Langkau ke kandungan utama

Cara Daftar Affiliate KlikJer

Ada yang tidak tahu cara nak daftar affiliate KlikJer.com? Jika tak tahu cara nak daftar dan buat duit menerusi affiliate KlikJer.com, maka anda harus baca entri blog ini dari awal sehingga habis. Lepas tu hadam, dan jangan tunggu .. terus sahaja daftar affiliate percuma bersama KlikJer.com.

Pendaftaran affiliate bersama KlikJer.com adalah percuma, jadi anda seharusnya tidak perlu risau kerana ianya tidak akan melibatkan sebarang modal tunai mahupun duit tabung anda. Anda boleh dengan rileks brader .. brader rileks jana income online menerusi produk-produk affiliate yang ada dalam KlikJer.com dengan senang hati. Apa yang perlu anda lakukan ialah ikuti tatacara yang akan saya tunjukkan untuk buat pendaftaran percuma di laman web KlikJer.com.

Cara Daftar Affiliate KlikJer.com

Pertama sekali, anda perlu pergi ke laman web KlikJer.com. Paparan di bawah akan anda nampak.
Cara Daftar Affiliate KlikJer.com
Pilih Affiliate, ada perkataan daftar warna oren. Klik pautan tersebut dan anda akan dibawa ke halaman pendaftaran sebagai affiliate KlikJer.com.

Anda akan nampak paparan pendaftaran sebagai affiliate seperti ditunjukkan di bawah ini:
Cara Daftar Affiliate KlikJer.com

Tips Pilih Username Program Affiliate

Ok. Pilih username yang sesuai. Saya cadangkan anda gunakan satu pendekatan di mana mudah untuk anda ingat dan jadikan ia sebagai rujukan. Penting jika mahu berjaya dalam jangka panjang memilih satu username yang cerminkan diri anda di dunia maya, contohnya Titan, Denaihati, HHdotCom, EncikMimpi, Kucha, Miazara, Linda.

Salah satu teknik lama yang pernah diajar kepada saya dalam memilih username untuk program affiliate ialah username tersebut perlulah menggunakan perkataan mengumpan, contohnya bisnesonline, incomeonline, buatduit, free, percumadaftar, ebookterpilih dan sebagainya.

Isi borang pendaftaran tersebut dengan lengkap.

Antara maklumat penting yang perlu anda ketahui ialah terdapat 3 cara pembayaran disediakan oleh KlikJer.com. Cara pembayaran ini mesti anda pilih ikut kesesuaian, dan isi ruangan yang berkenaan sahaja.

Terdapat 3 ruangan penting untuk pengisian mengenai maklumat pembayaran komisen affiliate di KlikJer.com. Anda boleh pilih pembayaran secara cek (mungkin tidak la kan), PayPal (jika mahu jadikan modal untuk beli ebook luar negara), dan juga pembayaran terus ke akaun bank - samada Maybank atau CIMB.

Saya lebih suka komisen terus masuk ke akaun bank, jadi masukkan maklumat yang berkenaan.
Cara Daftar Affiliate KlikJer.com
Cara Daftar Affiliate KlikJer.com
Cara Daftar Affiliate KlikJer.com
Selepas borang lengkap diisi, maka terus klik butang biru - Create My Account; setelah anda masukkan security code yang diminta.

Selesai sahaja. Anda akan mendapat maklumat di email anda. Periksa email anda.

Sekarang, anda boleh login ke akaun affiliate KlikJer.com dengan username dan password yang telah anda isikan di dalam borang pendaftaran tadi.

Cara Nak Jana Income Menerusi Affiliate Klikjer

Apabila anda login ke akaun KlikJer.com; paparan seperti di bawah akan keluar. Di bahagian sidebar, ada marketing materials, gunakan untuk mempromosikan produk affiliate anda. Jika anda mahu gunakan banner iklan. maka klik banner iklan tersebut dan dapatkan kod HTML yang boleh diletakkan di dalam blog anda.
Cara buat duit dengan affiliate klikjer
Anda juga boleh promosikan produk-produk affiliate KlikJer.com menerusi text links dan juga menerusi email links yang disediakan. Bab-bab lain tu anda boleh abaikan, tetapi boleh juga digunakan untuk mantapkan teknik anda jana income affiliate dengan KlikJer.com.

Jika anda serius nak buat duit affiliate dengan KlikJer.com; anda boleh muat turun panduan yang disediakan ini - Rahsia KlikJer.com - Bagaimana Seorang Blogger Biasa-Biasa Dapat Lebih 100 Komisen Dengan KlikJer

Semoga entri ini bermanfaat terutama newbie yang mahu jana income menerusi affiliate di blog, in Sha Allah.


Komen Pembaca ...

  1. bagus juga ada cara-cara nak daftar, memudahkan pada sesiapa yang nak buat affiliate

    BalasPadam
  2. Tips menjana income dari affiliate dan menjual ebook yang hebat dari HH..terbaikk :)

    BalasPadam
  3. wah... bagusnya ada step by step daftar..terbaik lah

    BalasPadam
  4. hai, nuffnang merajuk tak kalau letak link ni?

    BalasPadam
  5. nak try lah. hehe terima kasih HH

    BalasPadam
  6. Boleh ke letak banner affiliate dalam blog? Tak ganggu glitterati nuffnang ke? Saya baru kena ni.

    BalasPadam
  7. Best lah tengok otai buat duit hari2 dari blog, kena belajar affiliate kalau macam ni.

    BalasPadam
  8. huhuhu...pening tengok affiliate.mata yang sedang rambang ini perlu dibersihkan.hehe

    BalasPadam
  9. Sekarang pening ... esok lusa oklah tu. :) selamat mencuba jana income menerusi Affiliate.

    BalasPadam
  10. KAlau daftar guna bank lain, selain Maybank /cimb boleh ker...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Tapi anda akan bermasalah skit sbb lambat.

      Padam
  11. huaaaa...dah daftar...nasib baik step by step die tunjuk....

    BalasPadam
  12. Terima kasih HH.
    Entri ni mmg sangat bermanfaat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.