Tuesday, 27 March 2012

Pendaftaran Online Institut Pendidikan Mara (IPMa) Sesi Julai 2012

0 reaksi dan komen
As-Salam.
Kepada semua lepasan SPM, STPM mahupun Diploma, anda kini berpeluang untuk mendaftar dan melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Mara (IPMa) bagi kemasukan Julai 2012.

Anda boleh meneruskan pelajaran berdasarkan kelayakkan anda di Institut Pendidikan Mara (IPMa) dengan memilih cabang-cabang dan ruang pendidikan yang disediakan. Terdapat 5 institut yang diselenggara di bawah MARA, yang boleh anda pilih dan daftar mulai 1 Mac.

Pinjaman serta biasiswa ada disediakan disamping beberapa institut teknikal dan kemahiran memberikan elaun sara hidup serta yuran pengajian percuma!

Pendaftaran online IPMa boleh dilakukan di laman web berikut: Permohonan Secara Dalam Talian (Online) IPMa

Senarai Institut Pendidikan Mara (IPMa)

Kolej Profesional Mara (KPM)
Yuran pengajian percuma serta elaun sara hidup disediakan.
Anda boleh hubungi talian berikut untuk info lanjut: 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077

Institut Kemahiran Mara (IKM)
Yuran pengajian percuma serta elaun sara hidup disediakan.
Anda boleh hubungi talian berikut untuk info lanjut: 03-261 34605/ 34612

Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Tajaan dan pinjaman disediakan buat yang layak.
Anda boleh hubungi talian berikut untuk info lanjut: 03-9281 0762 / 9285 6033
www.kptm.edu.my

German-Malaysian Institue (GMI)
Tajaan dan pinjaman disediakan buat yang layak.
Anda boleh hubungi talian berikut untuk info lanjut: 03-8921 9047 / 9288
enquirygmi@gmail.com

Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Tajaan dan pinjaman disediakan buat yang layak.
Anda boleh hubungi talian berikut untuk info lanjut: 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
www.admission.unikl.edu.my


Selanjutnya...

Gambar | Logo Sukan Olimpik 1976-2000

1 reaksi dan komen
As-Salam.
Kepada yang sering berkunjung ke blog ini, tentu dah maklum dan lihat logo-logo Olimpik sebelum tahun 1976, yang dikongsikan untuk tatapan. Ada yang nampak macam pelik dan tak serupa sebuah logo pun kan ....? Tapi itulah, kreativiti manusia ...

Anda boleh bandingkan bentuk logo dari tahun sebelum 1976 dengan entri ini, logo Olimpik dari tahun 1976 sehingga tahun 2000. Anda boleh lihat tengok perbezaan konsep dan idea.

Logo-Logo Olimpik 1976-2000




Sumber: Wikipedia
Selanjutnya...

Malas Bila Sudah Berada di Zon Selesa

5 reaksi dan komen
As-Salam.
Malas, bukan satu penyakit biasa, ia adalah sifat yang lahir apabila berlaku sesuatu yang menyelesakan diri. Apabila diri berada di dalam keselesaan, malas akan mula menghimpit diri. Samada sedar atau tidak, ia sebenarnya satu sifat yang akan membawa mudarat pada diri dan keluarga.

HH pasti semua orang ada penyakit ini. Dan kerana malas ini, apa jua kerja yang sepatutnya dibuat tak akan terlaksana, atau sempurna dilaksanakan. Buat ... tapi tak lengkap. Buat tapi tak cukup sifat. Buat tapi tak habis. Dan buat tapi ibarat melepaskan batok di tangga.

Datangnya sifat ini apabila diri berasa selesa dengan apa yang dia ada. Tiada kesempitan yang meragut jiwa dan rasa, yang jejaskan keselesaan. Bila dah mula terasa tergugat, barulah tersedar bahawa segalanya mula menjejaskan sifat diri.


Selanjutnya...

Segmen | Jom Kenal Blogger Perantauan

2 reaksi dan komen
As-Salam.
Asyik dok promot blogger-blogger dalam negara je kan ... apakata kali ini, HH ingin jemput mana-mana blogger yang berada di perantauan untuk join segmen mudah ini. Segmen untuk saling kenal antara blogger di tanahair dengan blogger yang jauh dari mata ni ..... huhuhu... 

Dah tentu blogger yang sedang berada di perantauan ada lebih kelebihan dari semua, mereka ada pengalaman unik yang boleh dikongsi. 

Untuk join segmen ini, anda perlu lakukan perkara berikut:

  • LIKE page ini: facebook blog hasrulhassan
  • Kemudian tinggalkan url blog anda dengan format berikut di wall page tu: Jom Kenal Blogger Perantauan - <Link/url blog anda>
  • Jangan lupa nyatakan kat mana anda berada, dan apa yang anda buat di perantauan, pastu tinggallah sedikit pesanan buat kami yang ingin mengenali anda ehhh...
  • Untuk pastikan blog disenaraikan, takut terlepas .... tinggalkan juga url blog anda di ruangan komen entri ini.

Senang dan mudah. HH akan senaraikan blog-blog ini yang ambil bahagian.

Tutup jam 2 petang waktu Malaysia .... 27 Mac 2012.
Selanjutnya...

Monday, 26 March 2012

Gambar | Monopoly Disalut Emas | Franklin Mint Monopoly

0 reaksi dan komen
As-Salam.
Siapa biasa main monopoly? atau mungkin Saidina keluaran SPM? Hmmm .... atau versi lebih murah ... Millionaire ... hehehe... tapi kali ini HH nak kongsikan beberapa gambar Monopoly yang menggunakan emas dan perak sebagai antara benda bernilai di kotak permainan yang sudah berabad wujud ini.

Uhh kalau main ni, tak leh simpan merata bang ... hehehe...

Foto Monopoly Edisi Istimewa Franklin Mint


Sumber: About.com
Selanjutnya...

Motorsikal Chopper 1Malaysia oleh Paul Teutul Sr.

1 reaksi dan komen
As-Salam.
Erkkk tak sangka pula Paul Teutul Sr. akan bina sebuah motorsikal chopper untuk Malaysia ... huhuhuu.... nampak macam menarik je motorsikal chopper ni, lepas ni mungkin akan ramai anak-anak muda buat motorsikal macam ni .... yang dah ada pun dah banyak, diubahsuai dari basikal chopper .. hehehe...

Motorsikal chopper ini dinamakan Chopper 1Malaysia, adalah dibina untuk program yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia - Five Mountains Motorcycle Tour.

Untuk info, Paul Teutul Sr. merupakan bintang yang terkenal dalam cerita American Chopper, dan sangat disegani kerana telah membina ribuan motorsikal custom-made untuk pelanggan-pelanggan seluruh dunia.

Foto Motorsikal Chopper 1Malaysia


Sumber: Yahoo
Selanjutnya...

Tatacara dan Panduan Beli Rumah Second-Hand

2 reaksi dan komen
As-Salam.
Ada sesiapa yang bercadang nak beli rumah? Nak beli rumah baru, macam mahal la pulak .... ada kata kalau beli rumah yang second-hand, murah sikit ... tapi tak tahulah sebab harga hartanah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dianggarkan bahawa nilai hartanah yang melambung ini akan menjadikan harga rumah teres di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur naik beratus kali ganda.

Menurut laporan akhbar, harga rumah teres di KL mungkin jadi RM300,000 seunit di tahun 2020 kelak. Tatkala itu, anda perlu mempunyai gaji atau pendapatan sekurang-kurang RM12,000 sebulan untuk membolehkan membuat pinjaman di bank.

Berikut HH kongsikan panduan untuk membeli rumah second-hand buat sesiapa yang berminat.

Panduan Beli Rumah Second-Hand
 
1. Hubungi penjual/ejen dan tanya harga.
Cari rumah yang nak dibeli. Sebelum tengok rumah, tawar harga semurah mungkin.

2. Pergi tengok rumah.
Tanya banyak soalan. Dan cek semua bende. Yg penting, tengok kalau ada problem besar yg mungkin perlukan major repair macam bumbung bocor, piping problem, tekanan air rendah, wiring dalam dinding, dll. terutamanya rumah yang dah lebih 10 tahun. Borak dengan jiran dan pekedai kawasan sekeliling, takut2 ada problem yang kita tak tau macam selalu banjir, bekalan elektrik tak elok, gangguan orang minyak, dsb.

3. Minta extra diskaun.
Sebutkan semua kekurangan yang ada pada rumah pada penjual/ejen (walaupun remeh macam cat tak kemas, sinki tak lawa). Tujuannya untuk mintak diskaun tambahan hehe. Penjual pun pressure nak jual, so jangan segan nak tawar.

4. Bayar deposit 3%.
Sediakan duit 3% dari harga rumah. Hati-hati sebab ada jugak ejen/penjual rumah penipu. Kalau dah ada lawyer, lebih baik bayar melalui lawyer. Kalau bayar direct, elakkan bayar cash. Gunakan cek. Kalau takde buku cek, buat bank draf, senang je. Minta resit sebagai bukti bayaran.

5. Cari lawyer.
Cakap untuk tujuan beli rumah. Tanya lawyer tu banyak case tak dia handle sekarang, takut dia sibuk. Warning dia awal2 yang urusan ni mesti diselesaikan cepat2. Lawyer akan drafkan perjanjian jual-beli (sale & purchase agreement).

6. Apply loan.
Apply la loan di beberapa bank. Sebabnya, kadar pinjaman ni berubah2 setiap bulan. Bulan ni Bank A murah, bulan depan Bank B pulak murah. Kadang2 bank sama tapi cawangan lain pun beza2 rate loan. Ni boleh jadi kalau cawangan bank tu tak cukup lagi kuota keluarkan loan bulan tu. Kadang2 kita boleh tawar menawar rate pinjaman tu, contohnya kalau kita: dpt better offer dari bank lain, ada rekod ccris cantik, beli rumah yang mahal, ada byk duit dalam fixed deposit, dll. Kalau tak lepas, cuba apply loan dari mbsb atau syarikat insurans.

7. Sign S&P Agreement.
Bila loan approve, penjual akan sign s&p yang lawyer dah sediakan.

8. Bayar baki 7%.
Bayar baki 7% dari harga rumah, melalui lawyer.

9. Lawyer buat kerja
Ni proses paling lama, mungkin 2 bulan, mungkin setahun. So rajin-rajinlah follow up. Call lah sekali seminggu tanye status terbaru. Lawyer ni selalunya buat keje ikut siapa yang push dia. Tak push, memang slow. Bayar lawyer lepas keje dia dah siap sepenuhnya. Kalau bayar awal, dia dah takde insentif untuk selesaikan cepat.

10. Dapat rumah!
Bila semua urusan lawyer settle, bank kita akan release duit pinjaman kepada penjual. Rumah jadi hakmilik kita dan penjual akan bagi kunci rumah. Jangan lupa tukarkan air, letrik tnb dan indah water jadi atas nama kita.

Sumber: Blog Aidan
Selanjutnya...

Kenalkah Anda Dengan Presiden Amerika Ini?

2 reaksi dan komen
As-Salam.
Siapa boleh teka? Siapakah 2 presiden Amerika ini? Gambar-gamabr ini merupakan gambar individu semasa kecil dan kini telah menjawat jawatan presiden Amerika Syarikat .... agak-agak je pun boleh.



Sumber: FunZug
Selanjutnya...

Pemenang Hadiah Utama Serta Tunai Giveaway Cuti Sekolah | Everlynn@JS Store

2 reaksi dan komen
As-Salam.
Tahniah buat Badiuzaman Mohd Noor kerana telah dipilih secara rawak oleh PunchTab untuk memenangi hadiah utama - Produk Penjagaan Kulit Wajah Everlynn bernilai RM150 (sumbangan dan tajaan Cik/Puan Natasha Che Rahim).

Untuk hadiah wang tunai RM10, PunchTab juga telah memilih Badiuzaman Mohd Noor sebagai pemenang. Hadiah disumbangkan oleh blogger Shaharil Salman (http://www.shaharil.com/)

Tahniah kepada beliau sekali lagi, HH dapati beliau telah melakukan tweets serta LIKE lebih banyak daripada yang lain, serta menjadi antara referrer tertinggi. Mungkin kerana itulah apabila sistem PunchTab memilih pemenang secara rawak, nama beliau menjadi pilihan.

Sekali lagi terima kasih buat semua yang sudi join giveaway yang telah diadakan selama 2 minggu.

Selanjutnya...

Blogger Parit Buntar dan Nibong Tebal

8 reaksi dan komen
As-Salam.
Erkkk ye ye ... HH berblog dari dua tempat ini ... Parit Buntar dan Nibong Tebal. Jangan pening sebab memang kedudukan dekat2 ... sempadan je. Kalau datang sini, sila roger ... boleh gi makan-makan secara pay per self ..hehehehe.... 

Banyak benda ada kat Parit Buntar ni ...baru2 ni selesai satu acara mega kat sini. Hari Air Sedunia 2012 .... fuh ...macam2 org jual barang ... termasuklah air ...hahahaa...


Selanjutnya...

"Langkah Mayat Aku Dulu!"

2 reaksi dan komen
Foto: Yahoo Image
As-Salam.
Kalau nak berani, biarlah bertempat. Ada tu ... takat berani belakang-belakang je, bila depan ..pijak semut pun tak mati bai. Tengoklah sekarang ni, jenayah dibuat sesuka hati .... yang hairannya ...mereka ini semua berani tak bertempat. Ada tu, dok simbah cat la, dok bakar-bakar kereta la ... ishh tak ada kerja lain ke leh buat?

HH hairan sebenarnya dengan keadaan segelintir masyarakat kita ini. Jika dilihat aksi mereka, boleh dikatakan berani la jugak ... tetapi itulah .... hmm adeh.

Teringat zaman dahulu kala - errr tengok tv punya pasal. Dulu, orang zaman dahulu, kalau nak tunjuk berani ... ayat ini pasti akan keluar ... "Langkah mayat aku dulu" ..... tu tandanya, dia mencabar dengan keberanian yang ada. Berani kerana ada kebenaran yang ingin ditegakkan.

Tapi zaman sekarang ni, banyak yang suka buat ... "Baling batu sembunyi tangan". Adeh.


Selanjutnya...

Cincin Berlian Sepenuhnya Pertama di Dunia | Harga USD$70 Juta!

2 reaksi dan komen
As-Salam.
Perghh larat kau nak beli ... sebuah syarikat pengeluar berlian di Switzerland telah menghasilkan sebuah cincin yang didakwanya merupakan cincin pertama di dunia yang dibentuk sepenuhnya daripada berlian.

Shawish Jewelry membentuk cincin ini daripada 150 karat berlian yang dianggarkan bernilai USD$70 juta.


Cincin ini dibentuk menggunakan laser oleh presiden dan CEO Shawish iaitu Mohamed Shawesh, disamping beberapa teknik tradisional lain untuk membentuk dan melicinkan cincin berlian tersebut.

Selanjutnya...

7 Alasan Mengapa Saintis Perlu Percaya Kewujudan Tuhan | Alasan Keempat dan Kelima

1 reaksi dan komen
As-Salam.
Buat yang nampak macam blur, anda perlu baca siri sebelumnya ... 7 Alasan Mengapa Saintis Perlu Percaya Kewujudan Tuhan.

Di sini, HH kongsikan lagi alasan keempat dan alasan kelima.

7 Alasan Mengapa Saintis Perlu Percaya Kewujudan Tuhan

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?
Selanjutnya...

Sunday, 25 March 2012

RM83,000 - Belanja Kahwin, Makin Ramailah Jejaka Jadi Antertu

7 reaksi dan komen
As-Salam.
Jika berlaku di Malaysia, taubat ... mesti ramai jejaka akan terus mengekalkan status jejaka sampailah ke tua. Dan mungkin, akan lebih banyak kes jenayah melibatkan aktiviti tidak sihat akan berlaku. Lebih banyak berlaku kes anak dara hilang, kena culik dan sebagainya. Bukan tu je, akan juga berlaku perkara-perkara lain yang lebih memalukan, seperti rogol, rakam gambar bogel, anak luar nikah dan benda-benda lain.

Dan tanpa dalam pengetahuan juga, anak-anak teruna yang tertekan untuk berkahwin akan cuba mencari jalan salah untuk mendapatkan wang, dan akan terjebak dalam kancah lain seperti berjudi, pengolahan wang haram, tipu sana tipu sini ... dan pelbagai lain ..... 

Di Amerika .... nak kahwin .. nak kena sediakan sampai dekat RM100,000 ... perghhh gila kau ....  di Malaysia, alhamdulillah setakat ini, ramai ibu bapa dan pasangan masih lagi berfikiran rasional. Kalau tak ...ramai juga lelaki akan jadi Antertu (Anak Teruna Tua).

Kos Kahwin di Amerika Cecah RM83,000
 
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Purata kos perkahwinan di AS kini mencecah AS$27,021 (RM83,140), tidak termasuk belanja percutian bulan madu, menurut laman web perkahwinan TheKnot.com dan Wedding Channel.com.

Kota metropolitan ini yang mencatat perbelanjaan perkahwinan sekitar AS$65,824 (RM202,701) muncul bandar raya termahal untuk berkahwin di AS.

Negeri Virginia Barat pula merekodkan kos perkahwinan paling murah di negara kuasa besar berkenaan iaitu purata AS$14,203 (RM43,716).

Senarai itu dibuat berdasarkan kaji selidik oleh dua laman web tersebut terhadap 18,000 pengantin yang mendirikan rumah tangga pada tahun lalu di AS.

"Buat kali pertama sejak 2008, bajet perkahwinan kini meningkat," kata pengasas bersama The Knot, Carley Roney.

"Pada tahun 2011, satu dalam setiap lima pasangan di AS membelanjakan lebih AS$30,000 (RM92,394) manakala 11 peratus pula membayar lebih AS$40,000 (RM123,192) untuk berkahwin," tambahnya.

Editor laman web TheKnot.com, Anja Winikka berkata, faktor ekonomi AS yang semakin pulih menyumbang kepada kenaikan kos perkahwinan di negara itu. - REUTERS
Selanjutnya...

Denda, Jika Pakai Baju Dedah Aurat di Kelantan!

4 reaksi dan komen
As-Salam.
Negeri Kelantan, negeri digelar Cik Siti Wan Kembang, negeri yang dikatakan miskin oleh sesetengah pihak (klik sini) namun ada beberapa perkara yang menarik yang ada di sana tetapi tidak terdapat di negeri-negeri lain di dalam Malaysia.

Dah memang bertuah, negeri Kelantan .... kalau dipandang akan awek-awek yang ada di sana, perghh memang cantik dan menawan. Dan kata orang, dalam banyak-banyak tempat kat Kelantan, Pasir Mas .. sering menjadi tumpuan, kerana di situ ramai gadis dan perempuan punyai wajah yang cantik-cantik belaka. Malah ada kata, gadis Pasir Mas pandai menjaga susuk tubuh agar sentiasa menawan.

Sementelaah demikian, kat negeri Kelantan, tak boleh suka-suka si gadis nak tunjuk aset yang ada. Yelah, lagipun dari segi hukum syarak .... memang tak boleh. Nak ulas? Hmmm tak payah, sebab masing-masing dah tahu kan ..kan.

Buat mereka yang tidak tahu, di Kelantan, tak boleh pakai baju sebarangan ..sebab perempuan yang pakai baju dedah aurat akan kena denda, jadi jangan pelik andai ada selebriti atau artis bila mereka berada di Kelantan, penampilan mereka lebih sopan.

Memetik dari akbar:
“Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).


Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.

Sumber: Sinar Harian

Pendekatan yang begini harus dicontohi. Bukan untuk sekat kebebasan manusia untuk mengenakan pakaian yang mereka suka tetapi sebagai menjaga diri mereka daripada kecelakaan. Dan buat diri sendiri, kenalah tahu .... kan kan ...

*p.s: Pesanan buat diri serta keluarga...
Selanjutnya...

Telefon Pintar Huawei Honor | Spesifikasi Setaraf Telefon Pintar Yang Lain

0 reaksi dan komen
As-Salam.
Uhh ... satu lagi gajet canggih, yang merupakan sebuah telefon pintar. Jenama ini mungkin tak berapa digemari pada sesetengah orang, tetapi sebagai salah seorang yang pernah menggunakan jenama Huawei, HH rasa ia cukup baik dari segi prestasi. Huawei, jenama gajet telekomunikasi daripada China telah mengeluarkan Huawei Honor.

Huawei Honor menggunakan sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich dan dipacu prosesor teras tunggal 1.4GHz dengan kapasiti RAM 512MB dan ROM 4GB.

Ia dilengkapi skrin sesentuh FWVGA empat incinya dengan aspek 16:9 berdefinisi tinggi (HD) yang mampu mempamerkan 16 juta juzuk warna sebenar. Kualiti paparan seperti ini tidak jauh bezanya dengan paparan telefon pintar lain di pasaran. Namun, kualitinya masih boleh ditingkatkan untuk membolehkan pengguna menikmati sepenuhnya kepuasan tontonan.

Huawei Honor dilengkapi dua kamera iaitu kamera HDR 8MP (mega piksel) di bahagian belakang yang turut disokong lampu flash LED dan kamera depan 0.3MP. Ia boleh merakam imej secara dinamik walau dalam apa juga persekitaran termasuk ketika cahaya kurang dan merakam video definisi tinggi dengan 720p.

Reka bentuk telefon pintar ini menerapkan sentuhan elemen kaca yang eksklusif dengan binaan nipis 10.9 milimeter dan berat sekitar 140 gram.

Secara keseluruhan, Huawei Honor adalah model telefon terbaik dalam kelasnya yang menawarkan kualiti melebihi harga yang ditawarkan iaitu RM1,099.

Sumber: Berita Harian
Selanjutnya...

10 Tips Pilih Ketam Segar

3 reaksi dan komen
Ketam Bunga dan Ketam Nipah. Foto: Permata Wangia
As-Salam.
Buat mereka yang suka makan ketam, tentu dah tahu tips yang akan HH kongsikan ini. Ketam, memang sedap walaupun ada cangkerang atau kulit keras yang melindungi isinya yang manis. Ada banyak cara nak masak ketam yang sedap, tetapi bagaimana masakan nak sedap andai ketam itu tak segar. Untuk mendapatkan satu masakan melibatkan ketam yang sedap, cuba ikuti beberapa tips dan panduan untuk memilih ketam segar.

10 Tips Memilih Ketam Segar
  1. Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh, kerana dikatakan isi ketam yang ditangkap waktu ini adalah padat. 
  2. Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu segar.
  3. Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain tunjukkan isinya padat.
  4. Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam - tiga segi kat belakang, kalau masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
  5. Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu .... faham-faham aje la ehh.
  6. Kaki ketam masih kuat melekat pada badan. Mata ketam mesti ada lagi, jangan dah tercabut lak. Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
  7. Jika berpeluang untuk memilih dalam banyak pilihan, pilih ketam betina. Ketam betina ni, ada telur dan bahagian bawah tempat boleh kopek tu selalunya lebih lebar dan bukan tirus. Selalunya ketam betina lebih banyak isi.
  8. Ketam betina badan agak bulat, dan sepit yang ada adalah lebih pendek. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu, kurang warna biru.
  9. Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok2 atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar. 
  10. Pilih ketam yang hidup ... sah2 punya segar .. hehehehe... :P

Ketam juga bukan semua boleh dimakan oleh umat Islam, Ketam Batu adalah haram dimakan kerana ianya dua alam. Ramai yang salah sangka antara Ketam Batu dengan Ketam Nipah.

Ketam Batu
Ketam Nipah
Ketam yang haram dimakan, apabila dimasak akan berbau busuk ... jika dari segi rasa ... erkk pahit ..huhuhuhuhu..... 
Betina
Jantan
Andai dah dimasak, isi ketam yang segar adalah berketul jika dibandingkan dengan ketam yang dah lama, yang akan hancur bila dimasak.

Sumber: Forum Mesra
Selanjutnya...

Hikmat 4 Perkara Yang Boleh Dilakukan Sebelum Tidur

0 reaksi dan komen
As-Salam.
Semua orang mencari kebaikan setiap hari. Dan sebenarnya kita telah diberikan peluang dan cara untuk sentiasa mendapat kebaikan, hatta sebelum tidur. Jadi mari kenang balik apa yang telah dipesankan kepada kita, sebagai umat Islam.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:-

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Tentu nampak sesuatu yang sukar kan? Yelah ... dalam dunia sekarang, HH merasakan 4 perkara yang dinyatakan dan diberi petunjuk oleh Rasulullah kepada kita semua, macam berat je nak buat .... namun penjelasan seterusnya diberikan.

"Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda: 

"Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Berselawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Semoga kita semua boleh dan dapat amalkan.

 
Selanjutnya...

Saturday, 24 March 2012

[Video] Digi WWWow Awards 2012 | Tiada Kategori Sesuai Buat Dicalonkan

1 reaksi dan komen
As-Salam.
Tahun lepas, HH sangat berterima kasih buat MASSAARI.COM yang sudi mencalonkan blog HH untuk Digi WWWow Awards. Tapi untuk tahun ni, HH fikir tak layak untuk mana-mana kategori yang dipertandingkan. Nak promo-promo kat orang suruh undi ni ...uhhh it's not me ..susah nak buat kerja kempen gitu. HH tak pandai nak persuade pengunjung untuk klik undi, tambah2 lagi blog ini kurang peminat dan followers yang sudi lakukan perkara sedemikian.

Apapun, buat mereka yang mungkin ingin mencuba nasib, anda boleh lakukan dengan pergi ke laman web berikut: Digi WWWow Awards 2012 dan pilih kategori yang sesuai untuk mencalonkan diri atau mencalonkan sesapa (blogger) yang difikirkan sesuai.

Sedikit video promo:



Goodluck buat mereka yang sudah menyertai terutama rakan blogger - Mak Dara, Ben Ashaari dan beberapa yang lain.
Selanjutnya...

Permohonan Secara Online Kursus Perguruan Buat Lepasan SPM (KPLSPM)

0 reaksi dan komen
As-Salam.
Buat sesiapa yang telah selesai dengan kegembiraan mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, maka inilah masa untuk mencari bidang yang sesuai bagi meneruskan pengajian. Dan antara yang sering menjadi tumpuan adalah jurusan perguruan, anda boleh memohon Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM).

Menjadi guru bukan mudah. Anda perlu mempunyai minat yang mendalam untuk mendidik anak bangsa, dan bukannya sebagai ambilan terakhir untuk anda menjaja sijil SPM anda. Seandainya anda sebagai seorang lepasan SPM atau mungkin anda kenal sesiapa yang punyai iltizam untuk menjadi seorang guru, maka pohonlah Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Program ini ditawarkan mulai 22 hb Mac 2012 dan dinamakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Permohonan yang berjaya akan ditempatkan di Institut Perguruan di Malaysia.

Anda hanya boleh memohon secara dalam talian (online) di pautan berikut: http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/

Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.

Untuk lebih info dan maklumat lanjut: http://www.moe.gov.my/bpg

Tutup pada 5 April 2012.
 
Selanjutnya...

Dunia Blogger Malaysia | Blog Anda Perlu Dijamin Selamat Buat Semua

0 reaksi dan komen
As-Salam.
Blog anda perlulah selamat, kalau tak selamat macam mana orang nak singgah. Kalau anda tahu sebuah rumah ada bom ... nak ke anda masuk?? Jadi pastikan blog anda itu selamat.... anda boleh baca entri ini: Panduan Menulis Blog | Kaedah Untuk Mengetahui Blog Anda Selamat dan juga entri berikut: Panduan Menulis Blog | Tingkatkan Keselamatan dan Kebolehpercayaan Blog

Jangan sampai blog anda berkesudahan begini:


Bagaimana ia boleh berlaku pada blog anda?
Cara yang sering menjadi punca serta sebab adalah widget serta gajet yang anda letakkan pada blog anda. Harus anda tahu, widget-widget ini yang kebanyakkan berasaskan JavaScript adalah terdedah dengan ancaman malware. Seandainya anda tidak berhati-hati, blog anda mungkin nanti akan dibanned oleh enjin carian seperti Google.

Buat mereka yang menggunakan platform percuma seperti blogspot, HH boleh katakan bertuah kerapa ancaman itu telah dititik-beratkan oleh penyedia khidmat, jadi keselamatan anda mungkin berisiko rendah. Namun, buat mereka yang ada hosting sendiri, seandainya tidak dilengkapkan dengan ciri keselamatan yang baik, mungkin nanti menjadi tempat biak malware serta virus.
Selanjutnya...

Panduan Menulis Blog | 'Dead Link' Itu Adalah 'Broken Link'

1 reaksi dan komen
As-Salam.
Ramai yang macam mushkil apa itu dead link, sebenarnya tarif sebenar adalah broken link, atau capaian yang menemui jalan buntu dengan keluar mesej 404 Error Message. Ramai yang cuba memahaminya menerusi entri ini: Bahaya Dead Link Dalam Blog.

Contoh adalah seperti berikut:


Jadi, seandainya seseorang pengunjung klik apa2 jua pautan di blog anda ... yang akhirnya menemui mesej seperti di atas, maka cepat-cepatlah anda buang pautan tersebut.

Tiada cara yang mudah sebenarnya, melainkan anda perlu periksa sendiri pautan-pautan yang anda buat termasuklah yang menggunakan widget tertentu seperti nrelate mahupun linkwithin.

Salah satu cara yang mungkin dapat membantu adalah dengan bantuan pengunjung sendiri yang sebolehnya memberitahu anda bahawa pautan (link) tidak berfungsi atau keluar mesej 404 seperti yang HH sebutkan di atas.

Moga penjelasan ini boleh faham.

Mengapa perlu basmi dead link? Sebab utama, ia akan merosakkan ranking Alexa serta Google anda. Baca juga entri ini: Bahaya Dead Link Pada Blog
Selanjutnya...

Sudah Berakhir, Siapa Bakal Dapat Hadiah Bernilai RM150?

1 reaksi dan komen

As-Salam.
Sudah tamat. Terima kasih kepada peserta-peserta yang sudi join untuk merebut hadiah utama - set perawatan wajah bernilai RM150 yang disediakan oleh JS Store ini. Nantikan pengumuman yang akan dibuat sedikit masa lagi.

Pastikan kepada mereka yang dah join, jadikan HH rakan di Facebook, agar mudah untuk dihubungi, dan lengkapkan alamat email anda. HH akan menghubungi para pemenang setelah pengumuman diwartakan di blog.

Terima kasih semua.
Selanjutnya...

Panduan Menulis Blog | Bahaya 'Dead Link' Dalam Blog

8 reaksi dan komen
As-Salam.
'Dead Link' atau capaian yang mati adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah blog. Jika ada capaian yang sudah tiada lagi .... maka cepat-cepat anda aturkan agar blog anda di'ping' semula .... gunakan segala macam kaedah ping menyeluruh yang disediakan di dalam dunia maya ini.

Bagi HH, andai ada entri lama yang perlu dibuang, bagi mengelakkan ia menimbulkan masalah dead link yang dimaksudkan, HH akan gunakan khidmat feedburner untuk menyusun semula entri-entri menerusi khidmat ping yang disediakan.

Kenapa dead link ini bahaya? Kerana ia akan menjejaskan peluang blog anda untuk disenaraikan sebagai sebuah sumber info dan maklumat di dalam enjin carian. Jika robot carian menjumpai dead link dan merekodkan dalam pengkalan data carian ... ia sedikit sebanyak 'menjatuhkan' kebolehcapaian dan kebolehpercayaan akan maklumat di dalam blog.

Bila ini terjejas, peluang untuk blog anda disenaraikan di tempat pertama, laman pertama enjin carian akan gagal, lalu menjejaskan peluang untuk menerima trafik, lalu langsung ... apa jua sumber manfaat yang ada cuba kongsikan tidak dapat dikongsikan dan dimanfaatkan oleh ramai.

Maka, pastikan kurang atau tiada terus dead link ini di dalam blog anda.

*p.s: HH hadapi masalah dengan dead link sebab sukar sebenarnya nak jejak ..huhuuhuhu...

Selanjutnya...

Akhirnya, Dapat Juga Cash Out Daripada Nuffnang Pertama Kali!

20 reaksi dan komen
As-Salam.
Akhirnya tercapai cita-cita untuk cash out pendapatan pertama daripada Nuffnang. Yeahh .. pendapatan pertama. Huhuhuhu.. tentu anda semua nak tahu berapa jumlah yang HH buat pertama kalinya ini dapat dan berjaya cash out daripada Nuffnang....

Email yang dihantar oleh pihak Nuffnang ... bila HH klik cash out:

Dear Nuffnanger,

You are receiving this message because you have just cashed out your Nuffnang earnings (RM 50.08) for the first time.

Please note that a cheque will be sent with the following payee name: HASRUL .....

Please note that the Payee Name on any cheques for individuals should be the full name according to their ICs or passports. Should a cheque be issued to an incomplete name, the recipient will not be able to bank in that cheque due to this reason. Kindly contact our helpdesk at http://helpdesk.nuffnang.com.my if you would like to change the payee name.

Please also note that a transaction fee of RM 1 will be applied against every request.

The time it takes to process your request differs according to your Glitterati status. Please see http://www.nuffnang.com.my/exclusive-program for details.

If you have any questions, please contact us at our Helpdesk.

Yehaaa .... akhirnya setelah lebih 3 tahun bersama Nuffnang!
Selanjutnya...

Friday, 23 March 2012

Rakan-Rakan Bloggerku Yang Perlukan Sokongan

4 reaksi dan komen
Selanjutnya...

Segmen Jom Tambah Follower by NI

2 reaksi dan komen
As-Salam.
Memandangkan segmen yang HH anjurkan kurang dapat sambutan, maka ... atas kesedaran diri bahawa blog tidak popular untuk dibuat segmen, makanya .... HH join segmen orang lain .. huhuhuhu ... tetapi andai sesapa yang masih ada kesudian ... boleh join segmen HH ini: KLIK SINI.

Segmen Jom Tambah Follower by NI


Syarat pun mudah je untuk join segmen ini ... kepada sesiapa yang nak memeriahkan majlis ..leh la klik pada pautan ini: KLIK SINI.

Selanjutnya...

Gagal Capai Kejayaan Baik Dalam Peperiksaan

2 reaksi dan komen
Foto: DiariHati.com
As-Salam.
Semua orang bercakap soal kejayan si polan dan si polan, lalu ditaburkan dengan segala perkara yang membolehkan ia terus berjaya. Tapi, bagaimana mereka yang tidak begitu bernasib baik? Bagaimana dengan mereka yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan STPM?

Inilah ketentuan yang telah dijatuhkan ke atas kita atas usaha dan segala jerih yang kita telah taburkan. Andai tidak mendapat keputusan yang cemerlang, ianya bukanlah satu kegagalan yang mutlak, masih banyak cara untuk kita berjaya dunia dan akhirat.

Memang sukar untuk menerima sesuatu kegagalan. Ada rakan yang tidak berjaya dalam SPM, telah jauh hati dengan kawan-kawan yang lain. Malah, ada teman yang tidak berjaya dalam SRP, sanggup tukar sekolah kerana rasa malu dengan kawan-kawan.

Redhalah dengan apa yang anda telah terima, tetapi bukan maksud anda perlu mengalah di sini. Masih ada peluang untuk anda berjaya. Ada banyak jalan yang terbuka buat anda ..... ya, ada jalan kejayaan buat mereka yang pernah gagal. Ingat kegagalan hari ini bukan bermakna anda akan gagal untuk selamanya.

Tips Untuk Mereka Yang Kecewa Dalam SPM/STPM
  • Mohon sambung belajar di Institut Kemahiran
  • Ambil sekali lagi peperiksaan tersebut
  • Tingkatkan pengetahuan akhirat
  • Berusaha untuk berjaya, bermula dari bawah
  • Ambil peluang untuk bekerja sendiri di bawah seliaan mereka yang berjaya
  • Berfikir dan cari kekuatan diri, dan kembangkan kemahiran yang ada


Selanjutnya...

Blog Pilihan 2012 | Edisi Follower

5 reaksi dan komen

As-Salam.
Apabila tiba ke blog peribadi, tidak ramai blogger yang berjaya mendapat trafik yang tinggi, tetapi kekuatan blog peribadi terletak pada pembacanya yang setia. Malah, blog-blog bergenre begini amat disukai oleh para pengiklan terutama daripada platform Nuffnang. Ini adalah kerana penulisan mereka adalah original, bukan artikel yang disalin semula dari mana-mana sumber (macam blog ini .... sopy paste je banyak).

Salah sebuah blog bercerita kisah peribadi, yang tahu membataskan cerita.

Blog Pilihan 2012 | Edisi Follower - Blog Yana Aqilah Worldwide


Blog Yana Aqilah (http://yanaandfabolousity.blogspot.com)
Selanjutnya...

Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2011 | Senarai Tawaran Biasiswa 2012/2013

3 reaksi dan komen
As-Salam.
Biasiswa Buat Lepasan SPM 2011 - Sekalung tahniah buat para pelajar yang telah berjaya mendapat kejayaan penuh gemilang dan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang baru diumumkan. HH percaya anda tentu merasa sangat gembira dan bangga serta puas kerana telah berjaya mencapai keputusan baik, hasil usaha dan iltizam untuk berjaya.

Anda bukan sahaja membanggakan diri anda sendiri, tetapi telah membuktikan kepada keluarga bahawa anda merupakan seorang anak yang boleh diharapkan di masa akan datang.

Namun, diingatkan .... ini hanyalah satu permulaan yang baik untuk anda terus berjaya. Masih jauh langkah yang perlu anda lakukan untuk terus berjaya. Untuk itu ramai yang sedang mencari peluang untuk menyambung pendidikan .... dan .... pada masa yang sama, ada kekangan yang menghadkan langkah anda.

Usah bimbang, HH tahu ... ramai yang susah hati untuk sambung pelajaran dek kerana kekangan kewangan - dan kerana itulah, HH senaraikan seberapa yang boleh beberapa tawaran biasiswa yang boleh anda rebut untuk meneruskan impian serta cita-cita anda.



Senarai Biasiswa Lepasan SPM 2011 | Tawaran Untuk Biasiswa 2012/2013

Biasiswa Yayasan Proton
Terbuka buat mereka yang ingin melanjutkan pelajaran berkaitan automotif. Ada 3 kategori disediakan, biasiswa untuk pelajar cemerlang SPM2011 (cgpa 3.5 ke atas), biasiswa untuk keluarga kurang berkeupayaan (cgpa 3.0 ke atas) dan biasiswa untuk anak-anak kakitangan Proton. Para pelajar yang mendapat tawaran akan diberikan sehingga RM6,600 setahun + sebuah laptop percuma dan tawaran latihan (dengan elaun khas) dengan Proton.

Untuk memohon: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 30 April 2012

Biasiswa Petronas 2012/2013
Untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi PETRONAS atau universiti luar/antarabangsa cawangan di dalam Malaysia.

Permohonan secara online: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 28 Mac 2012

Bank Negara Malaysia Scholarship Award 2012/2013
Tawaran dibuka untuk semua lepasan STPM dan juga SPM yang baru sahaja diumumkan. Untuk lepasan SPM 2011, sekurang-kurang 8As (A dan A+ sahaja) adalah kriteria minimum yang ditetapkan. Info lanjut: KLIK SINI.

Permohonan secara online: BNM Scholarship Awarad 2012/2013
Tarikh tutup: 29 Mac 2012

British Council IELTS Scholarships 2012
Sebanyak RM50,000 keseluruhan disediakan kepada 5 pelajar Malaysia untuk lanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara di bawah program dari universiti yang diiktiraf oleh IELTS Sebanyak 2 tawaran biasiswa diberikan kepada pelajar yang berminat untuk sambung belajar di Australia dan Amerika Syarikat.

Permohonan secara online: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 30 Jun 2012

UTM Endowment Scholarship
Sebanyak RM2.5 Billion diperuntukan untuk program biasiswa ini. Kepada yang berminat, anda boleh layari http://www.utm.my atau telefon 07-553 0248/553 0185 (Unit Bantuan Kewangan).
Tarikh tutup: 16 April 2012

Biasiswa Yayasan Khazanah Nasional
Terdapat beberapa kategori biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Khazanah Nasional buat warga Malaysia serta warga asing yang ingin melanjutkan pelajaran. Anda boleh memilih mana-mana pilihan yang ada - terdapat 6 pilihan biasiswa ditawarkan oleh Yayasan Khazanah Nasional Malaysia.

Untuk melihat senarai serta info lanjut dan juga permohonan: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 1 April 2012

MREPC Scholarship Award
Tawaran biasiswa untuk semua yang berminat untuk mendapatkan biasiswa di bawah Kementerian Komoditi dan Asas Tani. Bidang yang berkaitan, adalah seperti kejuruteraan kimia, kejuruteraan mekanikal, elektrik dan elektronik, teknologi polimer, pemasaran dan perniagaan, alam sekitar serta IT.

Untuk info dan maklumat lanjut: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 30 March 2012

Biasiswa Yayasan Sime Darby
Terdapat beberapa biasiswa untuk para pelajar lepasan Diploma, STPM, SPM serta juga bantuan khas untuk golongan OKU. Anda boleh dapatkan senarai biasiswa oleh Yayasan Sime Darby.

Permohonan secara online di sini: Biasiswa Yayasan Sime Darby
Tarikh tutup: 20 April 2012


Untuk lebih banyak peluang, anda hanya perlu Google dan taip 
'Tawaran Biasiswa 2012/2013' atau 'Scholarship Award 2012/2013 Malaysia'

Selamat memohon dan semoga berjaya.
Selanjutnya...

Thursday, 22 March 2012

10258 Pageviews, 5934 UV Sehari | Rekod Baru Lagi

7 reaksi dan komen
As-Salam.
Entah macam mana, rekod minggu lepas 7K hits sehari telah berjaya dipecahkan minggu ini, dalam masa seminggu, blog ini telah berjaya mencapai satu lagi kejayaan yang tidak diduga. Alhamdulillah, semalam blog ini telah berjaya melepasi 10K Pageviews .... memadamkan rekod lama minggu sebelumnya.



Dalam masa dua bulan, blog ini telah melonjak trafiknya ...


Ini mungkin disebabkan oleh kejayaan ping blog ini di OhBelog dan juga Ping Busuk.

Jadi, andai anda mahukan trafik yang telah HH usahakan untuk blog ini, anda daftarlah blog anda di kedua-dua perkhidmatan ping blog berkenaan. Lumayan tu ....

Namun, sekali lagi diingatkan, entri anda mestilah yang terbaik dari anda, dan unik agar orang lain akan terujan untuk membacanya.

*p.s: Sesiapa sudi nak beriklan, sila PM HH di Facebook atau email HH ehh ... :)
Selanjutnya...

Seronoknya Berchatting di Dunia Maya

2 reaksi dan komen
As-Salam.
Sejak adanya internet, antara aplikasi yang sering jadi tumpuan malah popular serata dunia ialah sembang maya, sembang online ataupun Chatting. Ada macam-macam aplikasi .... ada Yahoo Messenger, MSN Messenger, ICQ, Mirc dan macam-macamlah .... dalam laman web pun ada fungsi seperti ini contohnya shoutbox. 

Ia sangat popular sehingga ramai pembangun aplikasi mencipta pelbagai perisian yang hampir serupa untuk semua platform, malah kini...boleh berchatting menerusi telefon bimbit. Syarikat telekomunikasi juga membangunkan aplikasi tersendiri untuk memuatkan perisian seumpamanya di telefon bimbit.

Ramai orang suka chatting untuk memenuhkan masa lapang. Ramai juga orang yang menjadikan chatting hobi baru dalam hidupnya. Chatting telah mula menjadi budaya anak-anak muda malah orang dewasa yang kerap berasa sunyi.

Awas, jangan terperangkap dalam dunia chat. Chatting itu indah tetapi kita tidak pernah tahu siapakah sebenarnya orang di hujung sana. Kata-katanya mungkin menawan, maka kita pun terbayangkan wajahnya yang tenang seperti yang selalu kita idam-idamkan, hakikatnya kita tidak pernah tahu siapakah dia sebenarnya. Boleh jadi buaya besar atau sang penipu yang sedang melemparkan banyak umpan, dan anda adalah salah seorang daripada mangsa-mangsanya.

Oh, dia telah menghantarkan wajahnya melalui internet untuk tatapan anda, maka anda amat pasti dia memiliki wajah yang menarik dan boleh dipercayai. Awas, siapa tahu itu bukan wajahnya yang sebenar. Kamera juga boleh menipu. Orang yang tidak cantik boleh menjadi fotogenik di hadapan kamera. Orang yang tidak tampan boleh kelihatan mancho. Kamera digital boleh melakukan semua perkara. Malah kecanggihan IT boleh meletakkan kepala artis terkemuka di atas badan orang lain. Jangan terperangkap oleh enaknya buaian kata-kata. Selagi namanya dunia siber kita memang patut berasa sangsi walaupun untuk percaya terus itu hak peribadi. 

Jadi awas .. jangan terpedaya dan jadi mangsa.
Selanjutnya...

Panduan Menulis Blog | Membina Kreadibiliti Dalam Dunia Blog Malaysia

2 reaksi dan komen
As-Salam.
Untuk menjadi seorang blogger yang dihormati dan disegani, pertama sekali anda perlulah menyakinkan pembaca blog anda bahawa anda merupakan seorang blogger yang punyai kreadibiliti ... iaitu boleh dipercayai, jujur dengan setiap entri dan paling bagus, kekal dan tetap dengan pendirian untuk terus memantapkan blog.

Ada sesetengah blogger yang cuba mencari langkah pantas .... yang ingin naik terlalu cepat dalam dunia blog Malaysia sehingga menghakis segala kebaikan yang boleh diterapkan menerusi blog. Jika teruskan begini, cepat naik cepatlah jatuh. Ibarat kita berlari laju, kalau tersadong akan jatuh berdebuk sampai berdarah lutut, pecah kepala. Andai kita melangkah dengan berhati-hati, perlahan tanpa ikut nafus, andai tersadong pun, sempat lagi untuk berpaut.

Aha ...macam kita dok bawak kereta di lebuhraya, jika terlalu ikut perasan ... tak ikut undang-undang dan peraturan ...pasti nanti hujung bulan, mengira gaji hanya untuk membayar saman dan kompaun sahaja.

Contoh seorang blogger yang telah berjaya membina kreadibiliti dalam dunia blogger adalah Eqbalzack. Sesuatu yang HH sendiri turut merasa bangga. Lihat sahaja paparan di dalam blognya, kejayaan demi kejayaan dicapai ... tapi bukan dengan kadar mee segera tetapi selama 6 tahun dalam dunia blog!

Ada sesuatu yang patut kita semua belajar - membina kreadibiliti dalam dunia blog.

*p.s: Eq telah beberapa kali dimunculkan dalam akhbar dan majalah, menjadi yang terbaik antara terbaik kerana dianugerah blog terbaik. Hebat bukan?
Selanjutnya...

Panduan Menulis Blog | Tingkatkan Keselamatan dan Kebolehpercayaan Blog Anda

8 reaksi dan komen
As-Salam.
Tentu anda rasa tak best bila masuk sesuatu blog, dan kemudian komputer anda diserang malware atau virus mahupun cecacing yang merosakkan komputer anda. Ia akan melembabkan fungsi komputer, malah akan menyebabkan blog anda turut dijangkiti seandainya ada telah sedia login ke dalam akaun blog anda.

Bila anda tidak suka, tentu dan begitulah juga dengan perasaan orang lain, pengunjung lain yang singgah di blog kita dan tiba-tiba terkena virus dan malware disebabkan blog kita. Maka, adalah penting memastikan blog kita adalah bebas dari segala ancaman ini.

Untuk memastikan blog anda selamat dikunjungi dan meningkatkan kebolehpercayaan, HH sarankan anda gunakan dua online scanning untuk laman web serta blog ini - OnlineScan dan juga UrlVoid.

Mudah, tak perlu daftar apa-apa, hanya letakkan url blog anda dan pressto ... anda akan dapat hasilnya sebegini:


Selanjutnya...
 

Get this Jquery Popup widget