03 Julai 2017

Puas Makan Kerang Rebus Kuah Kacang & Udang Lipan Goreng Tepung Masa Bulan Puasa

Bulan Ramadan sudah lama berlalu pergi. Dan ramai di kalangan kita dalam mood raya. Saya pun sama .. bila nampak bekas kuih dan biskut raya, terus teringat bahawa bulan Syawal masih belum berakhir. Pun begitu, saya terasa nak kongsikan satu benda unik yang mungkin di tempat anda tak ada ...

Siapa yang tak tahu mengenai menu simple Kerang Rebus. Selalunya, kita akan makan Kerang Rebus sambil cicah air asam kan? Tapi di tempat saya, Kerang Rebus dicicah dengan Kuah Kacang. Selalunya, Kuah Kacang ni agak pedas. Bagaimana pula dengan Udang Lipan? Biasa makan tak? Aha .. ni satu lagi makanan unik di tempat saya.

Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang dan Udang Lipan Goreng Tepung

Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang dan Udang Lipan Goreng Tepung
Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang dan Udang Lipan Goreng Tepung
Kalau anda ke Parit Buntar, semasa bulan puasa .. dua menu ini memang fenomena di sini. Jarang anda jumpa di tempat lain. Kerang Rebus cicah Kuah Kacang dengan Udang Lipan Goreng Tepung antar favourite family saya.

Ada beberapa tempat atau kedai makan yang terkenal menyediakan menu-menu yang saya sebutkan. Kalau bulan puasa je, tempat-tempat ni mesti akan ramai dengan pengunjung.

Dua Lokasi Kesukaan Makan Kerang dan Udang Lipan

Dua lokasi kedai makan yang saya dan famili selalu tujui bila nak makan Kerang Rebus Kuah Kacang ni adalah Gerai Makan Pak Mat Kerang dan juga Warung Udang Lipan. Ada tempat lain, tapi dua tempat ini yang paling ramai orang di kawasan Parit Buntar serta menjadi kesukaan kami sekeluarga.
Kerang Rebus Gerai Pak Mat Kerang Parit Buntar
Kerang Rebus di Gerai Pak Mat Kerang memang dah jadi lejen. Dah wujud lama, dan kekal bertahan sehingga kini, hampir 15 tahun kalau tak silap. Rahsianya adalah kuah kacang resepi tradisi yang memang lain daripada yang lain. Cukup semangkuk kecil dah cukup puas dicicah dengan sepiring Kerang Rebus yang dijual antara RM3-RM5.
Kerang Rebus Gergasi Warung Udang Lipan, Parit Buntar
Kerang Rebus Kuah Kacang di Warung Udang Lipan pula saiznya lebih besar, dan di kedai ini terdapat pilihan-pilihan lain terutama beraneka jenis siput. Anda boleh baca post sebelum ini kalau nak tahu jenis-jenis siput yang ada. Selain kerangan direbus, ia juga menyediakan hidangan dibakar menggunakan dapur arang buatan sendiri.

Udang Lipan

Biasa makan? Saya pasti tak ramai yang biasa makan udang ini. Kalau anda ke Pulau Aman, Pulau Pinang .. Udang Lipan dianggap makanan eksotik kerana saiznya yang besar. Harga pula dijual sehingga RM70 - 90 sekilogram mengikut saiz dan musim.
Udang Lipan Goreng Tepung
Tapi bila bulan puasa, menu Udang Lipan anda boleh rasai di Warung Udang Lipan dengan harga yang berpatutan. Jika di Pasar Besar Parit Buntar, Udang Lipan boleh dibeli dengan harga sekitar RM15-18 sekilogram. Saiznya lebih kecil dan warnanya lebih jernih.

Jika tak kenal rupa Udang Lipan ni macamana, boleh baca post saya yang ni - Kenali Udang Lipan, Cara Untuk Menyiangnya

Udang Lipan sedap kalau digoreng. Namun, bila bulan puasa, setiap kali saya bawa famili ke Warung Udang Lipan, saya akan memesan Udang Lipan Goreng Tepung. Anda akan dapat makan 100% isi Udang Lipan yang disalut tepung rangup.

Untuk pengetahuan, isi Udang Lipan sangat halus dan tidak pejal. Jadi, untuk keluarkan isi udang daripada sarung atau kulitnya memang cukup susah. Tapi, ada tips kalau nak mudah keluarkan isi udang lipan ni.
Tips - Masukkan Udang Lipan segar ke dalam peti ais sejuk beku, dan biarkan sehingga ia mengeras. In Sha Allah, isinya akan mudah dikeluarkan kerana ia akan lekang daripada bahagian kulit atau sarungnya.
Bila makan Udang Lipan Goreng Tepung, anda akan rasa lebih puas, jika dibandingkan andai isi udang tersebut dimasukkan sebagai perencah dalam Mee Goreng atau Mee Kuah. Rasanya memang manis, dan ada yang kata ... ia baik untuk mereka yang ada masalah Asma atau Lelah. Elok dibuat sup putih untuk mereka yang alami masalah tersebut.
Kerang Rebus Cicah Kuah Kacang dan Udang Lipan Goreng Tepung
Setiap kali bulan puasa, memang puaslah kami dan penduduk setempat di Parit Buntar ni makan Kerang Rebus Kuah Kacang. Manakala saya dan famili, inilah masa terbaik untuk meratah Udang Lipan Goreng Tepung sehingga puas. Kalau nak masak sendiri, hmmm ... jarang-jaranglah .. itupun kalau ada dijual di pasar basah. Dah la nak menyiangnya kena ada cara dan tekniknya .. huhu.

Kalau anda nak merasa, jangan lupa nanti bertandang ke Parit Buntar apabila tibanya Ramadan. Waktu lain, ia memang tidak dijual. Tak pasti kenapa, mungkin ia sudah sebati dalam bulan tersebut je kot .. Kalau ada yang nak buat pun, feelnya tak ada ... dan jarang orang mencari.

Dua menu ini memang laku keras setiap kali selepas Terawih di malam-malam bulan puasa .. hari lain, uhhh ... memang tak laku .. hahaa...

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

8 Komen

alamak..SA kalau bab kerang rebus ni memang fav...dah baca kat sini sure la terbayang2 ni..aduhaiii...sabar jer la..

sedap layan seafood macam ni..syoknya...

Udang lipan tu mmg terbaekkklahhh

Udang lipan jarang makan tapi kalau kerang memang umphh la!

udang lipan..

Nama pun boleh tahan

Nama komersil dia Mantis Shrimp, kadang orang panggil Udang Ketak ... :)

Trylah sesekali .. sedapppp .. :)

Hmm .. kat sini ada banyak kerang-kerangan sbb dekat dengan pantai. Leh dapat Siput Sedut, Remis, Kerang Bulu dan macam-macam lagi. Kepah dgn Lala pun kadang banyak bila tiba musim dia.


EmoticonEmoticon