Mulanya, isteri saya tak cadang pun nak buat kek ni, tetapi satu hari tu ... isteri saya telah pergi ke kedai borong jual jajan di pekan lama Parit Buntar. Nah .. dibawanya dua orang anak saya, si Zikri dengan Maira ... borong macam-macam, termasuklah gula-gula asam keping Haw Flakes yang legend tu.
Isteri Mencuba Resepi Kek Kukus/Lapis Masam Manis
Maka, ntah macam-mana, isteri saya pun ternampaklah satu resepi ni yang menggunakan gula-gula asam keping Haw Flakes di Facebook. Lalu, tanpa lengah ... dia pun memulakan misi untuk membuat Kek Kukus Masam Manis dengan gula-gula asam keping Haw Flakes.Semua bahan dah siap ada di dapur, jadi memang lajulah isteri saya memulakan misi membuat kek kukus ni. Saya memang tak ambil kesah pun apa isteri saya nak masak, apatah lagi tujuannya untuk sambutan Hari Raya. Apa yang isteri saya masak, saya ok je .. mana sedap, saya belasah .. haha.
[Panduan] Belajar Cara Buat Kek Cheese Yang Sedap dari DVD Panduan Membuat Kek Cheese. Klik Sini Untuk Tempahan.Uhh menjadi pulak tu. Untung betul ada isteri yang memang hebat di dapur ni. Kek Kukus Masam Manis yang pertama kali dicuba, telah berjaya dibuat tanpa cacat cela (pada pandangan mata saya).
Oh ya, kek ini juga dikenali sebagai Kek Lapis Masam Manis dan telah menjadi viral pada tahun 2016.
Rasanya pun boleh tahan, walaupun saya hanya mencuba sekali dua cubitan sahaja .. hehehe ... tapi, anak-anak saya nampaknya macam suka. Yelah, ada rasa manis dan juga masam. Jarang orang hidangkan menu kek yang ada rasa manis masam ni .. kan kan?
Ok. Anda nak resepi Kek Kukus Masam Manis ni tak? Saya kongsikan dengan anda ye ...
Bahan-Bahan Membuat Kek Kukus Masam Manis
- 5 biji telur
- 250 gm mentega
- 1 suku cawan biskut Marie atau biskut Cream Cracker yang telah dikisar halus
- Setengah cawan gula halus
- 1/2 tin kecil susu pekat
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Gula-gula Haw Flakes secukupnya
- Pewarna - ikut suka
Oh ye, buat sesiapa yang tak kenal macamana rupa gula-gula masam manis Haw Flakes ni, saya tunjukkan kepada anda di bawah ni .... harap kenallah ye .. popular kot ...
Gula-gula ni memang produk terkenal dari Shandong, China. Ia digemari kerana rasanya yang unik. Saya masa zaman kanak-kanak pun memang suka gula-gula ni yang dihasilkan dari sumber tumbuhan. Sekali makan, leh ketagih dibuatnya .. hoho.
Ehh orait, kembali kepada resepi Kek Kukus atau Kek Lapis Masam Manis.
Cara Membuatnya
- Sediakan dapur kukus anda. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek
- Putar atau pukul mentega beserta gula sehingga ia menjadi kembang.
- Apabila sedikit kembang, masukkan pula telur dan putar lagi
- Masukkan pula serbuk penaik atau baking powder dan teruskan memutar.
- Kemudian, masukkan pula susu pekat dan putarkan semua bahan menjadi sebati.
- Setelah adunan sebati, masukkan biskut yang telah dihancurkan tadi, bersama-sama dengan esen vanilla. Putar sekali lagi hingga adunan ini menjadi sebati.
- Ok, lepas adunan dah kembang dan sebati, bahagikan ia kepada 2 atau 3 bahagian adunan untuk membuat lapisan kek. Nak cantik, asingkan sehingga 3 adunan.
- Masukkan pewarna pada adunan untuk warnakan setiap bahagian adunan dengan warna yang berbeza.
- Ambil sedikit mentega dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Masukkan adunan pertama ke dalam loyang.
- Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air kukusan dari periuk tidak termasuk ke dalam adunan kek.
- Masukkan adunan dalam loyang tadi ke dalam periuk kukus, dan kukus sehingga masak. Tempoh jangkaan dalam 1 jam bergantung dengan keadaan api dapur.
- Anda kena pastikan adunan pertama ini masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik untuk pastikan adunan pertama ini masak sempurna.
- Sekarang, lapiskan bahagian pertama tadi ini dengan gula-gula Haw Flakes. Susun bagi cantik-cantik atas adunan pertama.
- Selepas itu, lapiskan lagi di atasnya dengan adunan berwarna kuning atau hijau.
- Ulang langkah 10 sehingga 14.
Maaflah kalau paparan kek ni tak begitu megujakan .. tapi isteri saya berjaya dah lakukannya sendiri di rumah. Resepi yang saya berikan kepada anda, ada ubahsuaian sikit dari original resepi yang isteri saya rujuk di Facebook.
[Panduan] Nak Tahu Cara Memasak Aneka Kek Kukus Sedap? Klik Sini Untuk Dapatkan DVD Khas Resepi Kek Kukus.Isteri saya telah kurangkan gula dalam penyediaan kek kukus ini memandangkan saya seorang diabetik, manakala biskut pula ... asalnya adalah Cream Crackers, isteri saya ubah kepada biskut Marie yang lebih lemak.
Jadi, camner? Nak cuba? Boleh dijadikan hidangan menarik ni untuk orang datang bertandang ke rumah atau untuk jamuan Hari Raya.
Sedap kan Bro..
ReplyDeleteKalau sedap boleh jual la
Baru first time buat ...jd rupa paras kek ni tak berapa menyakinkan sgt ..hahaha
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletemenarik tu...kalau bakar rsa garing skit kot.
ReplyDeleteAda oven nak bakar tapi sbb nak rasa kek lembut, jadi kukuslah .. :)
DeleteKena tutup dgn kain bhg dalam pengukus supaya tak kena air, baru kek tu cantik. Good try. Saya suka mencuba tapi anak2 tak suka makan selain kek coklat.
ReplyDeleteWife saya gunakan aluminium foil tu .. tapi hari tu ada gak nampak guna kain untuk kek kukus buah dia buat .. :) apapun terima kasih atas info tambahan.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.