Langkau ke kandungan utama

Kedai Pak Mat Kerang Meriah Setiap Kali Tiba Ramadhan

Kedai Pak Mat Kerang Meriah di Bulan Ramadhan. Begitulah setiap tahun, setiap kali datang bulan Ramadhan, kedai Pak Mat Kerang akan meriah dengan kunjungan orang ramai selepas berbuka puasa. Seawal jam 8:00 malam, sudah ada pengunjung duduk bersantai di kedai Pak Mat Kerang, Parit Buntar ini.

Jika di hari biasa, bukan bulan Ramadhan, kedai Pak Mat Kerang akan penuh dengan pengunjung yang mahu bersarapan pagi - Nasi Lemak, Bihun atau Roti Canai Sabar Menunggu. Pelanggannya terdiri dari pelbagai bangsa, keturunan dan dari merata tempat berdekatan.

Kedai Pak Mat Kerang Meriah Setiap Kali Tiba Ramadhan

Kedai Pak Mat Kerang setiasa ramai dengan pengunjung setiap malam Ramadhan
Saya ialah antara pengunjung setia kedai Pak Mat Kerang sejak bertahun dahulu. Malah, setiap kali Ramadhan, saya takkan lepaskan peluang untuk bersantai menikmati hidangan snek terkenal di Parit Buntar .. iaitu Kerang Rebus cicah dengan Kuah Kacang. Ia menjadi satu fenomena unik di pekan kecil Parit Buntar yang merupakan ibu daerah Kerian. Kerang Rebus bagai makanan ala pesta kerana hampir di mana-mana sahaja gerai makanan yang beroperasi di waktu malam akan hidangkan snek ini.

Kedai Pak Mat Kerang tetap unggul dan menjadi antara favourite di bulan Ramadhan walaupun terdapat banyak persaingan dengan peniaga lain. Kelebihan kedai Pak Mat Kerang adalah kerana kuah Kacangnya yang merupakan resepi tradisional sejak sekian lama.

[Baca] Kedai Kerang Rebus Pak Mat Memang Lejen di Parit Buntar

Kerang Rebus cicah Kuah Kacang memang terbaik
Jika selalu kita makan Kerang Rebus dicicah dengan air asam, tetapi apabila bulan Ramadhan di Parit Buntar, air asam ditukar kepada Kuah Kacang. Memang nikmat sungguh rasanya ... dan rasa kesedapan Kerang Rebus cicah Kuah Kacang di kedai Pak Mat memang tidak dapat dibandingkan dengan tempat lain. Nak-nak lagi, Kuah Kacang boleh tambah tambah tanpa sebarang caj ...

Ada Laksa dan Mee Kuah, Selain Kerang Rebus

Apatah lagi, kedai Pak Mat Kerang turut menyediakan hidangan lain sebagai daya penarik tambahan seperti Laksa Penang dan juga Mee Kuah. Laksa Penang Pak Mat Kerang pun boleh tahan, ramai juga peminat Laksa yang memesan selepas selesai mengerjakan ibadah terawih.
Kedai Pak Mat Kerang Meriah Ramadhan
Kedai Pak Mat Kerang Meriah Ramadhan
Kemeriahan di Kedai Pak Mat Kerang agak memuncak ketika hujung minggu dan seminggu hampir Syawal. Al maklumlah, ramai anak perantau yang pulang ke kampung halaman mereka sekitar Parit Buntar. Meja penuh, sana sini menunggu menu snek Kerang Rebus, Laksa dan Mee Kuah yang dijual dari serendah RM3 sepinggan.

Mula Berniaga Kerang Rebus - RM1 Sepinggan

Ingat lagi, masa saya di zaman bujang .. harga sepinggan Kerang Rebus adalah RM1, begitu juga dengan Laksa dan Mee Kuah. Time tu, lagilah meriah kedai Pak Mat ni disebabkan ada anak-anak dara Pak Mat yang bantu berniaga. Fuhhh ... awal-awal lagi dah penuh ....

Bukan sahaja Melayu yang datang makan, tetapi juga penduduk kaum Cina dan juga India.
Kedai Pak Mat Kerang Meriah Ramadhan
Kedai Pak Mat Kerang Meriah Ramadhan
Kedai Pak Mat Kerang pernah tampil dalam akhbar tempatan dan juga untuk siaran TV disebabkan Kerang Rebus cicah Kuah Kacang ini beberapa tahun dahulu.

[Baca] Syoknya Parit Buntar Ketika Ramadhan

Dek kerana itulah, ramai penduduk tempatan setuju - Kedai Pak Mat Kerang adalah gerai makan nombor 1 setiap kali datang Ramadhan. Begitulah rezeki Pak Mat sehingga sekarang, setelah lebih 10 tahun kekal bertahan berniaga Kerang Rebus pada setiap malam di bulan Ramadhan.

Dan saya menunggu pula jamuan hari raya yang saya pasti akan dibuat oleh Pak Mat sedikit masa lagi .. in Sha Allah.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…