Udang Lipan Sedap Digoreng

Udang Lipan atau Udang Ketak sedap digoreng. Ramai yang tidak pernah kenal akan Udang Lipan ni, ada yang tak tahu cara nak makan, apatah lagi nak menyiang Udang Lipan. Jika anda nak mencuba masak Udang Lipan, cara paling mudah dan senang ialah dengan menggoreng garing.

Udang Lipan Sedap Digoreng

Udang Lipan isinya lembut, jika digoreng akan mudah terlerai isinya. Cara terbaik untuk goreng udang yang tinggal dalam lubang pantai berpasir ini ialah goreng dengan sedikit minyak atau kalau ada Air Fyer, boleh goreng tanpa minyak.
Cara Masak Udang Lipan atau Udang Ketak
Kalau tak libatkan anak-anak kecil, saya selalunya goreng dengan kulit-kulitnya sekali, barulah rangup. Dan apabila goreng Udang Lipan sekali dengan kulitnya, isi dalam tidak mudah lerai. Jadi memang boleh merasalah secara total isi Udang Lipan ni.

[Baca] Tak tahu nak menyiang Udang Lipan? Boleh baca entri berikut dan lihat video yang disediakan - Cara Menyiang Udang Lipan atau Udang Ketak

Salah satu menu yang boleh menggunakan Udang Lipan ialah Udang Lipan Goreng Tepung. Seperti memasak Udang Goreng Tepung yang biasa tu, cuma gantikan udang laut biasa dengan Udang Lipan.
Udang Lipan Sedap Digoreng
Selain goreng atau goreng tepung, Udang Lipan atau Udang Ketak ini juga boleh dijadikan masakan dalam:
  • Kuah Mee Kari
  • Kuah Mee Bandung
  • Kuah Mee Rebus
  • Mee Goreng
  • Char Kue Teow
  • Sup
Cubalah. Rasanya manis dan ada kebaikan dan khasiat tersendiri. Walaupun ia tidak mudah diperoleh, tetapi kalau anda ada terjumpa orang yang menjualnya, jangan teragak-agak untuk membeli, dan in Sha Allah, ia halal!