Adeh. Tak sangka pula ramai yang respon tentang kisah meraba di bulan puasa. Kisah meraba adalah kisah zaman kecil, waktu sekolah rendah.

Semasa itu, saya bersekolah di Kuantan, Pahang. Nak lebih spesifik, bersekolah darjah 1-5 di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Tentera, Kem Batu 10, Kuantan, Pahang.

Kisah Meraba di Bulan Puasa

Kisah Meraba di Bulan Puasa

Kisah meraba di bulan puasa, tetiba tulis status di Facebook sebab lihat anak-anak saya dok kenan beli pemadam kat koperasi sekolah. Bila ada pemadam versi baru yang dijual di koperasi, mesti nak beli, mahu dijadikan koleksi.

Tapi, itulah ... beli, kata nak kumpul tapi bersepah sana sini. Geram juga. Dalam dok geram melihatkan raba atau pemadam terletak sana sini dalam rumah, terus ingatkan zaman waktu sekolah rendah di Kuantan.

[ads id='ads1']

Saya pun terfikir, kenapakah saya waktu tu panggil pemadam pensil atau pen ni sebagai raba? Ini bukan perkataan raba yang membawa maksud raba (it's not meaning grasp) tu ya.

Sebelum ini, saya tak pernah tahu pun. Dan hari ini, saya dah pasti asal usul perkataan yang saya gunakan untuk rujuk kepada pemadam.

Cerita Pasal Raba

Ni kisah betul, tapi diolah kembali dengan ayat yang baru.

A pelajar perempuan, B pelajar lelaki.

A: Raba aku B. Raba aku B.
B: (tunjuk muka heran dan pelik.)
A: Raba aku B.
B: Giler kau , ada ke mintak aku raba kau. (terkejut si B)
A: alah ko ni B..isshhh.. Aku nak getah pemadam aku yang kau pinjam. Bukannya suruh raba aku.
B: Hahaha..ingatkan kau suruh aku meraba kau.

C yang duduk kat belakang mereka berdua cuma senyum aje...lalala

Raba yang saya gunakan merujuk kepada pemadam pensil adalah asalnya dari perkataan rubber.

Kan ke pemadam diperbuat dari getah. Dan menurut rakan-rakan dari pantai timur, memang pemadam dipanggil sebagai roba.

Dah duduk dan sekolah rendah di Kuantan, sah-sah la lidah saya dah ada campur dengan bahasa dan loghat dari sana, cuma saya jadikan ia dalam bahasa Perak, jadi perkataan pemadam yang disebut roba terkalih sebut raba.

Kumpul Pemadam Pensil

Cam anak saya, dulu masa zaman sekolah rendah, saya pun kaki gak kumpul raba ni. Lagi-lagi raba atau pemadam yang papar gambar koleksi bendera negara-negara, tak pun transformer, tak pun gambar silverhawk, tak pun gambar dinosour. Semua watak dan karektor serta perkara yang dibuat dalam koleksi.

Tak mampu beli sekotak, belilah setiap hari, satu biji sampai lengkap koleksi pemadam tu. Harga, paling murah 10 sen dapat dua bijik. Sekarang, tak dapat dah harga tu, paling kurang pun 30 sen, kalau popular sikit macam Ben 10, harga dalam 50 sen.

Kisah Meraba di Bulan Puasa

Kadangkala dok beli makanan ringan pun ada koleksi pemadam ni. Macam dalam Ding Dang dan Tora. Macam best je kalau dapat pemadam yang gambar rare sikit. Ada rakan sekolah dok kumpul sampaikan ada macam-macam saiz dan bentuk.

Masa bulan puasa, permainan raba adalah permainan yang popular, sebab main benda ni tak guna tenaga, tak keluar peluh. Jadi, bila time rehat atau reses, mana-mana geng yang ada koleksi pemadam, mulalah main benda ni. Motifnya, siapa yang menang akan dapat pemadam tu ... hoho .. selalu, siapa ada pemadam yang besar, dia akan ada kebarangkalian untuk menang sangat cerah.

Cara Permainan Raba di Bulan Puasa

Cara main raba masa bulan puasa; main tekan pemadam tu, mana-mana pemadam yang dapat berada atas atau tindih pemadam lawan, dia dikira menang dan boleh ambil pemadam yang kalah tu.
 
Heh. gitulah adanya kisah meraba di bulan puasa.

Bulan puasa, teringat kisah dalam kelas semasa darjah 4 ... duduk berhadapan dengan rakan sekolah bernama Habsah.

"Habsah .. aku nak raba ko ..."

Adeh.... hohoho ....masa tu yelah ingat benda tu pemadam. Cer sekarang sebut macam tu gak, mau saya kena pelempang oleh Habsah.

p.s: Mana la gamaknya pergi si Habsah ni ehh...

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Thorbaik lah kisah sifu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, hanya berkongsi kisah zaman kanak-kanak yang innocent je .. hoho.

      Delete
  2. Hahaha..kadang2 kalau kita salah faham..lain yg dimaksud..lain yg kita faham..

    ReplyDelete
  3. hahah..memang org kedah pggil raba..ida org kedah..tp ida pggil pemadam..heheh.sbb merantau merata so xde la ckp kedah sgt.hahahha..blik kedah ckp kedah. blik trgni ckp kl tp ade loghat tgnu skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu la pasal, arwah ayah saya orang utara. Lagipun orang Perak pun dok sebat raba, jadi benda biasa je pun masa tu, bukan fikir pasal meraba bab tu .. hoho.

      Delete
  4. budak laaa ni kalau sebut raba, depa dah melencong jauh dah...hahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala ... sebuat MAKAN pun kadangkala derang salah tafsir .. almaklumlah bahasa milinia ...

      Delete
  5. kah kah ingatkan meraba apa lah tadi Zzzz terkejut saya bang!

    ReplyDelete
  6. kah kah ingatkan meraba apa lah tadi Zzzz terkejut saya bang!

    ReplyDelete
  7. nak sebut pemadam/ getah pemadam panjang snagat, raba senang je, ada sifat viral lagi...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk .. hehehe.. :) hanya mampu tersenyum sahaja.

      Delete
  8. Replies
    1. Kisah pengalaman kecik-kecik, kalau diingat dan ditulis memang menarik sekali.

      Delete
  9. Nostalgia zaman dulu..maen sakan..siap kumpul berlambak2...pling nakal dipotong kecil2 melastik org..pastu buat muka tak bersalah..

    ReplyDelete
  10. rubber rubber teringat lawak kumpulan bocey hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya