Cara mudah nak semak dan bayar bil TM Unifi mahupun Streamyx. Ok. Rasanya ramai yang hadapai masalah apabila banyak pejabat pos, kiosk TM, bank termasuk pejabat Telekom yang tutup dan sukar untuk diakses atas sebab-sebab tertentu. Keperluan seperti membayar bil, menyemak bil semasa servis Unifi dan Streamyx menjadi sukar.

Selain menggunakan laman web Unifi untuk menyemak dan membayar bil internet dan telefon Telekom Malaysia; anda juga boleh menggunakan MyUnifi App sebagai cara alternatif yang lebih mudah.

Mudahnya Semak dan Bayar Bil Internet Unifi atau Streamyx Guna Aplikasi

Semak dan Bayar Bil Internet Unifi atau Streamyx Guna Aplikasi
Sejak pihak Telekom Malaysia menyediakan aplikasi percuma ini, saya sudah jarang menggunakan laman web MyUnifi untuk menyemak bil internet bulanan saya. Semuanya boleh dilakukan dengan mudah menerusi MyUnifi App.

Jika anda belum muat-turun aplikasi percuma MyUnifi App ini, bolehlah berbuat demikian menerusi pautan disediakan di bawah:


Pendaftaran menerusi aplikasi MyUnifi ini mudah, hanya perlukan email dan tetapkan password. Jika anda telah menggunakan laman web MyUnifi sebelum ini, hanya gunakan id dan pasword yang sama.

Tetapi, jika anda tak daftar pun, anda masih boleh menggunakan aplikasi ini untuk membayar bil. Cuma diperlukan adalah nombor akaun Telekom Malaysia.


Sekiranya anda baru pertama kali membuat pendaftaran akaun bil internet Unifi atau Streamyx, anda mungkin diperlukan untuk mengesahkan profile anda. Maka, sila ikuti arahan yang disediakan.

Untuk membuat pembayaran bil Unifi atau Streamyx, atau bil Unifi Mobile, ada dua pilihan .. iaitu samada menerusi kad kredit/debit mahupun FPX bank-bank yang disediakan.

Seperti contoh di bawah ini:
Cara bayar bil TM Unifi guna apps

Semak dan Bayar Bil Internet Unifi atau Streamyx Guna Aplikasi

Menerusi MyUnifi App ini, anda juga boleh menyemak bil-bil internet Unifi dan Streamyx anda termasuklah bil dan penggunaannya sebelum ini. Anda juga boleh menjelaskan bil-bil yang didaftarkan seperti bil Unifi atau Streamyx, bil telefon mahupun bil Unifi Mobile.

Anda juga boleh redeem ganjaran-ganjaran disediakan oleh TM menerusi aplikasi ini.

Sekiranya anda mempunyai masalah mengenai perkhidmatan dan servis disediakan oleh TM, ada ruangan support yang disediakan. Gunakan ia untuk membuat laporan kerosakan dan juga memaklumkan mengenai gangguan servis di tempat anda.

Cubalah.

Ia merupakan aplikasi all-in-one daripada Telekom. Ianya percuma. Muat-turun dan install segera ke dalam smartphone anda sekarang!

Oh ya, sekarang ada kempen menarik dari TM, iaitu pendaftaran percuma selama 30 hari untuk servis internet Unifi berkelajuan tinggi. Info dan maklumat lanjut boleh klik banner di bawah ya ... :)



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement