Dah lama berniaga di Shopee tetapi masih lagi tak ada jualan memberangsangkan? Dah mula buat kedai online di Shopee, tetapi kemudian 'lost' tak tahu nak guna segala tools marketing yang disediakan percuma oleh Shopee? Dah baca ebook panduan pasal Bisnes Shopee, tapi masih tak faham-faham?

Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Dan buat seller Shopee yang ada masalah tentang cara nak naikkan views kedai Shopee, cara nak naikkan jualan, cara nak dapatkan segala kelebihan di Shopee dan mahu bantuan terus daripada seller yang dah berjaya di Shopee, jadi saya syorkan belajar dari Surirumah Bangkit ini.

Kelas Online di Telegram Belajar Shopee bersama Puan Zarini (Surirumah Bangkit)

Kelas Online Belajar Berniaga di Shopee

Sejak dua menjak ini, lebih-lebih selepas pandemik Covid-19 melanda negara, dan kemudian kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai antara kita yang mula menggunakan laman web shopping online seperti Shopee untuk mula berniaga. Platform percuma seperti Shopee sememangnya satu tempat terbaik untuk memulakan bisnes dan menjual produk secara online, hatta dengan membuat dropship.

Cuma masalahnya ialah, ramai yang tahu nak buat kedai online percuma di Shopee, tetapi tidak tahu bagaimana nak mula mendapatkan jualan dan tidak tahu cara nak mempromosikan kedai online Shopee mereka secara berkesan.

Lama-lama, kedai online di Shopee hanya semata sebuah kedai dengan id seller tetapi tak ada barang pun dijual.

[Dah baca?] Masalah-Masalah Bila Berniaga di FB, Dan Cara Untuk Mengatasinya

Usah lagi persia usaha yang dah dimulakan dengan semangat berkobar. Jangan putus-asa. Seperti saya katakan di awal tadi, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Jika dah gunakan ebook pasal nak tahu cara nak buka kedai di Shopee namun gagal nak faham segala apa yang ditunjukkan, anda kini boleh belajar dan bertanya menerusi satu group Telegram yang dikendalikan oleh Puan Zarini.

Puan Zarini? Siapa dia?

Beliau adalah salah seorang seller di Shopee yang berjaya. Sebelum ini, beliau gemar berniaga di Facebook tetapi hasilnya kurang memuaskan.

Ebook Surirumah Bangkit



Beliau juga adalah penulis ebook Suri Rumah Bangkit, Hutang Setengah Juta Selesai. Menerusi ebook tersebut, beliau berkongsi pengalaman sebenar bagaimana beliau berjaya melangsaikan hutangnya yang banyak dengan mula berniaga di Shopee. Ramai pembaca ebook beliau telah terinspirasi dengan kejayaan dan semangat Puan Zarini.

Dan pada masa yang sama, ramai juga di kalangan mereka yang ingin tahu bagaimana Puan Zarini menguruskan kedai online di Shopee, yang seterusnya membantu beliau melunaskan hutang sehingga setengah juta ringgit.

Bantu Orang Lain Berniaga Dengan Betul di Shopee

Ini membuatkan beliau mengambil keputusan untuk membantu mereka yang ingin belajar cara nak berniaga online di Shopee dengan membuka kelas online menerusi saluran Telegram.

Menerusi kelas online Shopee Puan Zarini, beliau akan ajar dan tunjukkan semua asas berniaga menjual produk di Shopee. Puan Zarini juga akan tunjukkan beberapa rahsia beliau dalam cara nak setup kedai online Shopee yang bagus, barang apa yang 'sedap' untuk dijual, bagaimana nak uruskan tempahan, baucer diskaun, potongan harga, penghantaran dan pengeposan serta banyak lagi. Jika ada yang tak jelas, dan ada perkara lain yang tidak ketahuan, boleh terus bertanya di dalam group Telegram tersebut.



Ilmu yang akan dikongsi sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan segala tools pemasaran yang Shopee sediakan. Ada benda baru, terus dapat update di Telegram, tak perlu tunggu lama-lama, dan ini pastinya akan memberikan kelebihan berbanding mereka yang kekurangan maklumat, info atau yang tidak tahu mempergunakan segala Seller Tools disediakan Shopee terutama semasa musim kempen shopping besar-besaran.

Telegram Kelas Belajar Shopee
Kelas Belajar Jual Produk di Shopee - Telegram

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement