Wabak pandemik Covid-19 masih lagi berleluasa. Walaupun terdapat tanda positif wabak Covid-19 ini di Malaysia semakin berkurangan, namun kita semua tak boleh alpa sehingga melupakan segala nasihat yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seperti kata Perdana Menteri Malaysia, kita perlu mengadaptasi norma baharu dalam kehidupan dengan mementingkan kebersihan diri, melakukan penjarakan sosial dan mengelakkan daripada melakukan perhimpunan beramai-ramai.

Adakah Covid-19 Memberikan Risiko Teruk Kepada Pesakit Asma?

Covid-19 Memberikan Risiko Teruk Kepada Pesakit Asma

Seluruh dunia sedang melakukan pelbagai usaha untuk mengekang penularan wabak ini. Malah, vaksin turut diusahakan oleh banyak pihak agar dapat memastikan wabak Covid-19 ini tidak lagi menjadi ancaman kesihatan sedunia.

Kajian juga banyak dilakukan untuk mengenal-pasti ciri-ciri kewujudan Covid-19 ini, termasuklah faktor jangkitan wabak ke atas mereka yang mempunyai penyakit lain seperti asma.

[ads id='ads1']

Asma adalah antara penyakit yang ada kaitan dengan salur pernafasan. Jadi, sememangnya terdapat kebimbangan mengenai kesannya jika pesakit adalah positif Covid-19.

Risiko Covid-19 Pada Mereka Yang Ada Asma

Baiklah, mari sama-sama berbalik pada fakta dan elakkan membuat andaian semata.

Untuk pengetahuan kita semua, setakat ini kajian saintifik tidak menunjukkan peningkatan risiko golongan pesakit asma untuk mendapat jangkitan COVID-19 teruk. Namun, apa yang perlu difahami, maklumat yang diperoleh tidak cukup untuk membuatkan kita semua menarik nafas lega.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), individu yang mengalami penyakit pernafasan kronik seperti asma dan penyakit obstruktif paru-paru kronik (COPD) disenaraikan sebagai mereka yang berisiko tinggi.



Asma merupakan masalah kronik yang tercetus apabila berlakunya keradangan, kekejangan pada saluran pernafasan dan penghasilan cecair mukus pada kuantiti yang banyak.

Perkara ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Salah satu daripadanya adalah jangkitan virus.

Virus korona selain COVID-19 yang boleh menyebabkan masalah selesema biasa mempunyai keupayaan untuk menyebabkan masalah asma.

Guna Streroid Berisiko Untuk Pesakit Asma?


Ramai yang beranggapan, penggunaan steroid akan tingkatkan risiko untuk pesakit asma mendapat jangkitan COVID-19. Alasan yang sering diguna pakai adalah steroid boleh melemahkan daya tahan tubuh badan.

Ini bukanlah sesuatu yang akan diungkapkan oleh pakar, malah mereka akan menggalakkan anda mematuhi protokol penggunaan steroid bagi mengawal simptom asma. Pelbagai jenis kajian telah membuktikan asma dapat dikawal dengan penggunaan steroid secara berkala.

Oleh sebab itulah apabila anda didiagnosis, doktor akan memberikan dua jenis penyedut; satu untuk digunakan semasa serangan asma, satu lagi untuk dipakai setiap hari (steroid). Apabila anda berhenti menggunakan ubat steroid, yang turut dikenali sebagai ubat kawalan asma, anda berisiko untuk mendapat serangan asma teruk jika dijangkiti COVID-19.

[Dah Baca?] Asma Pada Wanita Hamil, Apa Suami Patut Ambil Tahu

Terdapat kajian yang menunjukkan risiko pengguna ubat steroid untuk mendapat jangkitan COVID-19 tinggi. Kajian tersebut diterbitkan di laman jurnal metabolisme dan endokrinologi klinikal.




Namun apa yang perlu difahami adalah kesan penurunan daya imun bagi ubat steroid tidak akan berlaku pada dos rendah. Kebanyakan steroid yang digunapakai untuk merawat penyakit asma bertujuan untuk mengawal keradangan pada saluran pernafasan.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Profesor Jabatan Pediatrik dan pengkaji di Universiti Ohio, Dr Mitchell Grayson.

Menurutnya, penting bagi pesakit asma untuk memastikan penyakit mereka berada dalam keadaan terkawal. Perkara tersebut hanya boleh dicapai dengan penggunaan ubat steroid yang dipreskripsikan.

Bagi pesakit asma, rawatan steroid tidak meningkatkan risiko jangkitan. Hanya mereka yang menggunakan ubat steroid berdos tinggi, seperti pesakit autoimun yang lebih berisiko.

Oleh sebab COVID-19 berasal dari keluarga yang sama, kebanyakan saintis berpendapat, ia boleh menyebabkan masalah yang sama. Komplikasi yang paling digeruni dalam jangkitan wabak pandemik tersebut berkait rapat dengan masalah pernafasan akut.

Jika perkara ini berlaku, pesakit akan mengalami masalah sukar bernafas dan memerlukan alat bantuan pernafasan untuk terus hidup. Inilah punca kepada kematian bagi kebanyakan kes di seluruh dunia.

Walaupun masih tiada bukti yang jelas menunjukkan kecenderungan pesakit asma untuk mendapat komplikasi pernafasan akut, tapi ia tidak bermakna risiko sama dengan populasi umum.

22 Langkah Berjaga-Jaga Untuk Pesakit Asma Elak Terkena Covid-19


Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi memastikan ia tidak mendorong kepada situasi yang mengancam nyawa.

Berikut merupakan cara untuk anda bersiap sedia menghadapi wabak pandemik COVID-19:
  • Pastikan anda mempunyai stok bekalan ubat yang mencukupi.
  • Elakkan daripada pergi ke tempat awam dan jauhi individu yang mempunyai simptom.
  • Amalkan jarak sosial.
  • Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.
  • Elakkan daripada membuat perjalanan ke luar negara.
  • Duduk di rumah dan jangan keluar kecuali kecemasan.
  • Jika ahli keluarga sakit, jauhkan diri anda bagi mengelakkan jangkitan.
  • Pakai topeng muka jika anda perlu menjaga individu sakit.
  • Elakkan berkongsi peralatan peribadi di rumah.

Buat pesakit asma, anda perlu mematuhi pelan tindakan asma yang disarankan oleh doktor:
  • Gunakan ubat yang dipreskripsikan kepada anda (termasuk steroid) mengikut cara penggunaannya yang betul.
  • Jangan berhenti mengambil ubat jika tidak disarankan oleh doktor anda.
  • Jika anda bimbang, ajukan soalan kepada doktor anda.
  • Bincang dengan ahli farmasi atau doktor berkenaan dengan bekalan ubat tambahan sepanjang wabak pandemik sedang berlangsung.
  • Pastikan anda tahu menggunakan inhaler dengan betul.
  • Elakkan daripada faktor pencetus asma seperti habuk, sejuk, haiwan peliharaan dan sebagainya.
  • Jika anda berasa tertekan, hubungi talian khidmat kaunseling psikologi. Tekanan emosi boleh mencetuskan serangan asma.



Jika anda tiada asma, lakukan kerja pembersihan persekitaran rumah seperti berikut:
  • Pastikan tiada pesakit asma sewaktu proses pembersihan sedang dijalankan.
  • Jangan guna bahan nyahkuman yang boleh mencetuskan serangan asma.
  • Buka tingkap dan pintu rumah untuk menggalakkan pengaliran udara.
  • Bersihkan permukaan seperti tombol pintu, kaunter dapur, telefon dan sebagainya.
  • Semak bahan yang digunakan pada bahan nyahkuman sebelum menggunakannya.
  • Jangan sembur bahan tersebut secara terus ke permukaan lantai. Semburkan pada kain dan lapkan pada permukaan.

Kesimpulan

Jika anda mempunyai penyakit asma, jangan takut untuk mengambil ubat steroid. Ia boleh meminimumkan risiko anda mendapat serangan asma.

Pelan tindakan asma dan langkah pencegahan lain perlu dititikberatkan untuk elak jangkitan virus korona baharu.


Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle