Sebagai ibu bapa yang ada anak berumur masih bayi, wajib ambil tahu mengenai jadual vaksin terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Anak saya Najmi, masih lagi berumur kurang 2 tahun, dan baru sahaja ambil suntikan booster untuk DTap - kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.

Suntikan vaksin di Malaysia adalah wajib untuk bayi dan kanak-kanak. Ianya adalah percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan. Sebagai warganegara Malaysia, anda tidak dikenakan sebarang bayaran pun untuk suntikan vaksin untuk anak di klinik dan hospital kerajaan.

Jadual Terkini Pemberian Vaksin atau Suntikan Imunisasi Bayi KKM


Jadual pemberian vaksin dan suntikan imunisasi terkini KKM
Ibu bapa mana yang tidak mahukan perlindungan maksima untuk anak-anak kan? Apatah lagi di zaman sekrang yang mana ancaman pelbagai virus dan bakteria itu kekal. Gunakan perkhidmatan suntikan vaksin percuma diberikan kerajaan ini agar memastikan anak dilindungi dan terhindar dari bahaya penyakit, terutama penyakit berjangkit.

Untuk itu, kena pastikan bahawa anak mendapat suntikan vaksin mengikut jadual vaksinasi yang telah disediakan oleh KKM. Berikan semua vaksin, tak boleh ada yang terkecuali.

Jadual Terkini Pemberian Vaksin/Suntikan Imunisasi Untuk Bayi/Anak

Meh ikuti jadual imunisasi atau vaksin berikut untuk panduan.

Jadual Terkini Pemberian Vaksin atau Suntikan Imunisasi Bayi KKM
Daripada jadual terkini di atas, terdapat sedikit perubahan pemberian vaksin atau imunisasi untuk bayi.

Untuk pemahaman anda mengenai dos vaksin atau imunisasi diberikan, berikut adalah maksud singkatan dalam jadual vaksin di atas:

  • BCG adalah Basile Calmette-Guerin, vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
  • DTap adalah kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.
  • DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
  • Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.
  • MMR adalah Measles (campak), Mumps (beguk) dan Rubella.
  • MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
  • JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
  • HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

Untuk pengetahuan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini jadual imunisasi pada tahun 2016 dengan menambah dos MMR (measles, mumps, rubella) untuk bayi 9 bulan. Rujuk jadual di atas ye ...

Sebelum ini, hanya satu dos MMR diberikan pada bayi 12 bulan.
 
Dos MMR ditambah untuk bayi berusia 9 bulan kerana kajian 5 tahun sebelum tahun 2016 menunjukkan ramai bayi berusia 1 tahun ke bawah mengalami demam campak.

[Dah Baca?] Sabun Khas Untuk Mereka Yang Terkena Demam Campak

Jadual Pemberian Vaksin/Imunisasi Tambahan Untuk Bayi

Manakala ini adalah jadual vaksin tambahan yang boleh diberikan untuk anak anda. Vaksin tambahan ini dapat memberikan perlindungan penuh kepada anak anda jika ia disertai dengan vaksin yang disarankan oleh KKM.
Jadual Pemberian Vaksin atau Suntikan Imunisasi Tambahan Untuk Bayi

Vaksin ini boleh didapati di hospital atau klinik swasta.

Vaksin Umur/tempoh vaksin
Pneumokokal (conjugated vaccine) Adalah disyorkan untuk melengkapi 3 dos pada umur 1 tahun, di mana dos pertama diberi selepas umur 6 minggu.
Sila berjumpa dengan doktor anda untuk cadangan jadual imunisasi pnumokokal mengikut umur anak anda.
Meningokokal Adalah disyorkan kepada kanak-kanak yang melawati kawasan berisiko tinggi.
Satu dos vaksin memberi daya imuniti selama 3 tahun
Rotavirus Adalah disyorkan untuk mendapat dos pertama selepas umur 6 minggu. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk dos seterusnya mengikut umur anak anda.
Varicella / cacar air Untuk kanak-kanak berumur 12 bulan – 12 tahun: 1 dos diperlukan
Untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas: 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin sekurang-kurangnya 4 bulan.
Hepatitis A Untuk kanak-kanak umur 1 tahun ke atas: 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin diantara 6 hingga 12 bulan.

Jenis-Jenis Penyakit Berkaitan Pemberian Vaksin/Imunisasi



Pemberian vaksin dan imunisasi yang lengkap boleh menghindarkan bayi dan anak anda dari terkena penyakit-penyakit disebutkan di atas. Jika tak pasti kesan penyakit-penyakit ini, saya senaraikan di bawah ini untuk rujukan dan panduan anda.

  • Tibi (batuk kering) - Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.
  • Difteria - Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
  • Pertusis (batuk kokol) - Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.
  • Tetanus - Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
  • Haemophilus influenzae jenis (Hib) - Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  • Hepatitis B - Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
  • Polio - Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
  • Campak - Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).
  • Beguk - Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
  • Rubella - Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)
  • Pnemokokus - Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.
  • Rotavirus - Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis
  • Virus Human Papilloma - Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital
[Baca Juga] Cara Buat Laporan Rasmi Jika Terkena Kesan Sampingan Vaksin

Semoga informasi dan panduan untuk kesihatan seisi keluarga ini bermanfaat.

Sumber: Laman MyHealth dan theAsianParent Malaysia

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dan tarikh vaksin jangan lupasimpan untuk kegunaan masa depan ekekeke

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement