09 Julai 2018

Cara Semak Bil Internet Streamyx atau Unifi Secara Online

Kerja Kosong Sambilan
HASRUL HASSAN Online Blog

Bagaimana nak semak bil internet Unifi mahupun Streamyx (Unifi Broadband) secara online? Untuk pengetahuan, cara nak semak bil servis internet kendalian Telekom Malaysia (TM) ini telah beralih kepada satu portal baru iaitu Unifi.

Sebelum ini, semakan bil telefon dan internet Streamyx (Unifi Broadband) boleh dicapai menggunakan MyTM. Tetapi kini, segala semakan bil terkini termasuklah kemudahan pembayaran secara online boleh dibuat menerusi portal Unifi yang baharu.

Cara Semak Bil Internet Streamyx atau Unifi Secara Online

Cara semak bil internet online


Saya merupakan pengguna internet Streamyx, dan selama ini saya memang menggunakan portal online untuk menyemak bil terkini dan yang terdahulu.

Mungkin ada yang tak tahu cara nak semak bil Telekom Malaysia (TM) berkaitan bil telefon, bil internet Streamyx dan Unifi, maka boleh ikuti tatacara di bawah ini. Cukup simple.

Langkah 1 - Daftar Untuk Guna Portal Unifi

Daftar atau login ke portal Unifi di sini - https://unifi.com.my/unifi-en/index.page
Cara semak bil internet online
Anda hanya perlu masukan alamat email anda (kalau boleh biar sama dengan email daftar servis TM) dan juga nombor kad pengenalan untuk pendaftaran pertama kali. Anda juga boleh gunakan Facebook atau akaun Google untuk daftar.

Jika anda baru mendaftar, satu email dari TM (Unifi) akan anda terima untuk pengesahan, dan untuk memasukkan kata laluan yang baharu.

Langkah 2 - Login ke Portal Unifi

Untuk login, anda hanya perlukan email dan juga kata laluan (password) yang telah anda tetapkan semasa daftar/pengesahan email. Bila dah berjaya login ke portal TM Unifi ini, paparan di bawah akan keluar menunjukkan semua servis di bawah Telekom Malaysia yang anda langgan.
Cara semak bil internet online

Semakan Bil Internet Streamyx atau Unifi

Anda juga boleh lihat butiran lengkap mengenai bil TM, samada bil telefon, streamyx mahupun Unifi terkini dan sebelum ini menerusi portal ini, hanya perlu klik menu 'Bill Details' pada kekotak Billing atau secara ringkas boleh klik 'more details'.
Cara semak bil internet streamyx dan unifi online
Pembayaran bil TM secara online pun boleh dilakukan menerusi portal Unifi ini. Hanya klik 'Pay Now' atau anda boleh juga daftar untuk autopay bil. Ia akan paparkan semua servis yang anda langgan menerusi TM.

Bayar Bil Secara Online

Anda boleh membayar semua servis atau sebahagian servis yang anda langgan. Pembayaran online pula boleh menggunakan kad kredit mahupun kad debit. Malah, anda boleh membayar bil internet dan servis TM secara online menggunakan perbankan online di portal ini.
Cara semak bil internet dan bayar online
Cukup simple je kan? Yang penting ialah email dan juga nombor kad pengenalan. Email tu mesti yang betul, dan sering anda gunakan kerana bil terkini TM akan dihantar menerusi email, selain makluman berkaitan bayaran yang telah anda buat.

Baiklah, harapnya dengan perkongsian ini akan sedikit sebanyak membantu anda menyemak perbelanjaan anda, termasuklah bil daripada TM ni. Bil TM yang ada, bolehlah anda cetak jika mahu, mungkin sebagai bukti untuk claim pengecualian cukai pendapatan LHDN.

Semoga bermanfaat. Dan jangan lupa untuk kongsi pada orang lain ye.

Cara Semak Bil Internet Streamyx atau Unifi Secara Online Hasrul Hassan 4.5 of 5
Bagaimana nak semak bil internet Unifi mahupun Streamyx (Unifi Broadband) secara online? Untuk pengetahuan, cara nak semak bil servis inter...

Artikel Terkait

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon