As-Salam. Siapa kata tak boleh letak iklan Google Adsense di dalam blog? Alhamdulillah, setelah hampir tiga bulan blog ini disekat memaparkan iklan Google Adsense, hari ini ... ia kembali aktif. HH sangat gembira dengan keputusan pihak Google Adsense membenarkan kembali iklan yang berdaya saing ini aktif di blog.

Sebelum ini, HH pernah tampilkan beberapa entri mengenai penyekatan (ada ke istilah nih?) iklan Google Adsense dalam blog ini - Email Amaran Mengenai Kandungan Tidak Original. Dan seperti biasa, dan seperti yang telah diarahkan oleh mereka, HH telah merayu kepada mereka untuk membenarkan iklan Adsense kembali diaktifkan - namun rayuan kali pertama dan kedua telah ditolak oleh mereka - Google Adsense Tolak Rayuan Perlanggaran Polisi.



Atas beberapa tips dan panduan yang disertakan dalam terma dan syarat mereka, HH telah 'membersihkan' kanduang blog ini satu persatu. Dan nampaknya, apa yang telah HH lakukan berbaloi, kini Adsense boleh dipasang kembali di blog ini.

Jangan sesekali anda putus asa apabila tidak berjaya untuk buka akaun Adsense ini. Baca terma dan syarat mereka, dan lakukan apa yang diminta. Kena sekat je, terus buat rayuan, minta mereka periksa kembali blog anda. Harus anda tahu, yang akan periksa blog anda semasa rayuan adalah manusia ... dan bukannya sebarang robot atau perisian. Jadi ketika merayu, pandai-pandailah guna ayat kasihan .. hehehehe....

Email Adsense Mengenai Rayuan Iklan Diterima


Surat dari Google Adsense Perlanggaran Polisi

Ramai blogger Malaysia terutama yang baharu masih belum ada akaun dengan Google Adsense. Memang agak sukar, tetapi kalau dah dapat .... in Sya Allah ... tak sia-sia anda menarik trafik ke blog anda.

Dan kalau ada akaun pun, ramai yang macam takut nak pasang iklan Adsense ini, kerana iklannya bersifat sangat sensitif dengan kandungan blog anda. Jika didapati ada bahagian kandungan di dalam blog merupakan ulang cetak atau copy-paste, secara automatik .... anda akan dikenakan penalti.

Jadi, blog-blog yang ada iklan Adsense adalah blog-blog yang dipercayai oleh Google akan isi kandungannya. 


Tambahan lagi, mungkin ada blogger Malaysia yang takut kehilangan status Glitterati Nuffnang apabila pasang iklan Adsense ini, tetapi sebenarnya tidak, malah ia tidak membawa sebarang efek pun. 

Ada kata ia akan jejaskan blog-blog yang letak iklan Nuffnang untuk dapatkan CPUV, tetapi buat masa ini, HH belum nampak sebarang bukti kukuh ia ada kaitan dengan Adsense.

Maka, kalau mahu blog anda menjana pendapatan dari trafik blog semata, pasanglah iklan Google Adsense ini di blogspot anda. Dah siap dah kod dalam dashboard blogspot, anda hanya perlu add je widget tu dalam blog - semudah itu.

Untuk ketahui banyak lagi mengenai Adsense, jangan lupa untuk gunakan kotak carian Google yang ada disediakan di sidebar, cubalah .. dan tengok apa yang dipaparkan ...lain dari yang lain tu.

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sy pernah mencuba..berkali-kali tetapi ditolak sbb mslh bahasa..
    so skang da give up nk cuba!stop dlu! mncuba^_^

    BalasPadam
  2. Masalah bahasa? Hmmm jangan declare dulu guna bahasa malaysia ... HH mula2 buat .. biar je bahasa tu default

    BalasPadam
  3. Tapi .. sebelum apply, pastikan blog kita dah cukup mantap dengan pengisian ...

    BalasPadam
  4. salam bro HH..
    nak tanya..earning adsense nie camne ye..sbb saya pening sikit..dari 1-14hb januari..earning saya dah cecah USD 100.04.kalau sebelum 100 dollar earning dia berjalan lancar tp petang tadi (4.00pm) earning dia dh x gerak..adakah akaun sudah kena block ataupun cukup usd 100 mmg dia terus hold payment..leh terangkan x?

    BalasPadam
  5. Selalunya ... payment akan hold jika ada butiran tak lengkap, terutama jika anda guna paypal yang perlu masukkan akaun bank yang diiktiraf. Andai anda pilih untuk hantar cek, maka tunggu sahaja email dari pihak Google Adsense, samada proceed untuk pembayaran atau tidak.


    Earnings tak gerak itu perkara biasa. Mungkin belum update kot, kebiasaannya setiap setgh bulan dan akhir bulan Google Adsense akan buat akaun checking - kalau tak silap la.


    Leh baik bertanya pada Adsense sendiri...itu lebih baik dan lebih berkesan.

    BalasPadam
  6. terima kasih saudara HH.. a ah..pihak adsense sendiri akui ada sedikit error..tp dh recover balik..

    BalasPadam
  7. saya konfius sikit sebab tidak nampak iklan adsense di sini...skrang masih ok ke?

    BalasPadam
  8. Iklan adsense dalam blog ini kena blocked sekali lagi. Masih lagi tunggu. Ini merupakan kali ketiga kena deactived di blog ini. Blog lain masih ok lagi.

    BalasPadam
  9. salam
    Mantap infonya.terima kasih.

    BalasPadam
  10. Apa spec untuk apply adsense? Jumlah traffic min dia berapa?

    BalasPadam
  11. HH, bukankah kalau permohonan blog berbahasa Melayu akan ditolak oleh AdSense?

    BalasPadam
  12. SP dah lama tak guna adsense, kena banned angkara kesilapan bodoh. Menyesal pun tiada guna.

    BalasPadam
  13. Terima kasih HH atas penjelasan yang diberikan , saya pun baru setahun mencuba dalam dunia Blogers ini , blog tuan bnyak tip tip yang berguna dan membantu saya , Jika Tuan Sudi saya nak minta pandangan sikit kerana Blog saya adalah blog kesihatan dan alhamdulillah adsense memberi akaun saya semasa saya memohon tetapi selang dua hari disaprove kembali , bila saya lihat mungkin artikel saya tidak mencukupi ..Minta pendapat tuan bagaimana saya hendak memajukan blog kesihatan saya ini terima kasih..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement