Tangkai Yang Mampu Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Borong Online dari China
Zaman ini ada lagi yang masih percayakan penggunaan tangkai? Aha ... jangan tak tahu .. memang ada jenis tangkai yang punyai kehebatannya tersendiri. Tangkai yang saya maksudkan bukan tangkai jampi serapah atau tangkai diberikan bomoh Siam, tetapi adalah tangkai buah durian, yang menjadi petua untuk hilangkan bau durian di dalam kereta.

Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Saya dan isteri memang menggunakan petua ini. Rasanya ramai juga yang dah gunakan cara serta kaedah ini untuk cuba hilangkan bau buah durian dari dalam kereta masing-masing.
Tangkai yang dapat hilangkan bau durian dalam kereta
Saya tak pasti siapa yang asalnya memberikan petua ini. Tetapi dah agak lama juga saya ketahui tentang penggunaan tangkai buah durian segar untuk hilangkan bau buah durian dalam kereta.

Setakat percubaan yang telah dilakukan berulang-ulang kali, nyata menggunakan petua tangkai buah durian dapat kurangkan bau tengik buah durian di dalam kereta. Walaupun bau buah durian tak berjaya terhapus serta-merta tetapi alhamdulillah, selepas beberapa hari  .. bau buah durian akan hilang secara beransur-ansur.

[Dah Baca?] Syok Betul Makan Buah Durian Segar di Farm Stay Bandar Baharu, Kedah

Jika mahu gunapakai petua ini, perkara paling penting ialah memilih tangkai buah durian yang masih segar atau liat.

Jangan gunakan tangkai buah durian yang dah rapuh.

Pilih tangkai yang masih ada warna kehijauan pada lapisan dalam kulit tangkai, in Sha Allah .. barulah bau buah durian akan dapat dikurangkan. Lagipun, anda akan selitkan tangkai ini untuk dibiarkan beberapa hari dalam kereta anda.
Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta
Cara hilangkan bau durian dengan gunakan tangkai
Selitkan tangkai ini di bahagian tempat keluar penyaman udara kereta. Belah sedikit tangkai, supaya senang diselitkan macam dalam gambar yang saya sertakan.

Jika gunakan tangkai buah durian yang dah rapuh, ia pasti akan jadi kering dan akan kurang berkesan.

Aha .. itulah petua dan cara yang saya gunakan untuk kurangkan bau durian dalam kereta.

Mungkin ada di kalangan anda yang dah cuba, tetapi gagal.

Hmm .. saya tak pasti kenapa, mungkin kerana ia bergantung pada jenis durian .. tiada siapa yang tahu. Kajian pun tak ada nak buktikan akan kebenaran ... hoho.
Tangkai buah durian segar untuk hilangkan bau tengik dalam kereta
Cuma apa yang saya tahu, ia telah memberikan kesan yang baik ketika saya mencuba petua ini.

Saya akui, sekali lagi ... ia mungkin tidak mampu hilangkan bau tengik buah durian dalam waktu serta-merta. Tetapi, in Sha Allah .. selepas beberapa hari, jika dibiarkan tangkai buah durian itu di tempat saya katakan tadi, bau durian tidak akan kekal lama.

Cara Jimat Kurangkan Bau Durian

Jadi, setidak-tidaknya saya tak perlu nak berulang-alik ke kedai cuci kereta atau habiskan ringgit saya untuk mendapatkan penyembur udara.

[Baca Dah?] 4 Mitos Pasal Buah Durian Yang Ramai Percaya

Pernah saya cuba gunakan bauan dan wangian yang berharga RM10, digantung agar bau durian dapat dihilangkan, tetapi masih ... bau jadi bercampur-aduk malah menjadi bau yang memeningkan kepala.

Ini sekadar petua. Mungkin anda boleh cuba beberapa petua lain untuk hilangkan bau buah durian di dalam kereta. Tak cuba takkan tahu .. ye tak?


Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

4 Comments

  1. belum cuba lg.. pernah guna daun pandan je.. nnt lain kali buleh try guna tangkai plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna tangkai ok je...tp tak ada bau harum mcm guna serbuk kopi.

      Delete
  2. CN selalu letak roti atau biji kopi je. Sebab tak ada biji kopi, letak je uncang kopi tu. Memang hilang bau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah letak serbuk kopi ..mmg harum bau dia.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.