29 Februari 2012

Panduan Menulis Blog | 6 Pilihan Web Agregator Untuk Ping Blog

As-Salam.
Salah satu cara untuk meningkatkan trafik serta pageviews blog adalah menggunakan perkhidmatan agregator blog - sebuah laman yang akan mengutip serta menyiarkan entri-entri blog kepada ahli-ahlinya dan ping ke seluruh laman maya.

Ia suatu laman web yang penuh informasi daripada blog-blog yang menjadi sebahagian daripada komuniti. Biasanya kita perlu mendaftar untuk menggunakan khidmat agregator ini. Dan sebagai timbal-balik menyiarkan dan menyebarkan entri-entri daripada blog kita, pihak laman web berkenaan akan minta kita bekerjasama samada dengan meletakkan widget mereka ataupun meletakkan banner mereka.

Widget ini akan memuatkan entri-entri daripada blog lain, berdasarkan kriteria dan jenis entri yang kita telah tetapkan semasa membuat setting widget.

Anda boleh cuba menggunakannya beberapa pilihan web agregator ini. Untuk info, laman-laman ini adalah separa automatis di mana anda perlu menyertakan entri2 anda untuk ping secara manual. Anda perlu rajin dari sehari ke sehari untuk pergi ke laman-laman ini untuk ping entri blog anda.

Senarai Laman Web Agregator Malaysia

  1. Ping Busuk
  2. OhBelog
  3. GuaBlog 
  4. GengCyber
  5. Innit Nuffnang
  6. Blogged.MY **

**Automatik ping disediakan tetapi perlu login dan tekan ping.

28 Februari 2012

Meluat Dibuatnya ... Sana Sini Fitnah Buta Tuli!

As-Salam.
Kalau baca artikel dan penulisan mengenai politik ... fuh ... leh ada yang menyirap darah. Mana taknya, walaupun ada kata-katanya benar, tetapi disebabkan cara penyampaiannya yang tak kena cara, ia seolah satu provokasi untuk pihak lain untuk memperkatakan hal yang sama dengan fikiran mereka.

Meluat ... ya, selalunya HH merasa meluat membaca cerita dan kisah-kisah politik Malaysia ini ... sana sini kutuk mengutuk, kata mengata ... ada je simpul mati yang disulam dalam cerita. Ada sahaja fakta yang diputar belitkan agar artikel itu jadi sedap untuk ditatap.

Ntahlah. Susah nak tahu mana yang betul dan yang benar. Yang sini kata betul, yang sana kata fitnah. Yang sini kata dok tegakkan benang yang basah, yang sini pula meraban kata inilah kebenaran.

Baik media arus perdana, mahupun tabloid picisan ... ada sahaja berita yang menjengkelkan bila berkata tentang politik. Blog? Uhhh lagi dasyat ....fitnah buta tuli .... ngeri doh.

Yang malangnya ialah ... berita dikeluarkan untuk bercerita ... tapi nampaknya mereka yang komen lebih banyak bercerita dari artikel atau cerita asal ...uhh aloh ..gadoh dalam ruangan komen la pulak ...ish ish iish ... manusia oh manusia ...

20 Jenis Penyakit Yang Tidak Boleh Diiklankan

Siapa sini penjual ubat? Hmm saya tahu ada pembaca tetap blog ini merupakan tukang urut tetapi penjual ubat tu ..hmm tak tahulah ... tapi rasanya ramai kot yang pernah mencuba ubat-ubat yang dijual di kaki lima, termasuklah kosmetik.

Kesihatan, sememangnya satu aset yang tidak ternilai. Dan oleh kerana itulah, ramai yang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dek kerana faktor kesihatan ini. Semua orang mahu sihat, semua orang mahu cantik ... maka, dengan potensi yang ada .... ramai peniaga, penjual, pengeluar .... yang menghasilkan pelbagai jenis ubat dan juga produk kesihatan, cuba memperdaya pengguna dengan pelbagai jenis iklan, testimoni yang adakala agak meragukan.

20 Jenis Penyakit Yang Tidak Boleh Diiklankan

20 Jenis Penyakit Yang Tidak Boleh Diiklankan
Persoalannya ialah sejauh mana produk-produk ini ... terbukti berkesan... dan adakah cara promosi mereka itu sah dan dibenarkan dari segi undang-undang?

Berikut saya senaraikan 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan. Ini bermaksud anda tidak boleh buat iklan seperti contoh - "Penawar Kencing Manis dan Barah" atau "Produk Dijamin Dapat Merawat Asma dan Lelah".
  1. Penyakit kerosakan buah pinggang 
  2. Penyakit kerosakan jantung 
  3. Kencing manis 
  4. Sawan 
  5. Lumpuh 
  6. Batuk Kering 
  7. Asma/lelah 
  8. Kusta 
  9. Barah 
  10. Pekak 
  11. Ketagihan dadah 
  12. Hernia 
  13. Penyakit mata 
  14. Tekanan darah tinggi 
  15. Sakit mental 
  16. Kemandulan 
  17. Frigiditi 
  18. Lemah fungsi seks 
  19. Venerus 
  20. Kelemahan urat saraf dan yang seumpamanya 
Adalah menjadi kesalahan jika iklan tidak diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU). Salah mengiklan 20 jenis penyakit di atas di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Hukuman adalah RM3K atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya.

Sumber: Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Fakta Menarik | 32 Peratus Austria Berada di Bawah 500m Dari Aras Laut

As-Salam.
Jika jauh berjalan, maka akan luaslah pandangan. Teringin juga di hati untuk menapak di negara orang tapi apakan daya, belum termampu lagi. Apa yang boleh dibuat adalah belajar dari jauh dan hanya berdepan komputer serta papan kekunci yang kian lusuh setiap hari.


Austria - sebuah negara yang cantik, indah .... dan menakjubkan menerusi gambar. Austria yang terletak di benua Eropah Tengah (Central Europe) merupakan sebuah negara republik dengan bilangan penduduk mencecah 10 juta orang.


Keluasan negara ini adalah 83,855 km persegi. Keadaan muka bumi Austria menjadikan ia sebuah negara bergunung ganang yang indah dan menakjubkan. Ia dikelilingi oleh banjaran Alps dan hanya 32% daripada muka bumi negara ini berada di bawah 500 meter dari aras laut (1,640 kaki), dan puncak tertinggi adalah setinggi 3,798 meter dari aras laut (12,461 kaki).

Austria mencipta sejarah sendiri dalam peradaban dunia kerana pernah muncul sebagai sebuah kerajaan hebat di benua Eropah Tengah pada kurun ke 17 dan 18. Ia juga dikenali sebagai kerajaan Austria-Hungary pada tahun 1867.



27 Februari 2012

8 Fakta Logik Akal Kelantan Negeri Paling Kaya di Malaysia!

Fakta logik akal Kelantan negeri paling kaya di Malaysia! Ok. Siapa sokong kenyataan ini, sila LIKE banyak-banyak ehhh ... dan kepada yang tidak sokong tu ... cer tengok beberapa fakta mata yang akan diberikan ini, tapi terlebih dahulu ... anda perlulah pergi ke Kelantan ... hehehe..jangan tengok kat TV .... banyak kena potong tu ...huhuhu...

Untuk anda baca entri ini, pastikan anda lapang dada dan luaskan pemikiran. Jangan sempit sangat hanya berpandukan apa yang diceritakan menerusi kaca TV dan akhbar tempatan. Jika anda mahu bukti, buatlah seperti saya .. pergi sendiri ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini, dan lihat apa yang sebenarnya di depan mata. Walaupun tidak sampai ke ceruk kampung ulu banat, tetapi apa yang anda akan nampak sudah cukup untuk menyatakan mengenai fakta bahawa menerusi logik akal Kelantan adalah negeri paling kaya di Malaysia.
8 Fakta Logik Akal Kelantan Negeri Paling Kaya di Malaysia!

Betul atau tidak, anda perlu baca sampai habis, dan bolehlah buat kesimpulan atau mungkin mahu menyatakan pendapat anda sendiri di ruangan komen blog ini. Jangan menulis ikut perasaan, sebab saya pun menulis entri ini dengan berlapang dada dan berhati-hati.

Fakta Logik Akal Kelantan Negeri Paling Kaya di Malaysia!

  1. Rumah di Kelantan banyak besar-besar, dan merupakan rumah tanah lot, bukannya rumah taman yang kena beli. Dan ianya milik Melayu Kelantan.
  2. Emas di Kelantan antara emas paling baik di Malaysia. Dan Kelantan antara negeri pertama perkenalkan Dinar Emas sebagai matawang ... dan pelaburan.
  3. Ramai penduduk Kelantan terutama wanitanya pakai emas sampai berat leher, gelang sampai ke lengan.
  4. Emas dijual secara jaja menjaja je ..jual tepi jalan je .....maknanya ramai mampu nak jual beli emas kat Kelantan.
  5. Kaum bumiputera Kelantan antara ramai paling berjaya dalam perniagaan. Banyak bisnes sendiri yang berjaya di Kelantan.
  6. Lembu-lembu dijual di tepi jalan je ... fresh ... daging fresh selalunya mahal, tak macam tempat lain lebih suka daging sejuk beku dari India, Australia. 
  7. Kedai perniagaan di Kelantan, majoriti adalah Melayu. Besar-besar lak tu.
  8. Masih lagi banyak kuih-muih dan makanan yang dijual murah - tunjukkan bahawa peniaga di sana tak kesempitan hidup untuk sewenangnya naikkan harga barang.
Banyak lagi fakta mata .... yang boleh anda lihat sendiri di Kelantan yang menunjukkan bahawa Kelantan bukanlah negara miskin yang digemburkan sesetengah pihak. Saya tak faham kenapa ada pihak mahu memburukkan negeri Kelantan ini .... sedangkan hakikatnya ... Kelantan boleh dianggap negeri yang paling berjaya di kalangan penduduk Bumiputera.

Mungkin ada mata nampak yang miskin melata di Kelantan ... tetapi itulah ..kadangkala benda yang kecil kita boleh senang terperasan ...sebab ia nampak pelik di sana ... walhal di negeri lain, ia tidak nampak kerana dah selalu sangat nampak dan dah selalu sangat perasan.

Nak tengok fakta-fakta lain lagi? Sila baca di sini: Wacanaku - Kelantan Negeri Paling Miskin, Kupasan Fakta Depan Mata.

Nak tengok bagaimana satu hari nanti Kota Bharu bakal lawan Putrajaya? Kuala Lumpur? Sila baca sini: Faizal Fredley | Kota Bharu Bandaraya Islam

Saya dah pernah ke Kelantan beberapa kali.... anda pernah?

Gambar | Sebahagian Selebriti di Majlis Persandingan Lisa Surihani - Yusry KRU

As-Salam.
Ramai juga pasangan selebriti tempatan yang hadir di Majlis Resepsi Lisa Surihani - Yusry di PICC ehhh ... meh tengok siapa yang ada di sana .... cun ke tak cun ..hehehe... 

Terima kasih kepada Ministry of Moments sekali lagi kerana berkongsi gambar-gambar awesome yang cantik belaka. Nak tengok gambar persandingan Lisa Surihani yang lain ... silalah LIKE page Ministry of Moments ehh ....

Foto Selebriti di Majlis Resepsi Lisa Surihani-Yusry KRU





Panduan Menulis Blog | Mahu Trafik Kenalah Berikan Trafik

As-Salam.
Ramai yang cemburu dengan blog-blog yang punyai trafik yang tinggi, tetapi tak ramai yang mahu meniru cara blog-blog ini memperoleh trafik. Cara paling mudah ialah dengan bermurah hati memberikan trafik. InsyaAllah ..lambat laun trafik blog anda akan terima habuan yang tidak disangka.

Ya, mudah je sebenarnya .... kalau anda mahu trafik yang tinggi, anda perlulah berikan trafik ke blog lain. Lihat sahaja blog-blog yang punyai trafik tinggi ... jangan lihat sekarang ..tetapi lihat semasa mereka macam anda juga, merangkak mencari trafik buat blog ..... mereka tanpa segan, tanpa kesah, tanpa perlu bayar apa-apa ..memberikan trafik mudah kepada blog-blog lain.

Caranya ... ada banyak ... HH fikir anda boleh cari jalan sendiri. Dan salah satunya ialah perkongsian info ... anda buat mukadimah ..kemudian, isinya merujuk ke blog asal anda mendapat ilham entri. Atau anda boleh sahaja buat ulasan sesuatu topik ...berlandaskan entri orang lain, berikan backlink ..insyaAllah .... adalah nanti trafik tu.

Tapi, pastikan entri anda berkualiti untuk dibaca ..janganlah pulak buat macam ni:

....bla ..bla ..bla ..aku setuju entri mamat tu cerita a,d,v, m ..... link ke sini ...

Sebaris je ..erkkkk ..... apa daaa....

Okeh. Ingat ... nak trafik berikan trafik .... :) berhemah dalam memberikan peluang pada orang lain seperti anda juga.

Mana Satu Pilihan? | Bini Orang, Janda Meletup Atau Anak Dara Perghhh!!

As-Salam.
Sekadar membeliakkan mata yang kuyu .... mana pilihan antara 3 yang ada ini ... antara Ija, Rozita Che Wan dan Neelofa ... huhuhuhuhuu.....

Lelaki ..kadang-kadang minat mereka ni pelik ... ada yang suka bini orang, ada yang lebih sukakan janda .. .... berbanding anak dara yang mereka kata kurang pengalaman .. erkk ..hmm masing-masing ada kesukaan dan ada sebab ... jika anda lelaki dan memilih antara 3 .. mana satu yang anda fikir sesuai dengan diri anda?

Lalala.... pwweeewwwiittt ...perghhh .....

"Dulu Pun, Aku Newbie Gak..."

As-Salam.
Bukan bermula terus dari angka 100 atau 1000 tetapi kosong ... macam anda juga, HH berblog dari kosong pengetahuan .... dari kosong followers, dari kosong widget ..dari kosong ilmu berblog .... bermula lebih kurang tahun 2007 .... dengan pelbagai blog ... dengan pelbagai cerita.

Buat blog sekadar suka-suka, saja seronok untuk berkongsi serta memperoleh duit dari internet sesen dua .... masa tu, jenuh, payah, perit dan sangat sukar untuk menempatkan diri dalam dunia blog. Kebanyakkan pengunjung adalah mereka yang mencari informasi, asalan mereka ntah dari mana-mana. Banyak juga spam yang diterima .....

Tapi itu dulu ...memang tak kenal sesapa dalam dunia blog ini. Yang HH kenal pun adalah sesama rakan di tempat kerja yang juga ada blog.

Lepas tu, HH mula mengenali sedikit demi sedikit blogger lain seperti Kak Kujie, Redmummy, Hanis, Arifshah ..... kebanyakkannya perempuan ... sebab gamaknya mereka ini lebih menyerlah daripada blogger lelaki yang lebih tertumpu pada blog politik yang HH tak berapa berkenan (tetapi baca juga).

Nak bagi blog dikenali ..perghh memang letih la ..kena pi san pi sini .. ajak org tu ..ajak orang ni .... letak di forum, letak di chatroom ... poyo je rasa masa tu .. hahahaa...

Tapi kini, anda semua untung ... ada rakan blogger yang sudi promote, ada tempat ping blog ... banyak lak tu ... ada Facebook untuk kongsikan entri-entri anda. Dulu ..MySpace ... dan Friendster ...lebih suka tulis blog dalam aplikasi mereka je....kongsi2 ni ..tak ada...

Terima kasih kepada rakan blogger yang telah banyak bantu blog ini naik ... bantu blog ini untuk terus memeriahkan dunia blogger Malaysia. Banyak dah HH belajar, banyak dah HH kutip daripada anda semua .... terima kasih.

26 Februari 2012

Gambar | Himpunan Hijau 2.0 di MPK, Kuantan

As-Salam.
Sekadar untuk menunjukkan dan berkongsi gambar sempena Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang MPK, Kuantan pagi tadi. HH secara jujurnya bersikap atas pagar mengenai isu yang dibawakan dalam perhimpunan ini memandangkan kurang pengetahuan mengenainya.

Apa yang disampaikan di dalam dunia maya, agak mengelirukan begitu jugalah dengan apa yang disiarkan di media arus perdana .... pening dibuatnya, namun sedikit sebanyak isu ini membuka mata ramai bahawa pentingnya alam sekitar yang hijau untuk generasi anak kita akan datang.

Apa yang telah kita alami sekarang pun dah sesak dan nazak. Tengok sahaja sungai kita, kebersihan tandas awam kita... tengok highway kita .... tgk tempat pelupusan sampah kita. Bukan soal Lynas sahaja yang perlu kita tampil hijau ..malah banyak lagi perkara lain yang pada mata orang lain tampak remeh tetapi sebenarnya ...ia sedang memusnahkan apa yang bakal ditempuhi oleh generasi akan datang.

Mungkin sesuatu boleh anda belajar dari gambar-gambar yang dikongsikan oleh PDRM ini.

Gambar Perhimpunan Hijau 2.0 

Kenali Follower | Bila Blog Berbicara #1

As-Salam.
Ini bukan segmen, ini juga bukan satu bentuk promosi jual menjual, tetapi sekadar berkongsi rasa melalui blog. Banyak blog di alam maya dan di dalam Dunia Blogger Malaysia ini, tetapi kebanyakkan lebih kepada cerita sensasi yang cuba meraih trafik yang mungkin untuk tujuan mendapatkan income daripada blog.

Ini membuatkan ada blog-blog cetusan rasa, luahan hati, kisah sebenar masyarakat kita agak terpinggir untuk diterjah dan dibaca oleh pengunjung.

Blogger ini menulis kerana mahu berkongsi rasa dan pengalaman. Pengalaman yang memeritkan yang mungkin boleh dijadikan sandaran buat yang lain untuk mencari kekuatan dalam mengharungi hidup yang serba payah.

Dek kerana itulah, HH mulai setiap minggu bermula hari ini akan cuba sedaya upaya mungkin, menjelajah dan memperkenalkan kepada anda semua, pembaca budiman blog ini menyelami rasa yang bercampur baur daripada blog-blog seperti ini.

Bukan untuk membuka aib, bukan juga untuk anda berasa simpati, tetapi untuk anda menginsafi dan mensyukuri nikmat yang telah anda dan kita semua dapat. Bukan semua orang gembira di dunia ini, bukan semua orang merasai nikmat hidup yang baik.


Bila Blog Berbicara: Suarahati dan Ceritaku
"Ranjau sepanjang jalan, Meniti liku-liku kehidupan, Mendewasakan tiga anak istimewa, Perjuangan melawan Kanser payudara, Tangisan dalam senyuman, Panggilan mama jadi igauan, Adakah lagi sinar kebahagiaan, Harapan ke Syurga jadi pilihan". Akulah ..umi,mak,mama @ibu

Baca kisah ibu ini di blog: Suarahati dan Ceritaku

Ikuti kisah ibu ini membesarkan anak-anaknya. Biar diri kita miskin harta, tetapi kaya budi dan pekerti. Biar duit tidak berkepuk, tetapi kita murah dengan doa dan rasa ehsan. Maha Kuasa Allah, Dia menjadikan sesuatu bersebab untuk kita semua ambil iktibar, insyaAllah.

25 Februari 2012

Budak Bakul Merah Harapkan Ehsan

Kisah Anak OKU (Orang Kelainan Upaya) Budak Bakul Merah Harapkan Ehsan - Saya dan Maira (anak saya paling bongsu) ke Pasar Malam Parit Buntar. Sedang berjalan dua beranak, terjumpa dan ternampaklah akan budak ini:

Kisah Anak OKU - Budak Bakul Merah Harapkan Ehsan

Budak Bakul Merah Harapkan Ehsan

Kaki dan tangannya cacat. Wajahnya nampak sedikit segan dan malu berada di tengah khalayak. Mana tidaknya, anak ini sedang meraih simpati mereka untuk menghulurkan sedikit derma sedekah.

Lama diperhatikan dan saya juga memasang telinga ..kedengaran suara-suara ini.

Gadis Bertudung Cantik: "Ishh jangan bagilah ...entah betul entah tidak .... mana tau kot-kot saja berlakon susah"

Makcik Rambu Ramba: "Bang, ada duit kecik tak? Nak bagi kat budak minta sedekah tu..."

Budak Sekolah Berkaca Mata: "Ehhh sian la budak tu, kaki tangan dia cacat la ...."

Setelah beberapa lama... ada juga insan prihatin hulurkan sekupang dua buat anak itu.

Makcik Dengan Anak: "Adik...mak ada?"
Anak Bakul Merah: "Ada .. sana ... sana tu ...."
Makcik Dengan Anak: "Minta sedekah juga ke?"
Anak Bakul Merah: "Ya...."

Kisah Anak OKU - Budak Bakul Merah Harapkan Ehsan
Kisah Anak OKU - Budak Bakul Merah Harapkan Ehsan
Setiap pemberian diterima dengan angkat bakul merah, sekuntum senyuman yang nampak pahit tapi bererti ... dan ucapan ikhlas tanda syukur .."Terima Kasih Encik..."

Lama dilihat..... lama ditenung, sayu pula rasa dihati. Tak boleh lama ... saya dan Maira berjalan pulang ...sambil Maira, anak saya berusia 2 tahun (ketika ini) menghulurkan sekeping wang buat insan ini ....

Semoga Allah melindungi anak ini. InsyaAllah.

Video | Kisah Percintaan Rina Salleh (Gadis Melayu TV9)

Rina Salleh. Foto: Azizil Sedek

As-Salam.
Tahniah buat Rina Salleh, rakan blogger dan juga bekas juara Gadis Melayu TV9, kerana telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Afiq Iskandar pada 24 Februari 2012.

Kad Kahwin Rina Salleh. Foto: Blog Rina Salleh
Tak ada gambar pernikahan yang dapat dikongsikan tetapi ada video mengenai kisah cinta antara Rina Salleh dengan Afiq Iskandar yang boleh anda saksikan.

Oh ya, majlis resepsi bagi pasangan ini adalah pada 25 Februari 2012.


Afiq & Rina - The Love Story from fotoenak on Vimeo.

Senarai 65 Blog Nukilan Anak Malaysia Pilihan InTrend Edisi Mac 2012

Saya nak kongsikan sesuatu ni .. sangat menarik untuk dijadikan sebagai rujukan dan mana tahu, sebagai satu panduan dan juga tips berguna untuk menjadi seorang blogger Malaysia yang diminati ramai. Dalam blog post yang tidak seberapanya ini, saya nak senaraikan 65 blog yang menjadi pilihan majalah InTrend, untuk edisi bulan Mac 2012.

Senarai 65 Blog Malaysia Pilihan InTrend Edisi Mac 2012

Berikut adalah senarai 65 blog yang telah dipilih oleh sidang redaksi In Trend, bagi memenuhi artikel 65 Blog Nukilan Anak Malaysia Pilihan InTrend, bagi edisi Mac 2012. Hebat ... dan saya terperasan ada blog-blog yang sudah sering keluar dalam majalah In Trend .... semakin diiktiraf...tahniah buat blog-blog tersebut.


Dan menariknya, seperti yang pernah saya nukilkan sebelum ini dalam Panduan Menulis Blog, apabila blog kita punyai niche atau tema yang tersendiri dan kuat, pasti akan ada mata yang melihat, membaca dan mengiktiraf hasil perkongsian anda dalam blog.

Biar tidak popular, biar follower tidak belas ribu atau puluh ribu, tetapi anda sudah ada pembaca setia.
Senarai 65 Blog Nukilan Anak Malaysia Pilihan InTrend Edisi Mac 2012

Blog-blog telah disenaraikan mengikut kategori iaitu fesyenista, hijabista, santapan, usahawan, si cilik manja, dan juga mahligai cinta.
  1. http://miasuraya.com
  2. http://invertedalpha.com
  3. http://garbagelapsap.com
  4. http://glossywind.blogspot.com
  5. http://the-kins.blogspot.com
  6. http://ofsequineddreams.blogspot.com
  7. http://johanprinze.blogspot.com
  8. http://theunfoldedblog.blogspot.com
  9. http://volgogombakandstyle.blogspot.com
  10. http://mylookbooks.blogspot.com
  11. http://adriani-a.blogspot.com
  12. http://honeykoyuki.blogspot.com
  13. http://iylia-chica.blogspot.com
  14. http://nurulbadiah.blogspot.com
  15. http://fatinsuhana.blogspot.com
  16. http://aishah-amin-the-hijap-diaries.blogspot.com
  17. http://shaelaiza.blogspot.com
  18. http://joannatalksalot.blogspot.com
  19. http://streethijap.blogspot.com
  20. http://rinahamid.blogspot.com
  21. http://babeinthecitykl.blogspot.com
  22. http://cupcakesvschocolate.blogspot.com
  23. http://manistreat.blogspot.com
  24. http://periukbelangazarin.blogspot.com
  25. http://inawhiz.blogspot.com
  26. http://elinluv.blogspot.com
  27. http://eatdrinkkl.blogspot.com
  28. http://madaboutcake.blogspot.com
  29. http://rasamalaysia.blogspot.com
  30. http://masak-masak.blogspot.com
  31. http://craftedbymei.blogspot.com
  32. http://Chomelcraft.blogspot.com
  33. http://ilovepastelina.com
  34. http://clayvalley.blogspot.com
  35. http://sptnkswthrt.com
  36. http://lizaothman.com
  37. http://Hullaballu.com
  38. http://zalora.com
  39. http://winkstick.com
  40. http://littleilysa.blogspot.com
  41. http://churalliya.blogspot.com
  42. http://diahlicious.blogspot.com
  43. http://eilapinky.blogspot.com
  44. http://nizabeba.blogspot.com
  45. http://busyuklovesayang.blogspot.com
  46. http://babyintan.com
  47. http://Shykin.blogspot.com
  48. http://deesny.blogspot.com
  49. http://barelysupermommy.com
  50. http://thepinkstilettos.blogspot.com
  51. http://choclairissa.blogspot.com
  52. http://thefabousfloral.com
  53. http://kerjakahwin.blogspot.com
  54. http://arma-couture.blogspot.com
  55. http://theweddingfairies.blogspot.com
  56. http://whatalovelywedding.wordpress.com
  57. http://jemarikreatif.blogspot.com
  58. http://makeupbyteyn.blogspot.com
  59. http://reneemeowwedding.blogspot.com
  60. http:/lamaransidia.blogspot.com
Dan 5 Blog Pilihan Anugerah Khas Juri In Trend
  1. http://blogserius.com (kategori Humor)
  2. http://inibelogsaya.blogspot.com (kategori Blogger Selebriti)
  3. http://shazwanihamid.com (kategori Kecantikkan)
  4. http://zahiriladzim.blogspot.com (kategori Aktivis Seni)
  5. http://oditusufi.blogspot.com (kategori Travelista)
Terima kasih kepada In Trend kerana bersungguh dalam memberikan pengiktirafan kepada blogger Malaysia .... 

*p.s: Ada blog pilihan anda dalam senarai tu tak? 
 

24 Februari 2012

Panduan Menulis Blog | Warna Yang Sesuai Untuk Blog

As-Salam.
Mungkin tak ramai yang tahu bahawa warna dalam blog sebenarnya ada implikasinya sendiri. Selain daripada penyumbang kepada saiz sesuatu blog - yang akan pengaruhi loading blog, ia juga sebenarnya ada daya penarik psikologi.

Warna yang menarik akan membuatkan pengunjung berasa selesa dengan blog anda, seterusnya tanpa ragu akan membaca entri2 menarik yang ada di dalam blog anda. 

Jadi, apakah warna yang sesuai untuk blog? Secara amnya, warna-warna yang sesuai adalah warna-warna internet-friendly, atau lebih dikenali sebagai web safe color. Warna ini sebenarnya merupakan skema untuk warna asas yang boleh kelihatan di skrin kita.

Anda mungkin membuat blog dengan warna menarik pada skrin komputer atau laptop anda, tetapi tidak pada skrin komputer orang lain. Jadi pemilihan warna yang sesuai, setaraf, skema adalah perlu supaya apa yang anda lihat cantik di mata anda, juga cantik di mata mereka.

Untuk pemilihan, anda boleh rujuk carta ini:


Gambar | Lisa Surihani Sebelum Bergelar Isteri Yusry Abd Halim


As-Salam.
Lepas ni, tentu hanya akan keluar gambar atau wajah Lisa Surihani berdua, jarang mungkin akan tampil berseorangan. Yelah, hot couple of the year.... :)

Tahniah, buat pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan juga Yusry Abdul Halim yang telah selamat sah menjadi suami isteri pada 23 Februari 2012. Moga jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Kepada peminat Lisa yang terasa kehilangan .... saksikan beberapa gambar Lisa Surihani sebelum ini, sebelum si gadis ini menjadi hak dan kepunyaan duda kacak, Yusry Abdul Halim.

Gambar Lisa Surihani

 
 
 
 



Oh Lisa Surihani ... skang dah jadi Lisa Suriyusri ...huhuhuhhuhu.....

Sumber Foto: Fanpage Lisa Surihani

Wujudkah Tuhan? | Sebuah Kisah di Kedai Gunting

As-Salam.
Sebuah cerita mengenai ketuhanan. Mungkin boleh menjelaskan perkara yang tak berapa nak jelas pada sesetengah hati. Mungkin juga boleh dijadikan panduan di kemudian hari andai ada yang cuba bertanya soalan yang sama.

Sebuah Kisah di Kedai Gunting | Wujudkah Tuhan?

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara.

Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Tuhan, tukang gunting pun berkata; ''Saya tak percaya Tuhan itu wujud.''

''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

''Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Tuhan itu wujud. Kalau betul Tuhan wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul Tuhan wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. Saya tidak dpt bayangkan Tuhan yg Maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata;

'Kamu tahu tak yang sebenarnye tukang gunting juga tidak wujud?''
"Kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi''..kata si tukang gunting.
''Tidak!'' kata si lelaki tadi.
''Kalau tukang gunting wujud, dah tentu tidak ada org yang berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''.
''Ah! tukang gunting mmg wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnya!'' kata si tukang gunting.
''Tepat sekali!''. Kata si lelaki tadi.

 Semoga membuka hati dan minda kita semua. InsyaAllah.

Adi Putra Yang Romantis Bersama Isteri


As-Salam.
Akhirnya, HH dah approve Adi Putra jadi sahabat maya HH ..hehehe... errrkkk dah baca kisah ini tak? Baca Sini (klik). 

Dan kali ini, HH nak kongsikan kepada semua, beberapa gambar Adi Putra bersama isterinya, Aida Yusof, yelah tentu ramai nak tahu ... siapa isteri Adi Putra yang kacak ni? Huhuhuhu..... 


Sweetlah mereka. HH suka dan doakan semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke akhirnya.

Gambar Adi Putra Yang Romantis Bersama Isteri




Sumber: Facebook Adi Putra