Masalah Berniaga di Facebook & Cara Atasinya Menerusi Shopee

Jual barang di Facebook. Ia adalah salah satu cara mudah untuk berniaga secara online. Ramai yang dah mula berniaga atau menjual pelbagai barang dan servis di Facebook. Mudah mudah ... tetapi .. ehem .. ada gak kekurangannya.

Siapa ada masalah berniaga di Facebook? Hmm ... saya fikir mesti ramai yang ada beberapa kekangan berniaga di Facebook ni. Saya pernah menjual menerusi Facebook. Awal menjual memang sangat sukar nak dapatkan pelanggan. Lagi-lagi terpaksa bersaing dengan penjual yang menjual produk yang sama.

Masalah Berniaga di Facebook & Cara Mengatasinya

Cara berniaga online
Tidak dinafikan, berniaga di Facebook mampu untuk memberikan keuntungan yang sangat besar. Hal ini kerana produk anda mampu untuk dilihat oleh jutaan pengguna Facebook jika anda menggunakan cara dan teknik yang betul.

Facebook adalah tempat di mana hubungan sosial itu mudah untuk terjalin. Tak kesah siapa mereka, samada anda kenal atau tidak, anda boleh sewenang-wenangnya masuk menjadi sebahagian daripada friendlist mereka. Cuma klik Add Friend sahaja.
Cara berniaga online menerusi Facebook


Dengan cara begini, anda membina rangkaian atau network tanpa perlu susah payah keluarkan apa-apa kos. Ada sahaja mutual friend, anda boleh ada sehingga 5,000 friends yang boleh menjadi bakal pelanggan anda.

Satu perkara yang bagus bila berniaga di Facebook ini ialah ...

Anda bukan sahaja mampu untuk menyasarkan prospek di Malaysia, anda juga berpotensi besar untuk menyasarkan prospek yang berada di luar negara!

Gunakan Servis FB Ads Untuk Sasarkan Bakal Pelanggan

Dengan menggunakan servis disediakan oleh Facebook iaitu FB Ads, anda boleh sasarkan produk atau servis yang anda jual terus ke wall atau timeline bakal pelanggan anda. Anda boleh sasarkan menerusi engagement yang terhasil, demografi, minat, latar belakang akademik dan banyak lagi.

Cara berniaga online


Pun begitu, seperti yang saya sebutkan di awal tadi, masih ada banyak masalah lain yang sering dialami di sebalik segala kelebihan yang ada dalam media sosial seperti Facebook ini. Malah ada di antara masalah ini yang menyebabkan ramai peniaga untuk give up dengan bisnes online!

Dengan bantuan beberapa rakan peniaga yang menjual barang di Facebook, saya nak kongsikan beberapa masalah tersebut kepada semua, terutama yang mungkin baru nak mencuba menjual barang di Facebook ini.

Masalah Berniaga Di Facebook

Cara berniaga online
Antara masalah yang sering dialami oleh peniaga di Facebook, terutama dalam mendapatkan pelanggan adalah:

  • Algorithm di Facebook Ads yang kerap berubah
    • Masa yang diperlukan untuk menguasai aspek teknikal FB Ads memakan masa yang agak lama.
    • Kadang-kadang anda baru sahaja faham dan cuba untuk mengaplikasikan kefahaman anda, algorithm di Facebook berubah lagi!
  • Banyak komen “PM” berbanding beli
    • Bagi anda yang mempelajari teknik untuk menviralkan post dan iklan anda, anda pastinya akan berdepan dengan situasi dimana ramai yang komen dan anda selaku penjual, pastinya ingin membalas kesemua komen tersebut. Antara komen yang paling banyak diterima adalah “PM”.
    • Apa yang menyedihkan adalah apabila anda dah PM, prospek anda cuma diam membisu sahaja.
  • Kena bina kredibiliti dan “trust”
    • Untuk meningkatkan peratusan jualan anda, anda perlu mempunyai page yang mempunyai kredibiliti yang tinggi.
    • Untuk meningkatkan kredibiliti ini, ia memakan masa yang agak lama dan memerlukan anda mempunyai idea dan strategi yang agak “power”
    • Anda perlu dapatkan likers page yang ramai untuk mendapatkan “trust” daripada prospek anda
  • Pelanggan minta diskaun
    • Disebabkan anda perlu untuk berinteraksi dengan pelanggan menerusi sebarang bentuk “messenger”, peratusan untuk pelanggan meminta diskaun sebaik sahaja anda menyatakan harga adalah sangat tinggi.
    • Diskaun pula bukan sedikit yang diminta.
    • Anda sendiri pun dah untung ciput. Kalau minta diskaun sahaja ok lagi.
    • Ada juga pelanggan yang minta diskaun dan free shipping/pos.
  • Pelanggan minta produk yang dah kehabisan stok
    • Ini merupakan salah satu dari masalah utama yang sering ditimpa peniaga di FB.
    • Bila pelanggan minta untuk beli produk dan anda kehabisan stok, ia akan menyebabkan pelanggan anda lari daripada anda.

Nampak dah banyak sisi masalah kalau berniaga di Facebook ni?

Sebenarnya, banyak lagi masalah yang dialami oleh peniaga di Facebook. Nak disenaraikan memang jenuh la anda nak baca. Bila dah lama berniaga di FB, memang akan terasa masalah macam ni yang seringkali menekan. Tu yang ada tension sampai malas lagi nak berniaga di FB ni... errkk ..ngata diri sendiri ke ni? Hahahahaa. ...


Jual Barang di Platform Shopee

Namun, jika mereka menggunakan platform Shopee, akan tiada lagi masalah sebegini.

Cara berniaga online
Shopee adalah merupakan platform menjual secara online yang semakin popular, malah pelanggannya bertambah dari hari ke hari. Saya sendiri merupakan penjual dan juga pelanggan di Shopee.

Kelebihan Berniaga dan Menjual Produk di Shopee

Ok. Kenapa berniaga di Shopee satu kelebihan daripada berniaga online di Facebook?

Di Shopee, anda tidak akan mengalami masalah seperti dinyatakan di atas.
  • Tempahan hanya diterima apabila pelanggan melakukan bayaran sahaja
  • Pelanggan yang bersetuju dengan harga dan kos shipping yang anda tawarkan akan terus beli. Manakala bagi yang tidak bersetuju, anda tak perlu pening-pening nak “negotiate” harga.
  • Kredibiliti dan “trust” hanya memerlukan anda mendapatkan review positif sahaja. Anda boleh mendapatkannya dengan meminta pelanggan anda untuk meninggalkan review setelah selesai urusniaga antara anda dan pelanggan anda.
  • Stok yang tinggal akan dipaparkan kepada pelanggan anda jadi mereka akan bertindak dengan lebih cepat sebelum kehabisan stok. 
  • Shopee Tools akan bantu anda melakukan cara promosi dan tingkatkan jualan, samada menggunakan cara percuma mahupun berbayar.

Cara berniaga online di Shopee
Banyak lagi cara untuk anda tingkatkan jualan di Shopee. Antara cara terbaik adalah dengan mempunyai mentor yang hebat dan tepat untuk membimbing anda.

Ebook Panduan Bisnes Shopee

Panduan Bisnes Shopee merupakan di antara panduan terbaik yang anda boleh dapatkan yang bakal membantu anda menghasilkan sebuah kedai online Shopee yang mantap serta menghasilkan jualan sehingga 4-5 angka seminggu!


Apabila anda telah mendapatkan panduan ini, anda akan dimasukkan ke dalam group support khas dan anda akan dibimbing oleh mentor-mentor yang sangat luarbiasa hebatnya untuk membantu anda berjaya dengan Shopee, malah ... anda akan ada lebih kenalan dan rakan yang turut berniaga di Shopee.

Panduan ini diterbitkan oleh Klikjer dan antara panduan dalam bentuk ebook terlaris untuk tahun 2018/2019. Ia sebuah ebook yang sangat bagus sehingga ramai rakan peniaga yang sudah mula menggunakan platform Shopee mengesyorkannya. Anda juga patut menggunakan panduan ini ... :)


Berminat nak belajar berniaga di Shopee?

Klik banner disediakan atau terus ke laman ebook tersebut di sini - Panduan Bisnes Shopee

Semoga berjaya.
Bisnes Kambing

Post a Comment

0 Comments