Bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan oleh Kerajaan Malaysia? Persoalan ini menjadi antara persoalan penting rakyat Malaysia yang merasa terbelenggu dengan PKP yang kini sudah memasuki Fasa ke-4 sehingga 12 Mei 2020.

Walaupun kerajaan telah mengendurkan sedikit keresahan rakyat dengan memperkenalkan PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada beberapa sektor tertentu, namun bahaya wabak Covid-19 tidak boleh diambil mudah. Rakyat Malaysia masih perlu memastikan diri mereka dilindungi dan terhindar dari menjadi penyebab peningkatan kes positif Covid-19 di Malaysia.

Kriteria Untuk Tamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kriteria Untuk Tamatkan Perintah Kawalan Pergerakan

Walaupun statistik diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menampakkan sedikit kelegaan, ia tidak bermakna ancaman Covid-19 telah tiada.

Jangan berhenti untuk merasa risau. Dengan risau, kita akan lebih waspada dan berhati-hati.

Kita seharusnya ingat dan peka, daripada data dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kita masih belum bebas sepenuhnya daripada wabak ini.

[ads id='ads1']

Masih ada lagi kes positif Covid-19 yang dirawat dan masih banyak lagi kemungkinan lain yang wujud, contohnya daripada beberapa kluster yang masih lagi belum dikenal-pasti secara terperinci.

Kita masih lagi risau dengan kemungkinan wujudnya kluster-kluster baharu terutama kluster import yang pada hemat saya masih di peringkat pengesanan. Sekiranya ada pesakit dari kluster ini merahsiakan pergerakkan mereka, kemungkinan akan wujud peningkatan kes Covid-19 yang kita tak jangka.

Info PKP Fasa 4

PKP Fasa 4 dilaksanakan untuk memastikan negara mampu mencegah Covid-19 dan kriteria untuk menamatkan PKP boleh dilaksanakan.

Untuk info, berikut adalah perkara-perkara penting dalam PKP Fasa 4 bermula dari 29 April hingga 12 Mei 2020:

Intipati PKP Fasa 4 Malaysia

6 Kriteria Utama Bagi Menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia

Ok, berbalik pada persoalan, bila PKP ini akan berakhir?

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga KKM telah menggariskan enam kriteria utama untuk menamatkan PKP di Malaysia. Seandainya negara memenuhi kriteria-kriteria ini, kemungkinan besar kerajaan akan menamatkan PKP dalam masa terdekat.

Kriteria Untuk Tamatkan Perintah Kawalan Pergerakan

Berikut adalah 6 kriteria tersebut:

  1. Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import.
  2. Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif daripada menjangkiti orang lain.
  3. Kemampuan sistem dan fasiliti kesihatan negara (makmal dan wad).
  4. Kemampuan negara dalam usaha melindungi golongan berisiko tinggi.
  5. Norma baharu (new norm) menjadi amalan hidup iaitu tiada lagi perhimpunan awam, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan.
  6. Kemampuan negara dalam usaha melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.



Sekarang, aspek penilaian telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat untuk memenuhi tuntutan bagi menamatkan PKP.

Lengkapi 6 Tuntutan, Kita Bebas PKP

Rakyat perlu memastikan 6 kriteria yang disenaraikan di atas segera direalisasikan jika mahu PKP ini segera ditamatkan. Seandainya kriteria tersebut tidak dicapai, maka kemungkinan PKP akan berlarutan lebih lama. Ianya pastinya memberikan kesan kepada ramai orang, baik dari segi sosial dan juga ekonomi.

[Dah Baca?] Apa Yang Boleh Dibuat Semasa PKP Untuk Dapatkan Income?

Daripada apa yang saya faham, mana-mana negara yang berkemampuan untuk memenuhi kriteria di atas, mereka akan menjadi antara negara terawal yang pulih daripada kesan-kesan wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini.

Tips PKP dan Hindar Covid-19

Sama-sama kita berdoa kepada Tuhan, dan melakukan yang terbaik bagi memastikan enam kriteria di atas dipenuhi seterusnya menghentikan penularan wabak dan juga tiada lagi kes positif Covid-19 di dalam negara.

Kita boleh jika kita berdisiplin dan terus amalkan penjarakan sosial, kerap basuh tangan dan elakkan perhimpuan beramai-ramai. Amalkan tahap kebersihan tinggi dan pakailah topeng muka sentiasa terutama apabila keluar dari rumah.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement