Langkau ke kandungan utama

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2015

Jadual gaji kakitangan awam tahun 2015 telah pun diedarkan. Maka, bolehlah ibu bapa dan sesiapa yang kerja kerajaan singkap takwim kalendar 1435/1436H 2015 dan cuti persekolahan 2015 untuk rancang cuti... hoho .. kan ke satu-satu percutian itu berkait rapat dengan jadual gaji. Kerja kerajaan kena bajet 2015 memandangkan harga bahan api sudah tidak disubsidikan.

Saya kongsikan jadual kemasukan gaji kakitangan awam tahun 2015, bolehlah dijadikan rujukan untuk perancangan tahun 2015. Jika fikir akan ada kesempitan di tahun 2015, hilangkan resah gelisah dengan baca entri ini dari awal sehingga habis. Mungkin ada peluang untuk anda tambah gaji bulanan anda yang diterima.

Boleh cuba juga cari kerja sampingan secara online, yang boleh dilakukan dari rumah. Peluang kerja sampingan online sentiasa ada. Hendak dengan tak hendak sahaja untuk buat. Jika rajin buat hujung minggu dan waktu tengah malam, bolehlah lega bila dapat bayaran kerja dari rumah yang dijanjikan.

Tahun 2015 memang mencabar. Saya sendiri terasa bahangnya walaupun masih ada lebih kurang sebulan untuk tirai 2014 dilabuhkan.

Pada yang bernasib baik mungkin boleh lega sedikit sebab akan terima BR1M 2015 setiap 3 bulan. Walaupun nilainya kecil, golongan sasaran yang dapat, in Sha Allah akan bersyukur dengan pemberian.

Ramai yang mula risau. Mana tidaknya. Ramai risau terutama ibu bapa dan mereka yang bekeluarga rasa senak nafas bila GST akan dilaksanakan. Walaupun kerajaan dah janji tidak akan bebankan rakyat dengan cukai sistem GST ini, namun ramai yang resah gelisah. Saya sendiri resah gelisah walaupun ada blog yang boleh buat duit.

Ada yang sudah berkira-kira untuk jalankan bisnes jual vitamin Shaklee yang bagus untuk kesihatan, dan ada yang mula merancang untuk jual servis serta kreativiti sendiri menerusi buat duit di iLancee.com.

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2015

Jadual gaji kakitangan awam 2015 walaupun sudah tahu bila tarikhnya, ia akan buat sesak nafas juga bila ada gaji kakitangan awam keluar awal disebabkan tarikh-tarikh perayaan di Malaysia. Menunggu tarikh gaji masuk akaun setiap bulan ibarat satu penantian yang menyeksakan.

Bulan GajiTarikh Bayaran GajiHari Catatan
Januari22 JanuariKhamis
Februari12 FebruariKhamisTahun Baru Cina 19-20 Februari
Mac23 MacIsnin
April23 AprilKhamis
Mei25 MeiIsninPesta Menuai 30-31 Mei
Jun25 JunKhamisHari Gawai 1-2 Jun
Julai9 JulaiKhamisAidilfitri 17-18 Julai
Ogos24 OgosIsnin
September17 SeptemberKhamisAidilAdha 23 September
Oktober22 OktoberKhamis
November23 NovemberIsninHari Deepavali 11 November
Disember12 DisemberKhamisHari Krismas 25 Disember

Gaji awal, terpaksa ikat perut jugalah sebab petrol mungkin harga mahal. Nak bercuti berkira-kira dengan anak dan keluarga. Kata kerajaan, dengan tak ada subsidi minyak petrol ini, kerajaan akan dapat RM20 billion.

RM20 billion akan digunakan untuk laksana projek kerajaan dan berikan kemudahan lebih baik kepada rakyat. Saya fikir bila dah ada banyak duit sebegitu, mungkin akan banyak tender kerajaan dibuka, dan bolehlah usahawan bumiputera rebut peluang buat duit menerusi sistem e-perolehan dan e-bidding kerajaan.

Jadual gaji kakitangan awam 2015 bolehlah jadi rujukan untuk bajet 2015. Rangka pelan awal untuk sebarang aktiviti. Jika ada duit lebih, mungkin boleh labur dan buat duit dengan saham menerusi teknik terbaik yang ada.

...
..

Semoga anda semua serap dan hadam apa yang saya sampaikan. Banyak peluang ada di sebalik menunggu gaji setiap bulan..... hoho.


Lagi Komen Pembaca ...

  1. sabar jer la awal ka lambat ka sama ja huhuuu..

    BalasPadam
  2. Ekin singgah sini ye...

    jemput singgah blog ekin :)

    www.ekinhoza.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Paling awal time Hari Raya Aidilfitri. Jadi pandai-pandaila berjimat. jangan pulak lepas raya kena berhutang.

    BalasPadam
  4. sama2 la kita berjimat belanja

    BalasPadam
  5. tu dia..satu Malaysia tahu gaji..ohoho

    BalasPadam
  6. bulan februari gaji paling awal, kena beringatlah ktangan awam...cuti tahun baru cina pun panjang...panjang langkah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah..panjangnya jarak gaji februari nak ke gaji march..kena alert ni..kalau x makan megi nanti sementara tggu gaji :')

      Padam
    2. Tu la pasal, dah ada ni, leh la buat tabungan apa yang patut.

      Padam
  7. Bulan Julai paling awal tu. 9 Julai dah bayar gaji.

    BalasPadam
  8. Salam
    Dah ada jadual Gaji,Senang la nak plan mai Satun 55555
    SABAI DEE KA....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa.. eceh ... deng deng deng ..

      Padam
  9. Susah juga bro kalau gaji keluar awal rasanya sebabnya nanti nak menunggu gaji bulan depan akan menjadi lebih lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melangut la nampak gayanya .. ye tak? hoho .. parah parah

      Padam
  10. Wah awalnye dah kluar jadual gaji ni...bila gaji kakitangan awam nak naik ye? Cuepacs tuntut minima 10% kenaikan atas alasan2 yang diberikan...Semoga Kerajaan dapat mempertimbangkannya sejajar dengan ura2 gaji berprestasi tinggi ye..

    BalasPadam
  11. ada jadual gaji ni senang sikit buat perancangan... ;)

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Terima kasih. moga ia boleh dijadikan panduan berguna nanti.

      Padam
  13. Minta kerajaan bayar bonus kat kakitangan awam bulan Disember...kesian diorang..nak bayar yuran dan barang persekolahan anak2 mereka...

    BalasPadam
  14. abang hasrul tak heran sangat pasai gaji ni..duit blog lagi banyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya BUKAN kakitangan awam, memang tak heran pun, tapi jika nak buat duit online ... jadual gaji ni kena ambil peduli .. hoho .. jeng jeng jeng ...

      Padam
    2. bbetulpun time gajila kena iklan lebih

      Padam
  15. gaji awal sakit awal, gaji lambat lambat sakitnya.....

    www.lee5201.blogspot.com

    BalasPadam
  16. Jadual gaji penting untuk merancang perbelanjaan bulanan. Satu lagi benda penting, cuti sekolah. Merancang cuti + gaji, boleh bawa anak-anak pergi bercuti :)

    Apa pun, terima kasih bro Hasrul.

    BalasPadam
  17. thank you for info

    tempt follow blog newbie saya
    pavlova89.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.