Cara Jual Barang di Shopee

Jutawan Homestay
Hari ini saya nak berikan panduan dan cara nak berniaga online menggunakan platform Shopee. Tak susah sebenarnya gunakan Shopee ni. Semuanya dah dipermudahkan, anda hanya perlu ikut step diberikan sahaja. Bisnes di Shopee sangat sesuai buat mereka yang ada produk sendiri atau boleh juga untuk dropship.

Kalau anda tak ada modal mula yang besar untuk berniaga online, maka bolehlah mula bisnes di Shopee menjual produk dropship. Ini cara paling mudah nak mula bisnes lah. Kalau rasa nak cari produk yang best untuk dijual dan dapatkan keuntungan besar, boleh baca tentang TaoBao.

5 Langkah Untuk Cara Jual Produk di Shopee

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mula menjual produk anda di Shopee.
Tutorial Cara Jual Produk di Shopee
Pertama sekali, anda kena masuk ke laman web Shopee (klik)

Bila masuk sahaja, biasanya ia akan minta pilih bahasa. Jadi pilihlah Bahasa Malaysia (jika seller Malaysia). Senang faham sikit. Lagipun, saya akan beri tutorial ikut aliran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu.

[Dah Baca?] 8 Sebab Kenapa Shopee Jadi Pilihan Jual Produk Online

Untuk mudahkan anda mula menjual di Shopee, anda seharusnya dah daftar dan mempunyai akaun di Shopee ini. Pendaftaran tak susah. Klik je butang 'Daftar' atau 'Sign-up'. Anda wajib memasukkan nombor telefon anda, kerana aktivasi akaun akan menggunakan telefon.

Langkah #1 - Masuk Web Shopee

Masuk ke laman web Shopee, dan kemudian klik pautan 'JUAL' yang ditunjukkan seperti dalam gambar di bawah ini.
Cara Nak Jual Barang di Shopee

Langkah #2 - Login ke Bahagian Seller

Sekiranya anda belum login ke akaun Shopee, ia akan paparkan laman login seperti di bawah ini. Jadi, masukkan id login anda, samada nombor telefon, email atau menggunakan id login. Masukkan password anda. Password anda adalah sama untuk semua login.

Cara nak jual produk di Shopee
Setelah memasukkan password anda, ia akan minta anda untuk membuat verifikasi. Satu kod akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan kod tersebut di ruangan yang telah tersedia seperti ditunjukkan di bawah.

Tatacara nak jual barang di Shopee

Langkah #3 - Masukkan Produk Untuk Dijual

Bila dah masuk ke bahagian 'Shopee Seller Centre'. Anda seterusnya boleh klik 'Produk Saya'.

Paparan di bawah akan keluar. Klik 'Tambah Produk Baru'.
Cara nak letak produk di Shopee
Ia akan minta anda untuk memasukkan gambar produk anda. Anda boleh masukkan sehingga 9 gambar produk anda di Shopee. Lihat cadangan yang diberikan iaitu, gambar anda mestilah tidak melebihi saiz 1024x1024, 2.0 MB setiap satu dan dalam format jpg, jpeg atau png.

Pastikan kena ada gambar yang berkualiti terbaik supaya produk anda menyerlah di Shopee. Pelanggan akan rujuk gambar ini sebelum buat pembelian. Ingat ya, cari gambar dengan saiz yang sesuai atau seperti dicadangkan.

Lepas tu, anda boleh tambah gambar dengan klik 'Tambah lebih imej'.

Kemudian, anda perlu lengkapkan butiran pasal produk yang anda nak jual di Shopee tu.

Langkah #4 - Isi Butiran Mengenai Produk

Cara jual produk di Shopee
Masukkan nama produk anda dengan betul, tepat dan lengkap. Ini penting supaya nanti orang tak keliru dengan produk dari seller lain. Kena ingat ya, bukan satu dua produk je ada dalam Shopee ni, ada ribuan produk, yang mungkin juga produk sama macam anda jual.

Perkara paling penting ialah bahagian kategori pada maklumat asas.

Kena pilih kategori yang betul sebab bila pelanggan buat carian di Shopee akan jumpa produk anda. Contoh, katakan anda jual lipstik ... maka, pilih 'Health and Beauty' ... jangan lak 'Women's Clothing'.
Tips - Jika anda jual tudung, telekung, atau shawl ... pilih 'Muslim Fashion'. Ia lebih baik dan mempunyai peluang cerah untuk mendapat jualan daripada anda letak di kategori 'Women's Clothing'. Anda kena tahu, siapa target pelanggan anda.
Tips - Andai tak pasti nak letak kategori apa untuk produk yang anda jual, cubalah skodeng produk orang lain yang sama niche dengan apa yang anda jual. Lihat kategori apa yang mereka letakkan, lepas tu tiru sahaja.
Lagi satu perkara yang penting untuk diisi dengan tepat ialah pada bahagian harga dan inventori.

Untuk letakkan harga, pastikan anda letak harga yang tidak terlalu murah dan tidak juga terlalu mahal. Biar harganya di tengah-tengah, atau lebih sedikit daripada harga yang paling rendah dalam niche atau produk yang sama.

Produk anda boleh disenaraikan sebagai harga yang paling murah atau harga yang paling mahal. Jadi, jika pilih tengah-tengah, produk anda akan tersenarai elok sahaja antara kedua harga ini.

Masukkan peringkat harga untuk mereka yang nak beli secara pukal atau borong. Produk seperti tudung, telekung, aksesori wanita, aksesori telefon boleh dijual secara borong. Letakkan tawaran harga menarik di ruangan 'Borong'.
Tips - Untuk menarik minat pelanggan untuk beli dengan harga yang anda tawarkan, offer free gift untuk mereka.
Tips - Untuk menggalakkan pelanggan borong produk anda, boleh buat jualan pakej. Contohnya macam tudung, boleh terus letak 3 variasi warna tudung dalam satu harga.

Pada ruangan 'Variasi', jika produk anda ada kategori saiz, corak, jenis .. boleh dimasukkan di ruangan ini.

Langkah #5 - Penghantaran

Bagaimana nak menjual di Shopee
Bab penghantaran adalah crucial untuk anda isi dengan tepat. Ini adalah kerana, ia samada boleh membawa untung tambahan atau juga kerugian. Jika silap meletakkan caj penghantaran yang betul, anda mungkin terpaksa menanggung caj penghantaran produk anda jual.

Ok. Dalam ruangan ini, ada pilihan untuk caj penghantaran, samada ianya dicajkan kepada pelanggan atau anda tanggung kos penghantaran.

Maklumat 'Berat' tu, bukan maklumat berat produk anda ye .. tetapi sebaiknya ialah masukkan berat produk anda yang telah dibalut/dibungkus atau dimasukkan ke dalam kotak. Ambil berat pembungkusan keseluruhan untuk diisikan di ruangan tersebut.
Tips - Cuba bungkus produk anda dahulu, dan hantar ke pos/Gdex. Ketahui dahulu caj yang dikenakan.
Tips - Letak berat yang lebih sedikit juga tidak mengapa, tetapi jangan terkurang bagi mengelakkan anda menanggung kerugian.
Tips - Apply Free Shipping Program di www.shopee.com.my/poslajusignup untuk dapatkan kelebihan FREE POSTAGE sebagai satu lagi daya penarik pelanggan. Anda perlu buat permohonan awal kerana prosesnya ambil masa sedikit. Wajib ada printer sendiri!!

Pra-Pesanan (Pre-Order)

Tetapan ini biasanya diaktifkan untuk produk yang tiada lagi di tangan, biasanya mereka yang jual produk DROPSHIP akan gunakan ruangan ini. Setkan masa atau tempoh penghantaran produk kepada pelanggan. Kena pastikan produk ada pada anda setelah tamat tempoh ditetapkan itu, kalau tidak .. kedai Shopee anda akan terima review yang buruk.

Selesai semua perkara di atas dilengkapkan, maka terus tekan butang 'Simpan'.


Amacam? Senang je kan? Produk anda kini sudah ada di Shopee.

Berniaga di Shopee ni jadi pilihan kerana ia adalah percuma. Anda tak kena apa-apa caj pun nak mula berniaga di Shopee.

Lepas tu, ramai orang suka beli produk di Shopee kerana ada banyak pilihan, dan harganya juga sangat murah. Saya sendiri beli susu Najmi menerusi Shopee ni.

Untuk orang nak bisnes online, saya harap post ini membantulah ye.

Semoga bermanfaat. Nantikan post lain berkaitan berniaga di Shopee ini. In Sha Allah, ada beberapa tips lain yang akan saya berikan. Selain itu, saya juga akan tunjukkan beberapa benda lain tentang cara nak menjual di Shopee.

Post a Comment

30 Comments

  1. Assalam. Boleh bantu saya tak tuan, saya dh set pemberat. Tapi bila org beli 2 set kos pos tetap sama. Sepatutnya berat bertambah dan kos pos pun bertambah. Mana nak setting tu ye

    ReplyDelete
  2. Hi nak tanya.. klu kita berniaga di shopee...jika pembeli sudah beli brg kita dan buat bayaran..tiba2 barang kita tu tiada stok..bagaimana dgn pembeli itu..ada buttoncl cancel ke utk penjual utk notify kepada pembeli..then jika pembeli beli secara pukal...kita penjual tak dpt sediakan jumlah tersebut..mcm mna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi pembeli tak terima produk, maka seller takkan terima bayaran. Dalam tempoh tertentu, pembelian akan terbatal, dan duit akan dipulangkan kepada pembeli.

      Apa yang boleh dibuat ialah penjual boleh gunakan fungsi CHAT untuk berhubung dengan pembeli.

      Diingatkan, bila ada cancelling setelah pembayaran dibuat, ranking kedai shopee kita akan menurun, dan susah kita nak boost selain ia akan kurang mendapat support dari pihak Shopee tu sendiri.

      Berhubung terus dengan pembeli menerusi fungsi chat, dan butiran pelanggan juga boleh didapati iaitu email. Jadi, hubungi mereka menerusi email.

      Delete
  3. Assalam tuan.nak tya, sy sbg dropship Dan tidak pegang stok. Sy ada beberapa soalan.

    1) alamat pickup dlm app shopee sptutnya ltk alamat supplier sy atau alamat sy?

    2)blh ke sy apply program free shipping shopee, sedangkan sy dropship yg tak pegang stok? Adakah sy perlu discuss tlbh dahulu dgn supplier?

    ReplyDelete
  4. salam en.hasrul hassan saya ad masalah nak insert product.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah macamana tu? Gambar tak ikut saiz yang dikehendaki ke? Ke tgk saiz pixel yang dikenakan tu, baru gamabgar akan ok.

      Delete
  5. Macam mana nak apply discount kat produk kita?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya.
    1. Shopee ada ambil fee ke atas seller ke?

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,macam mana nak tahu buyer dah transfer duit?saya ad seorang customer ni.sekejap order lepastu cancel sampai 3 kali.dan barang saya dah pos kan.tapi tak pasti status bayaran buyer.first time pos ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopee akan beritahu menerusi email/dashboard seller yang pembayaran dah dibuat. Shopee akan minta anda hantar barang tersebut bila bayaran dibuat oleh buyer.

      Delete
  8. assala...tumpang tanya. kalau kita jd agen dropship, barangan sudah tentu tiada di tangan. so jika ada customer nak membeli, adakah kita perlu dahulukan duit kita dulu? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak semestinya ... sbb duit tu tak disimpan oleh kita, tetapi oleh Shopee. Jadi, apa yang perlu ialah, anda kena berikan detail pembelian tu kepada dropshipper anda, berikan semua alamat. Bila barang dah dierima pembeli, baru pembyaran akan release.

      Ada dua cara untuk dropship ni. Kalau kita jadi dropship dr pelbagai dropshipper .. mungkin kena ada backup modal dalam rm500. Ada dropshipper tak perlukan anda bayar apa2 pun, cuma berikan detail pembeli je.

      Delete
  9. Assalam, kalau tak apply free shipping program mcm mana kaedah penghantaran barang? tracking number kena masukkan manual?

    ReplyDelete
  10. Salam.. Macam mana cara kita nak letak harga pos bila barang melebihi kuantiti berat? Saya tidak boleh mengedit kos tambahan pos bila buyer beli dengan kualiti lebih pada berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak set shipping by product, sebab bila customer bli 2 atau mana2 barang dr shop fee untuk shipping x bertambah.

      Contoh customer bli barang A shipping cost RM 6. Then dia tambah barang B dan C. Tapi shipping masih RM6.

      Delete
  11. hi tuan kalau nak minta tuan buatkan untuk kedai shoppe saya boleh ker tq tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kedai shopee tak susah mana, senang sangat. Tapi kalau nak ilmu berkaitan tips menjual di Shopee, saya syor dapatkan ebook tu. Ia panduan yang sangat bagus untuk mereka yang nak berniaga di Shopee.

      Delete
  12. Assalam. Sy dh dftar kedai di shopee dan dh delete kedai tu. Skarang sy nk dftar semula tp nombor hp sy xbole guna sbb dh guna dekat kdi yg dulu. Macam mana sy nk dptkan nombor hp sy tu semula ye? Untuk sy dftarkn di kedai baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buang nombor lama pada akaun shopee yang lama tu dulu. Then baru proceed. ATAU ... gunakan nombor yang baharu... ini lebih selamat.

      Delete
    2. Oo ok tuan. Terima kasih

      Delete
  13. Assalamualaikum tuan..saya berminat nak beli ebook jadi dropship shopee part time..tapi dh habis stok. Bila nk restok ebook tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh gunakan ebook yang ni - https://zyanonlinemarketing.onpay.my/order/form/rajadropshimain/710

      Delete
  14. Assalamualaikum tuan, nak tanya saya dh ada akaun tapi bila buyer nak check out xboleh. apa perlu saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah setting cara pembayaran tak? Dah masukkan no akaun anda dalam shopee tu?

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.