Pageviews atau hits sangat penting untuk sesebuah blog. Ia menandakan bahawa blog itu hidup dan punyai tarikan. Dengan pageviews, blog itu ada potensi untuk berkembang, malah ia menunjukkan bahawa blog itu ada pengunjung dan pembaca. Dan sekiranya pemilik blog guna pakai teknik Kitab SEO Merah Jambu misalnya, in Sha Allah bolehlah mendapatkan sedikit duit poket menerusi komisen daripada program affiliate percuma seperti Ashadee dan Klikjer.

Jadi, bagaimana nak dapatkan pageviews yang baik untuk blog? Paling tidakpun sekurang-kurangnya 500 pageviews sehari.
5 Teknik dan Cara Untuk Dapatkan 500 Pageviews Sehari
Cara saya yang awal-awal dulu saya praktikkan dengan konsisten:- Buat entri laju-laju, terutama berkaitan dengan isu semasa yang menarik perhatian. Apabila saya menonton berita di TV misalnya, saya akan cekup mana-mana berita yang boleh menggamit pembaca. Dapat sahaja sedikit info mengenainya, terus saya drafkan entri di dalam blog. Selepas itu, buat research sedikit untuk lihat sumber lain jika ada. Cari gambar sesuai dan letakkan dalam entri. Walla .. blog anda jadi antara yang pertama kongsi cerita yang masih lagi segar dan panas.
- Cari artikel yang rare atau unik untuk perkongsian di blog anda. Contohnya anda ceritakan mengenai budaya masayarakat di tempat anda. Atau anda boleh buat entri seperti Pramong Nomjam Thai Tuala yang saya terlintas nak tulis dan terbitkan bila ternampak sedikit sorotannya di Majalah Tiga (TV3).
- Info am yang punyai ramai yang mencari. Bab ni kalau saya ceritakan memang panjang berjela, tapi ia merupakan salah satu teknik terbaik untuk dapatkan trafik secara berterusan. Tak perlu tulis entri gossip panas atau kontroversi; cukup anda hulurkan maklumat berfakta seperti tarikh dan jadual gaji kakitangan awam atau cara semak duit BR1M.
- Gunakan teknik gambar untuk dapatkan trafik. Lagi banyak gambar dalam blogpost, maka akan lagi banyaklah sumber trafik blog anda. Ketahui bahawa blog anda boleh tingkatkan pageviews bukan setakat dari entri-entri blog, tetapi juga gambar yang anda gunakan dalam menerbitkan entri tersebut.
- Buat satu entri bagi setiap 2 jam. Kalau anda benar-benar mahu dapatkan pageviews yang tinggi, sekurang-kurangnya 500 hits, inilah teknik yang perlu anda praktikkan. Cari satu hari di mana anda boleh sediakan entri-entri dan kemudian jadualkan ia untuk diterbitkan dalam masa sela masa dua atau tiga jam. Anda akan kagum dengan hasil yang ada, in Sha Allah. 2 jam satu entri, 10 jam ada lima entri, dan setiap satu entri itu dapat 100 pageviews ... jadi .. ahaa ..kira sendiri la ye ..
Itulah teknik dan cara saya praktikkan semasa terhegeh-hegeh nak dapatkan 500 pageviews sehari. Dan alhamdulillah, cara ini berjaya buat blog ini, dan hasilnya ... capaian atau hits dah lebih daripada 9 juta pageviews.
Baca juga - 6 Cara Memancing Trafik Blog
Gunakan simple math untuk buat anggaran. Lebih banyak entri, lebih banyak pilihan untuk pengunjung baca entri blog anda. Bila ada banyak entri maka kemungkinan nak dapat hits atau pageview lebih banyak. Dah banyak blog baru gunakan teknik ni, dan ianya memang berkesan.
Terbaik! Muz buat semua tips ni, dah hasilnya memang boom! Thanks for you tips yg tak pernah putus2 bang ;)
BalasPadamTerima kasih kerana sudi membaca blog saya ni .. moga dimanfaatkan mana-mana tips yang boleh .. :)
Padamrajin berusaha pasti berjaya
BalasPadamCantikkk...mmg selalu skodeng sini cari tip yg bgus...tq sifu
BalasPadamCantikkk...mmg selalu skodeng sini cari tip yg bgus...tq sifu
BalasPadamWah terima kasih artikel ni sesuai utk blogger baru mcm sy
BalasPadamWaaaa saya suka tips2 tu tapi rasanya yang last tu susah sikit nak buat.. mungkin selang sehari boleh lah... mengah nak dapat sehari sampai 5 entri... hahahaha...
BalasPadamterima kasih tipsnya tuan...
salam singgah
Memang susah ... :)
Padambiasa saya buat schedule published :)
BalasPadaminsyaallah...nanti saya cuba cara ni.Tapi nak buat post dua jam sekali rasanya tak mampu.dua jam saya habiskan dengan belengkang kangkung kat internet tanpa satu pos pun.Kena buat jadual juga kalau macam ni.Terima kasih tips nya ya...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Insya Allah akan dipraktikkan. Cuma bab hasilkan entry ikut sela masa sekitar 2 jam tu yang perlukan kekuatan luar biasa. Hehehe...Wan satu hari pun payah nak buat entry.
BalasPadamMemang ... dulu saya leh buat sbb sumber banyak masa tu .. otak pun ligat brfikir ...
PadamTerima kasih atas perkongsian.. lepas ni kena pulun ikut tunjuk ajar diatas.. walaupun dah mele
BalasPadamterima kasih atas perkongsian...memang amat berguna untuk sy yg baru nak merangkak ni...hihiih....teringin gak nak wat entry selang 2 jam tapi pe kan daya...skg cuma boleh wat 1 entry 1 hari tapi tu pon scheduled post...better ada dari tak ada langsung kan...akan dpertingkatkan dari masa ke semasa
BalasPadamAssalamualaikum bro..
BalasPadamterima kasih :)
terbaik tips...mmg sangat memerlukan.. :)
BalasPadamYang penting sabar membina reputasi sendiri dan rajin belajar serta menghormati sesama blogger..
BalasPadamBlogger umpama reporter...kena peka dgn keadaan dan isu semasa...btw tips diatas tu mmg tak terkalah...
BalasPadamblogger kena pantas dan ikut peredaran zaman..hu3
BalasPadam2 jam sekali post entry. Wowwww.
BalasPadamTerima kasih kerana sudi bagi tips ;)
BalasPadamakan berusaha untuk praktikkan .
Terima kasih atas perkongsian tips ni ye tuan...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian tips ni ye tuan...
BalasPadamKalau guna fb ads cmna boleh hit tak?
BalasPadamSaya tak pakar FB Ads ... :)
Padamdah macam slow pulak aku buat entri sekarang, banyak pageview daripada artikel lama - lama je
BalasPadamsemakin banyak info masuk.. semakin kurang pula kekuatan untuk menaip entri..
BalasPadamyang buat entry ini lah sifu yang susah buat saya
BalasPadamHmmm ... macamana ehh nak buat, nanti saya fikirkan cara utk bantu.
Padamnice tip!
BalasPadam1 entri stiap 2 jam tu boleh beku jgak tu nk buat entri ap..hehe
sy pernah buat mcm ni mmg menjadi..heheh...tp tak selalu ada kerajinan nak buat entri banyak2
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.