Tahniah kepada top 20 affiliate Ashadee.com tahun 2014. Agak sedikit berbeza dengan senarai top 20 affiliate Ashadee.com tahun 2013. Ada wajah-wajah baru. Dan saya memang akui nama-nama baru yang muncul dalam senarai top 20 ini adalah nama-nama yang cukup hebat.

Dan saya sangat teruja melihatkan senarai top 20 affiliate Ashadee tahun 2014 ada banyak wajah-wajah yang saya kenal - pernah bertemu dan berkongsi pengalaman masing-masing dalam dunia affiliate Malaysia.

Meh lihat senarai top 20 affiliate di dalam Ashadee bagi tahun 2014 ini. Hoho .. ada perasan nama-nama blogger yang biasa anda kenal dalam dunia blog Malaysia tak?

Top 20 Affiliate Ashadee.com 2014


Sejujurnya, saya akui diri bukanlah hebat sangat dalam affiliate ini, namun saya dah berjaya buktikan sendiri bahawa salah satu cara blogger Malaysia nak buat duit online ialah dengan daftarkan diri di dalam program affiliate. Lagipun, affiliate adalah percuma.

Jika anda blogger baru, dah biasa gunakan Nuffnang pasang iklan dalam blog, maka anda tak akan ada masalah untuk cuba jana income sendiri menerusi affiliate. Cara lebih kurang sama je, anda letak banner dalam bentuk kod HTML dan tempek je dalam blog. Nak letak kat sidebar ke, kat atas header ke, bawah header ke .... semua boleh.

Jika mahu lebih kencang buat duit menerusi affiliate, maka kena dapatkan sumber-sumber ilmu mengenainya, contohnya ebook Kitab SEO Merah Jambu. Jika rasa tak berapa nak seronok baca ebook, boleh juga join satu webinar mengenai affiliate ini. Webinar tu percuma, dan dihos sendiri oleh pemilik dan pengasas Ashadee.com. Jika rasa nak santai-santai memahami mengenai affiliate, boleh terus tempah tempat anda untuk sessi webinar buat duit dengan affiliate di sini - Webinar Rahsia Jana Income RM1000 Part Time Melalui Internet.

Dalam senarai top 20 affiliate Ashadee.com 2014 atas tu, ada nampak tak nama ProfHariz? Haa ... hebat blogger dari utara ni, blogger yang saya boleh sifatkan setahun jagung je, tapi dah buat duit online 4-5 angka dalam jangkamasa singkat menerusi affiliate.

Mula aktif buat duit dengan affiliate dalam suku tahun 2014 tapi dah boleh potong otai-otai hebat lain. Blogger newbie je kot ... hoho.

Saya ada ceritakan kisah Prof Hariz tu jana income 4 angka dalam masa 5 hari menerusi satu lagi platform affiliate niche-x. Tak cukup sana dia 'makan' .. dalam Ashadee.com pun nama dia naik.

Dan cuba jenguk sekali lagi senarai tu...hoho ... ada nama-nama wanita juga tersenarai, dan mereka ini juga blogger Malaysia - Siti Anirah dan Siti Syahida.

Dah nampak senarai, sekarang bila agaknya nama anda dalam senarai tersebut?
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

10 Komen

Hebat mereka yang tersenarai dalam Top 20 di atas, termasuklah HH, tahniah diucapkan.

Reply

hebatlah mereka... dan tuan hasrul juga.

Reply

best plus hebat... kami yang newbie ni insyallah boleh.. kikiii

Reply

In Sha Allah, boleh. Dulu yang berada top pun berada di bawah juga.

Reply

dah lama tak tengok akaun ashadee nih..

kena usha gak nih

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.