk berblog. Income dari berblog yang Darren Rowse dapat menjadi antara pemangkin keyakinan saya bahawa blog memang boleh buat duit dan dijadikan sebagai kerjaya sepenuh masa.
Kalau dilihatkan, apa yang saya buat sekarang juga hampir-hampir sama dengan apa yang telah dilakukan oleh Darren Rowse. Saya hanya copy-paste jejak langkah kejayaan beliau sahaja. Kata orang, jika mahu berjaya, kena ikut plan dan langkah orang berjaya, jadi itulah yang saya lakukan.
Kerana saya seorang blogger sepenuh masa, maka saya pun menjadilah seorang House Husband. Saya lakukan tugasan di rumah yang kebanyakkan suri rumah buat, dan pada masa sama saya menulis blog untuk mencari rezeki.
Rezeki Itu Dari Allah S.W.T
Alhamdulillah, rezeki daripada blog dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Memang agak sukar pada awalnya, dan hadapi banyak masalah dalaman tetapi saya percaya dengan kesabaran, iltizam dan semangat mahu membuktikan bahawa segalanya itu mungkin, maka begitulah adanya sekarang ini.Saya bukanlah seorang blogger terkenal yang punyai ramai follower, tetapi saya membuktikan bahawa walaupun tidak popular, tidak keluar TV, tidak keluar majalah, saya masih mampu memberikan sesuatu impak dalam dunia blog Malaysia.
Terima kasih kepada gelaran yang diberikan kepada saya - Sifu Blogger, Pakar SEO Malaysia, Pakar Blogspot.
Manusia. Esok lusa ke dalam tanah jua. Saya harap blog saya ini dapat dimanfaatkan sebaiknya, kerana menjadi hasrat untuk terus menyumbang kebaikan walaupun saya telah tiada di dunia ini. In Sha Allah. Doakan.
jangan jumpa house husband ni bro.. semoga terus maju jaya hendaknya..
ReplyDeletenazahan isa kirim salam tuan.
ReplyDeleteWsalam .. :)
DeleteHebat kelulusan bro ni, tapi orang kita selalu tengok pada luaran. Semoga terus maju bro Hasrul Hassan, biar celik sikit wahai wanita disana. Kami laki disini akan cuba sebaik mungkin bahagiakan anda. Hehe
ReplyDeleteRezeki tu ada dimana2 saya amat setuju, sekarang pun saya petani sepenuh masa. Parent suruh makan gaji, saya tak mahu lagi.. Hehe sebab dah pernah berkuli setahun, inikalilah buktikan. InsyaAllah
Soalan saya satu lagi tak jawab, haha kenapa guna platform Blogspot kalau pilih kerjaya blogger sepenuh masa. Kebiasaan ramai yg tak berani ambil risiko macam bro ni. Unik! Tapi kreatif, pelbagai saluran duit masuk noh.. :)
Respect bro HH.. bukan senang ye nak jd house husband.. almaklum lah..bg kami yg juga blogger mungkin faham.. tp sesetengah org x paham.. mesti ada mulut2 yg berkata makan duit wife..hehehe..ingat kerja house husband lenggang kangkung.. sy dah merasai jugak husband jobless untuk beberapa bulan.. tp dia bukab blogger ..hehehe.. cmne pon mesti ada usaha nk bg keluarga nafkah..masyarakat hanya pandang luaran je.. rezeki ada dimana2..
ReplyDeleteMemang terbaik...baruku tahu sejarah hh sebelum jadi fulltime blogger..smoga terus sukses
ReplyDeleteWahhh...rupenye bro HH lulusan same leya laa... Bidang sains komputer.. Ini membangkitkan semangat leya utk turut sama berjaya mcm bro.
ReplyDeleteFull time blogger is the best job in the world for me
ReplyDeleteDah betul dah tu...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...walau banyak dugaan mendatang tapi dunia blogger andai diterokai dengan pengorbanan dan teknik2 yang betul, hasilnya InsyaAllah pasti dapat mengalahkan gaji org yg kerja offshore.
ReplyDeleteterbaik lah hasrulhassan. slalu ade untuk isteri wlaupun sibuk mnulis blog
ReplyDeleteAgaknya kalo hantar resume skrg letak dalam resume :
ReplyDelete- pencapaian2 dalam arena blogger
- rank alexa malaysia blog
Rasanya aa xkan panel temuduga taknak pilih tuan HH kan... Kalo tak pilih juga memang pelik aa panel temuduga tue.. :)
Apa2 pon tuan HH kerana berjaya menjadi house husband yang sangat dicemburui oleh ramai husband2 yang ada nie.. :)
Resume tu boleh hantar, tetapi bukan untuk dapatkan kerja, tetapi untuk tawan dan pikat hati pengiklan .. :) kebanyakkan pengiklan yang akan tanya benda2 macam tu, termasuklah beberapa 'wartawan' yang mahu kupas isu berkaitan house husband dan blogger sepenuh masa.
DeleteResume begini juga boleh 'dihantar' ke agensi berkaitan MARA, IKM untuk buat ceramah dan bengkel yang dibayar. :) hoho
tahniah, moga makin maju dan berjaya dengan blog :D
ReplyDeletetahniah bro..sy pun nak ikut jejak bro jgk..heheheh
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.