Cara membayar bil TM Unifi menggunakan perbankan online Maybank2U. Baru-baru ini, saya dihubungi oleh seseorang meminta saya menerbitkan satu post berkenaan cara untuk membayar bil internet UNIFI secara online. Alhamdulillah, saya telahpun memberikan panduan bagaimana membayar bil UNIFI menerusi aplikasi.

Selain menggunakan aplikasi percuma disediakan oleh pihak Telekom Malaysia (TM), cara lain untuk membayar bil internet UNIFI adalah dengan menggunakan laman web perbankan Maybank2U.com.my.

Cara-Cara Nak Bayar Bil TM UNIFI Menggunakan Portal Maybank2U

cara bayar bil UNIFI

Jadi, untuk post kali ini, saya sukacita nak kongsikan cara-cara untuk menggunakan portal Maybank2U untuk membayar bil TM UNIFI, memandangkan ada di kalangan kita yang masih lagi tidak tahu mengenainya.

Sebelum tu, pertama kali saya nak beritahu .. jika nak gunakan cara ini untuk membayar bil internet UNIFI mahupun Streamyx atau TM Broadband, kena tahu nombor akaun TM anda.

[ads id='ads1']

Bagaimana nak tahu nombor akaun?

Anda boleh dapat tahu dengan melihat bil internet terdahulu, boleh juga semak email daripada pihak TM yang biasanya akan remind mengenai tunggakan bil internet anda atau menerusi SMS yang dihantar oleh pihak TM setiap bulan (dari nombor 62100).

Ok, jom ikuti panduan di bawah tentang cara nak membayar bil internet UNIFI menerusi portal perbankan internet Maybank2U.

Tatacara Menggunakan Maybank2U Untuk Bayar Bil TM UNIFI atau Streamyx

Pertama sekali, login ke akaun Maybank2U.com.my anda. Masukkan id login dan juga password.

Kemudian, pergi ke bahagian 'Pay & Transfer'. Klik 'New Payment'. Pilih dari senarai yang ada 'TM Unifi Home ...'. Nak mudah, taip je UNIFI dalam kotak.

Pilih dan klik, paparan di bawah ini akan muncul. Maka, masukkan nombor akaun TM UNIFI atau Streamyx anda ke dalam ruangan disediakan. Klik 'Confirm'.

cara bayar bil UNIFI

Ia akan proses, dan akan keluar seperti ditunjukkan di bawah ini, nombor akaun dan nama bil tersebut. Jika akaun tersebut didaftarkan dengan nama orang lain, maka nama orang tersebut akan muncul pada bahagian 'Registered Bill Name'.

Contohnya, kat kampung anda ada UNIFI, anda nak bayar bil kampung anda tu ... boleh je masukkan nombor bil dan akan muncullah nama pemilik akaun.

cara bayar bil UNIFI

Masukkan nilai amaun bayaran. Biasanya jika ada bil baharu atau bil yang belum bayar, akan keluar amaun sepatutnya dibayar dalam kotak. Kalau tak ada, masukkan sahaja nilai amaun yang ingin anda bayar atau mengikut pakej UNIFI yang anda ambil.

Lepas tu, klik sahaja butang 'Pay' dan butiran di bawah akan muncul. Masukkan TAC untuk pengesahan pembayaran anda.

cara bayar bil UNIFI

Jika berjaya, butiran transaksi yang sempurna akan muncul seperti di bawah ini. Anda juga akan dimaklumkan menerusi SMS mengenai pengesahan pembayaran ini, termasuklah daripada pihak Telekom UNIFI itu sendiri.

cara bayar bil UNIFI

Ok. Setel. Tak susah mana. Dengan menggunakan cara ini, anda juga boleh tolong bayarkan bil internet UNIFI atau Streamyx orang lain dengan syarat anda tahu nombor akaun yang ingin dibayar.

Selamat membayar bil UNIFI .. huhu .. pastikan jangan tertunggak, jika lebih daripada 2 bulan tertentu, akaun anda akan terus kena potong oleh pihak Telekom Malaysia. :)

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement