Syoknya dapat makan buah durian segar yang baru luruh dari pokok! Jika mereka yang ada dusun durian, tentu dah lali dengan situasi makan buah durian dalam dusun. Buat mereka yang tak berdusun ni, macam kami ... ia menjadi satu pengalaman baharu terutama sekali buat anak-anak milinea zaman sekarang.

Alhamdulillah, saya sekeluarga berpeluang untuk merasai pengalaman ini. Syukur juga kerana musim durian di Perak berada pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui fasa PKP Pemulihan (PKPP).

Rezeki dan Peluang Dapat Makan Durian Segar dari Dusun - Pengalaman Baharu Buat Anak-Anak

Pengalaman beli buah durian terus dari dusun, rm5 sekilogram

Baru-baru ini, semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, sempatlah saya sekeluarga singgah di sebuah dusun buah-buahan milik keluarga salah seorang staff isteri saya.

Lokasinya terletak di Kuala Kangsar. Nunnn jauh masuk ke dalam Kampung Tebing, berdekatan dengan Manong. Dusunnya memang cukup luas, di sebalik rimbunan pokok getah yang masih muda yang menjadi tanaman asal.

Masuk sahaja ke kawasan dusun buah durian, terlihat sayup je buah-buah durian yang masih belum luruh. Kiri kanan penuh dengan pokok durian. Bergayutan sahaja ditiup angin. Risau juga takut buah durian masak luruh ke atas kepala.

Masuk Dusun Durian, Kena Jalan Pandang Atas

Tapi itulah, bila dah masuk dusun buah durian, kena pandang ke atas. Kena lalui jalan yang tidak diteduhi oleh pepohonan poko durian. Kalau tidak, naya je buah durian luruh dari atas menimpa kepala.

Pengalaman beli buah durian terus dari dusun, rm5 sekilogram

Walaupun orang tua-tua kata, takkan mati ditimpa buah durian, lebih bahaya jika ditimpa buah Macang tapi tak naklah ambil risiko kepala terkena duri durian yang tajam, jatuh pula dari paras lebih 100 meter. Mesti sakit tak terkata walaupun tak mati.

Tak Jual Pada Orang, Bila Dah Ada Peraih Datang Ambil

Biasanya pemilik dusun durian, lebih-lebih lagi yang sudah ada peraih, jarang nak membenarkan orang luar untuk beli buah durian di dalam dusun. Apatah lagi buah tersebut baru sahaja luruh dari pokok dan dari gred yang terbaik.

Ini akan melanggar perjanjian dan kata setuju antara pemilik dusun dengan peraih. Jika peraih ternampak .. pasti mereka merajuk dan tidak mahu membeli buah durian dari pemilik dusun.

Melainkan pemilik dusun memang tak ada perjanjian mana-mana peraih. Jadi, bolehlah pemilik dusun menyimpannya untuk dijual sendiri, atau diberi makan pada sanak-sedara tanpa rasa bersalah.

Jika nak anak cucu cicit makan, mesti akan ada pembahagian pokok tertentu. Mana yang buahnya untuk dijual kepada peraih, dan yang mana untuk dimakan atau dijual sendiri.

Pengalaman Baharu Buat Anak-Anak Makan Buah Durian Segar Baru Luruh Dalam Dusun

Pengalaman beli buah durian terus dari dusun, rm5 sekilogram

Disebabkan buah durian dusun milik keluarga staff isteri saya ni tidak ada peraih, maka dapatlah kami sekeluarga merasa makan buah durian segar secara berkelah - terbuka di bawah pokok durian.

[Dah Baca?] 9 Tips Untuk Membeli Buah Durian - Agar Rasa Berbaloi Membelinya

Seronok memang seronok. Pengalaman baharu buat anak-anak yang sebelum ini tidak pernah melihat bagaimana buah durian luruh dari pokok, dan bagaimana proses buah durian dipilih untuk dijual terus dari dusun.

Pengalaman beli buah durian terus dari dusun, rm5 sekilogram

Dalam keseronokan tu, kena hadap juga dengan gangguan nyamuk. Uhh berbirat juga dahi dan tangan dek kerana digigit nyamuk. Patutlah ada yang membawa ubat nyamuk selit di pinggang ketika nak mencari buah durian yang luruh di dusun.

Sedap menikmati buah durian yang ada, staff isteri saya beritahu, yang durian dari dusun sebelah isi buah duriannya lebih sedap. Cuma menurutnya, kena pujuk rayu dahulu kalau nak beli ... sebab memang dah ada peraih yang akan borong semua buah durian sedapnya tu.

Borong Buah Durian Segar Baru Luruh RM5 Sekilogram

Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga.... pemilik dusun tersebut sudi nak menjualkan buah durian segar bergred terbaik pada harga RM5 sekilo.

Kami borong dengan harga RM100. Jadi dapatlah 22 kilo lebih.

Pengalaman beli buah durian terus dari dusun, rm5 sekilogram

Fuh. Puas hati. Isi buah durian yang kami beli dari pelbagai pokok, jadi pelbagai rasa kami dapat makan. Ada yang isinya seperti manis susu, ada yang kekuningan, ada yang manis pahit, ada yang isi pejal, ada isi tebal .. macam-macamlah.

Sebelum ini, kami ada beli dari orang, daripada 5 biji cuma boleh makan penuh 3 biji sahaja. Yang lain .. mangkor keras .. huhu.

22 kilo buah durian, kami bawa balik naik dalam kereta. Penuh bahagian belakang Serena dengan buah durian lebih 22 kilo - termasuk pemberian buah durian percuma daripada staff isteri saya.

Dua bakul penuh! Fuh tengik bau seluruh kereta.

Nak kurangkan bau durian dalam kereta, saya sumbat tangkai buah durian segar tu pada ruangan pendingin hawa. Petua ini memang saya gunakan bila bawa buah durian dalam kereta.

[Baca Juga] Cara Guna Tangkal Untuk Hilangkan Bau Buah Durian

Pengalaman beli buah durian terus dari dusun, rm5 sekilogram


Rezeki yang ada, kami kongsikan dengan adik-beradik yang lain. Selebihnya dibawa pulang ke rumah sebab anak saya yang bongsu memang 'hantu' makan buah durian ni. Boleh dikatakan celik mata daripada tidur terus nak hadap buah durian.

Hmm ... kami dengar buah durian kampung harganya naik mendadak di musim PKP. Al maklumlah, benda ada permintaan tinggi dan susah pula nak dapat masa PKP, maka harganya naiklah sedikit.

Pengalaman beli buah durian terus dari dusun, rm5 sekilogram

Sekarang, musim durian di Perak ... ada tempat yang baharu nak luruh, ada tempat yang sudah di akhir musim luruh. Dengar kata, durian dari Batu Kurau, Perak tak berapa menjadi ... maksudnya buahnya tidak berapa elok dibandingkan musim sebelumnya.

Itu sebab ada pemilik dusun yang jual buah durian Batu Kurau dengan harga murah, semurah RM5 sekilogram di tepi jalan.

[Dah Baca?] Pengalaman Pertama Kali Makan Buah Durian Hutan

Tapi, buah durian Kuala Kangsar yang kami beli ni .. memang puas hatilah. Tak pasti samada tahun depan atau musim akan datang .. kami boleh dapat beli dengan harga RM5 sekilogram untuk buah durian baharu segar dari dusun.

Ini mungkin rezeki kami sekeluarga. Yang pasti, anak-anak akan ingat pengalaman yang dah semakin sukar untuk diperoleh di zaman sekarang - terutama mereka yang tak ada dusun buah-buahan.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setahun sekali kan nak dapat makan durian, kita layannnn ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement