Wabak novel-Koronavirus 2019 kini memasuki fasa baharu apabila ianya telah diisytiharkan sebagai satu pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Ini adalah disebabkan penularannya yang kini merentasi negara dan benua dengan kadar yang sangat cepat.

Walaupun langkah-langkah pencegahan penularan dilakukan sangat giat oleh negara-negara yang disahkan terbabit dan mempunyai kes positif Covid-19 ini, namun disebabkan faktor pergerakan manusia dan kewujudan persamaan faktor persekitaran telah menjadikan kes Covid-19 meningkat lebih 13 kali ganda dalam tempoh 2 minggu.

Sumber Rasmi KKM Untuk Info Tepat Covid-19 di Malaysia

Web Rasmi Ketahui Status Covid-19 Terkini Malaysia

Pandemik bukan satu istilah biasa. Apabila pertubuhan seperti WHO menyatakan bahawa sesuatu penyakit itu dilabel sebagai satu pandemik, ia sebenarnya memberikan isyarat sangat jelas bahawa penyakit ini sudah menjadi satu ancaman kepada manusia.

Istilah pandemik tidak boleh digunakan sesuka hati. Ia adalah istilah, yang jika disalah guna, boleh mengakibatkan ketakutan yang tidak sepatutnya, atau persepsi bahawa sesuatu penyakit itu sudah tidak mampu dibendung atau sudah berakhir, yang natijahnya boleh menyebabkan penderitaan dan kematian yang tidak perlu.

Kematian yang tidak perlu bermaksud, keadaan panik sehingga menyebabkan berlakunya perkara lain yang tidak diingini; contohnya bunuh diri, kemalangan, rusuhan dan sebagainya.


Bagi memastikan keadaan adalah terkawal dan usaha untuk membendung pandemik Covid-19 ini dapat dilaksanakan sebaiknya, adalah sangat penting terutama rakyat Malaysia mendapat info yang benar lagi sahih berkaitan perkembangan Covid-19 ini.

Tatkala ini, ada banyak laman web serta blog yang menyiarkan berita mengenagi Covid-19 yang mana ada di antaranya sekadar berita 'hear-say' atau sekadar cakap-dengar yang terbit hasil daripada apa yang mereka nampak dan lihat tanpa ada sebarang fakta kukuh menyokongnya.

Contoh, seseorang ternampak seseorang pengsan di tepi bangunan atau kaki lima bangunan yang sebelum ini ada dilaporkan mempunyai kes Covid-19. Lalu menularkan gambar dan cerita lelaki pengsan itu sebagai kematian tiba-tiba di tepi jalan akibat Covid-19, walhal ia bukan gambaran yang sebenar.

Berita yang kurang sahih dan tanpa fakta serta bukti ini jika disebarkan boleh membawa kepada keadaan yang disifatkan oleh WHO sebagai panik yang tidak perlu, yang sekali lagi boleh memberikan kesan kepada langkah pencegahan penyakit.

Sumber Sahih Untuk Dapatkan Info Terkini Covid-19

Oleh itu, untuk memastikan sebarang info dan maklumat berkaitan perkembangan terkini Covid-19 ini perlulah diakses dan diperoleh dari sumber yang sahih iaitu laman web rasmi agensi kerajaan yang terlibat dalam pengekangan pandemik Covid-19 ini.

Rakyat Malaysia disarankan untuk merujuk sumber rasmi khas berkaitan Covid-19 ini menerusi:

Laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) KHUSUS Covid-19:
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

Saluran Youtube Kementerian Kesihatan Malaysia: https://www.youtube.com/channel/UCbHpzYXgG0JUb0-mtBZML7Q

Facebook rasmi KKM - https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

Akaun Twitter KKM - https://twitter.com/KKMPutrajaya
atau dapatkan akses ke aplikasi Telegram KKM berkaitan Covid-19 di bawah:


Gunakan sumber-sumber dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan kita mendapat maklumat serta info yang sahih bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak perlu.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement