Resepi Nenas Masak Bombay, yang adakalanya disebut Pajeri Bombay dan ada pula yang mengenali sebagai Nenas Tumis Air. Walaupun nama sedikit beza dan kemungkinan juga resepi, bahan utama kekal buah Nenas yang masam-masam manis.

Biasanya, anda akan dapati menu simple ini dihidangkan bersama dengan Nasi Minyak atau Nasi Briyani. Tetapi, boleh sahaja dimakan bersama nasi putih asalkan kena dengan lauknya yang lain.

Resepi Nenas Masak Bombay

Resepi Nenas Masak Bombay atau Masak Air

Saya mengenali resepi mudah Nenas Masak Bombay ketika bermastautin di Kuantan, Pahang. Tetapi ketika itu, ia lebih dikenali sebagai Nenas Tumis Air. Sepertimana kebanyakan resepi negeri Pahang, tumis air adalah resepi yang memang popular.

Kemudian, apabila saya sambung sekolah menengah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan, saya dapati ia menjadi antara menu wajib di sekolah tersebut selama 5 tahun saya belajar di situ.

[ads id='ads1']

Ok, berbalik pada resepi ...

Bahan-Bahan Memasak

Berikut adalah bahan-bahan untuk memasak resepi Nenas Masak Bombay atau Pajeri Bombay. Oh ya, kenapa ada sesetengah tempat memanggilnya Pajeri Bombay, tidaklah dapat saya pastikan.
  • Nenas dipotong dan dibuang empulur. Elok dicari Nenas Madu sebab ia pasti jadi lebih sedap. Potong kecil-kecil agar mudah dimakan
  • Cuka makan
  • 3 biji bawang besar
  • 4 - 5 ulas bawang putih, dibelah dua
  • 1 biji cili merah dan cili hijau dihiris nipis
  • Setengah inci halia dihiris halus
  • 2 sudu gula
  • Setengah sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 - 2 kuntum bunga lawang
  • 2 - 4 biji buah pelaga
  • 3 - 5 kuntum bunga cengkih
  • Garam secukup rasa
 

Cara Memasak

  1. Panaskan sedikit minyak (satu sudu besar) di dalam kuali, masukkan biji sawi, kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih. Masak kesemua bahan ini hingga berbau harum.
  2. Kemudian, masukkan bawang  merah, halia dan serbuk kunyit. Kacau semuanya sehingga sebati dan masak sehingga bawang nampak layu.
  3. Masukkan gula dan cuka makan, kacau dan masak hingga pekat. Gunakan api yang kecil dan kacau selalu.
  4. Kemudian, masukkan buah nenas yang dipotong tadi bersama cili. Tambahkan sedikit garam jika perlu. Gaul rata dan masak semua bahan sehingga nenas menjadi lembut. 
  5. Selesai untuk dihidangkan.

Oh ya, sukacita nak ingatkan .. anda tidak perlu tambah air kerana nenas itu sendiri dah ada jusnya sendiri.

[Baca] Resepi Masak Rendang Ayam Mudah dan Sedap

Menu resepi Nenas Masak Bombay ini sesuai dihidangkan bersama Ayam Masak Merah atau Daging Masak Kurma. Tetapi semasa saya di sekolah berasrama dulu, biasa ia bersama lauk ikan goreng (ikan Nyok-Nyok) atau ikan masak sambal.

Err .. jika anda mengikuti rapat blog ini, tentu sedar yang sebelum ini saya pernah share menu yang sama, tetapi .....saya tersilap satu bahan .. nak tahu?

Boleh baca sini - Masak Resepi Nenas Bombay Tetapi Silap Bahan

Cubalah.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Rupanya nama resipi ini Nanas Masak Bombay. Pernah makan masakan ini waktu kecik-kecik dulu, tapi hanya ambil kuahnya saja bubuh atas nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la .. masa awal2 makan benda ni .. haram tak tahu nama. Dalam kenduri kendara selalu ada ni

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Rahsia Menjadi PEMILIK PRODUK JENAMA SENDIRI. Panduan Lengkap. Guna Kod "40DISKAUN" utk potongan 40%!KLIK SINI

Rahsia FB Post Viral 20 Ribu Share Dalam 5 hari! Ketahui Caranya Dengan Klik DI SINI

Advertisement