Memang seronok jana income online menerusi blog ni .... apatah lagi apabila pendapatan diterima bersifat pasif dan berulang. Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah menerima pembayaran komisen daripada program affiliate Involve Asia untuk kali ketujuh.

Komisen daripada Involve Asia ini adalah juga kali kedua yang saya dapat untuk tahun 2020. Semua komisen diterima hasil perkongsian cerita saya bershopping online di Shopee, Lazada, Mydin dan juga perkongsian cerita percutian saya di blog.

Terima Komisen ke 7 Dari Affiliate Involve Asia

Terima Komisen ke 7 Dari Affiliate Involve Asia

Program affiliate adalah antara cara mendapatkan pendapatan sampingan menggunakan blog. Ia adalah sebuah program percuma yang tidak memerlukan anda mengeluarkan modal walau sesen pun.

Malah, segala tools untuk memudahkan anda mendapatkan komisen juga disediakan oleh Involve Asia. Anda cuma perlu menggunakan tools yang disediakan untuk mempromosi jenama dan produk menerusi link disediakan samada di blog, ruangan media sosial atau apa sahaja yang dibenarkan.


Komisen yang anda terima bergantung dengan jenis pengiklan, ada yang menawarkan cuma 3% dan ada yang menawarkan sehingga 10% komisen daripada nilai jualan. Komisen dijana secara automatik dan apabila telah mencapai had tertentu, anda boleh mengeluarkannya terus ke akaun bank anda.

Jika anda berminat untuk menyertai program affiliate Involve Asia ini, boleh daftar percuma menerusi link disediakan di bawah ini:


Anda cuma perlu mengisi beberapa butiran diri anda, selain mendaftarkan platform yang ingin anda gunakan untuk mempromosi menggunakan Involve Asia - samada blog, facebook, facebook page, instagram mahupun twitter.

Selesai melengkapkan pendaftaran dan pendaftaran anda diterima oleh pihak mereka, anda dah boleh terus mempromosi jenama-jenama beserta produk mereka di platform yang anda ada.

Kerja di rumah jana komisen affiliate

Cara saya ...

Saya gunakan platform blog dan laman sosial untuk mendapatkan jualan dan komisen.

Contohnya macam blog post ini:

Beli Peralatan Memancing Secara Online - Awas Barangan Murah Yang Dipromosikan

Dalam post tersebut, saya ada menyenaraikan seller di Shopee dan Lazada untuk mendapatkan peralatan memancing. Dan setiap seller itu ada link menggunakan Involve Asia.

Disinilah salah satu caranya saya beroleh jualan dan komisen.

Program affiliate boleh dilakukan secara santai. Tiada kontrak. Anda boleh buat bila-bila masa, dan anda boleh jana komisen bertalu-talu tanpa anda sendiri sedar! Ia satu cara menjana pendapatan sampingan secara online yang agak mudah.

Yang penting .. kena rajin promosi dan sedikit kreatif.

Setakat ini, jumlah keseluruhan komisen yang telah saya terima dari Involve Asia sudah pun mencecah 4 angka sejak saya menyertainya 4 tahun lepas (2016). Menyeronokkan kerana ia dibuat secara santai dan perlu pening kepala .. huhu.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Borong dari Jepun