Anda tahu tak bahawa mentega dengan marjerin adalah dua produk makanan yang berbeza? Ia tak sama walaupun nampak dan kelihatan serupa. Bahan-bahan ini yang merupakan bahan yang sering digunakan untuk bakeri, sering membuat keliru terutama untuk mereka yang pertama kali nak membuat kek, roti atau kuih.

Saya antara yang menjadi mangsa kerana kekurangan ilmu mengenai perbezaan mentega dengan marjerin ini. Jadi, apabila membuat kuih, pasti hasilnya jauh berbeza dengan orang lain dek kerana kesilap-fahaman ini.

Perbezaan Antara Mentega dengan Marjerin

Beza Antara Mentega dan Marjerin

Mentega adalah butter, manakala marjerin adalah margarine. Jika anda membuat resepi kek, kuih, roti atau apa jua masakan berdasarkan resepi dari rujukan luar negara yang berbahasa Inggeris, pastikan anda tidak tersalah pilih antara mentega dengan marjerin ini.

Jadi, persoalannya sekarang .. bagaimana nak mengenali perbezaan antara kedua bahan ini?

[ads id='ads1']

Jika dilihat secara sekali imbas, mentega dan marjerin kelihatan tiada beza. Namun kedua-duanya sebenarnya mempunyai perbezaan dari beberapa segi selain kesan ke atas masakan.

Oleh yang demikian, jika dalam sesuatu resipi menggunakan mentega, anda tidak digalakkan menggantikannya dengan marjerin dan begitulah sebaliknya kerana ia akan menghasilkan hasil yang tidak seperti dijangka.

Butter is a dairy product made by churning cream. Conversely, margarine is a product designed to imitate butter. While butter is mainly composed of dairy fat, margarine is typically produced from vegetable oils.

Antara perbezaannya adalah: 

Mentega

Kelebihan Mentega

  • Diperbuat daripada lemak haiwan iaitu lemak susu.
  • Berwarna lebih pucat berbanding marjerin.
  • Dari segi tekstur, mentega lebih mudah lembut dan cair pada suhu bilik.
  • Mempunyai kandungan vitamin yang lebih tinggi seperti Vitamin A, E, K yang tidak larut dalam air.
  • Cara penyimpanannya adalah perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  • Sesuai digunakan untuk memasak makanan barat, menumis sup pekat, membuat kek, pastri dan sebagainya.
  • Mentega lebih harum dan menghasilkan bau makanan yang lebih sedap dan ia akan mudah kelihatan meleleh bila dipanaskan.



Marjerin

Kelebihan Marjerin

  • Diperbuat daripada kombinasi lemak haiwan dan lemak sayuran.
  • Marjerin mempunyai warna yang lebih kuning berbanding mentega.
  • Boleh dibiarkan agak lama pada suhu bilik tanpa merubah teksturnya.
  • Mengandungi kurang vitamin berbanding mentega.
  • Marjerin boleh disimpan diluar tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Sesuai digabungkan bersama mentega untuk menghasilkan nasi tumis yang enak, membuat biskut, kek-kek tradisional, kuih muih dan lain-lain.
  • Selain itu, marjerin selalu digunakan sebagai bahan tambahan untuk masakan, membuat sos, masakan yang ditumis, dan campuran dalam minyak goreng untuk hasil yang lebih sedap dan rangup.

Tetapi sejak beberapa dekad ini, dua produk ini telah saling hampir serupa antara satu sama lain. Malah, proses pembuatannya juga telah ditambah baik dengan memberikan lebih banyak khasiat dan memenuhi permintaan kepada pemakanan yang lebih sihat.

Misalnya marjerin, kebanyakan jenama pengeluar telah menambah vitamin yang baik untuk kesihatan dalam produk marjerin ini.

Antara jenama terkenal di Malaysia adalah seperti Daisy, Planta, Naturel dan Buttercup. Dan ada juga beberapa jenama baharu seperti Alif, Adela dan Sri Pelangi.

Jenama-jenama marjerin terkenal di Malaysia



Dari sudut kesihatan, melihat kepada cara penghasilan keduanya, nampak jelas bahawa marjerin adalah lebih menyihatkan daripada mentega kerana diperbuat dari lemak sayuran. Malah, ia juga boleh dihasilkan sendiri di rumah berbanding dengan mentega yang diperbuat daripada lemak haiwan.

Tips Menggunakan Mentega dengan Marjerin

Dari sudut untuk menghasilkan makanan, ini ada sedikit tips yang boleh dijadikan panduan apabila mahu menggunakan mentega mahupun marjerin:

  • Semasa menggunakan marjerin untuk menumis atau membuat kuih kering , jangan tambah garam kerana rasa marjerin tu sendiri dah masin .
  • Mentega sangat mudah tengik , jadi perhatikan dengan teliti tarikh tamat tempoh yang dinyatakan pada bungkusan.
  • Simpan mentega atau marjerin dalam tempat sejuk dan tidak terkena matahari secara langsung.
  • Untuk membuat kek yang bertekstur sempurna , campurkan mentega dan marjerin dengan perbandingan 1:1 . Hasilnya, kek akan lebih enak, harum, dan lembut.

Semoga dapat dimanfaatkan bersama. Kongsikan jika perlu.

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Lubuk Bundle Gred AA

Dropship USD