As-Salam.
Bukan mudah sebenarnya untuk muncul dalam dunia blogger Malaysia. Bagi mereka yang serius dalam bidang ini, yang mahu mendapatkan 'sesuatu' daripada dunia blog, banyak usaha dan keringat serta masa perlu dihabiskan untuk merealisasikan impian.

Mencari tapak dalam dunia blogging mudah, tetapi nak kembangkan tapak itu menjadi bangunan memang payah. Saingan itu sengit, malah sampai satu ketika, ada cantas mencantas berlaku. Jika ia dilakukan secara baik tak mengapalah, tetapi ada juga yang melakukannya secara tidak elok .... sanggup guna cara kotor semata-mata mahu meraih perhatian dan populariti dalam dunia blog.

Kini, dah semakin banyak blog yang nampak 'klon', isi kandungan blog hampir sama, tak cuba lansung untuk menkreativitikan diri bagi menjadikan isi kandungan itu sedikit berlainan daripada sumber.

HH pun tak dapat lari daripada melakukan perkara yang sama. Mungkin kerana mahu mengejar trafik, mungkin kerana mahu orang membaca blog ini - ohhh macam seorang yang terdesak sahaja.

Mahu jadi seorang  blogger yang beridentiti, mahu blog tampil unik, mahu entri punyai ciri istimewa dan menarik, mahu berada dalam dunia blog dengan 'nama' sendiri - satu wishlist yang sejak dahulu terasa sukar untuk digapai.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. a'ah..mmg susah nak dapatkan identiti sendiri..

    BalasPadam
  2. Bersamalah berusaha, where there is a will there is way!

    BalasPadam
  3. setuju la...xpe..dunia blog ni bebas...cuma kita kene bijak..

    BalasPadam
  4. mmg pun untuk mencari satu identiti dan mengekalkannya satu pekerjaan yg memerlukan masa yg lama dan kesungguhan yg tinggi...

    BalasPadam
  5. Sesekali ikuti perkembangan semasa...Tapi kebanyakan masa cerita hal sendiri. Identiti masih belum betul2 jumpa.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement