Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 akan berakhir pada 28 April 2020, namun berdasarkan kepada situasi terkini dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PKP bakal dilanjutkan ke Fasa 4.

Perdana Menteri Malaysia, dalam satu perutusan khas sempena bulan Ramadan mengumumkan bahawa PKP akan dilanjutkan ke Fasa 4 bermula dari 29 April dan dijangka berakhir 12 Mei 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilanjutkan Fasa 4 Sehingga 12 Mei 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilanjutkan Fasa 4 Sehingga 12 Mei 2020

Perdana Menteri mengumumkan PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei memandangkan masih terdapat kes-kes Covid-19 yang aktif selain wujudnya beberapa kawasan dan lokasi yang berada dalam zon merah.

Menurut Perdana Menteri, usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19 perlu diteruskan berdasarkan kepada data-data yang disediakan oleh pihak KKM. Walaupun data-data KKM menunjukkan terdapatnya perkembangan positif, namun ianya belum cukup untuk meyakinkan penularan wabak Covid-19 telah dibendung sepenuhnya.


Dalam pengumuman itu juga, Perdana Menteri turut menyakinkan rakyat Malaysia bahawasanya seandainya terdapat petanda-petanda positif dan kes-kes Covid-19 menunjukkan penurunan ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan PKP secara bertahap untuk sektor-sektor tertentu termasuklah sektor sosial.

[ads id='ads1']

Malah, menurut beliau, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka satu pelan menyeluruh untuk membolehkan sedikit kelonggaran diberikan bagi memberikan keselesaan kepada rakyat yang semakin terbelenggu dengan PKP.

Di bawah ini menunjukkan infografik perkembangan Covid-19 di Malaysia setakat 23 April 2020:

Covid-19 Malaysia

Pendapat Peribadi PKP Fasa 4

Secara jujurnya, saya telah menjangka bahawa tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga pertengahan bulan Mei 2020.

Apatah lagi sekarang, sudah ramai rakyat Malaysia dari luar negara kembali ke tanahair dan sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di lokasi dikawal-selia oleh KKM terutama yang berdekatan pintu masuk negara.

PKP Fasa 4 dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 berkemungkinan PKP fasa terakhir melihatkan kepada perkembangan semasa pengawalan. Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi saya.

Jika rakyat Malaysia terus duduk di rumah dan tidak melanggar PKP, in Sha Allah, sebelum berakhirnya Mei 2020, banyak kelonggaran akan diberikan oleh kerajaan termasuklah kemudahan untuk bergerak merentasi negeri dan beriadah di kawasan terbuka.

Apapun, segalanya bergantung kepada rakyat Malaysia.



Pihak KKM terutama barisan hadapan sedang melakukan yang terbaik bagi memastikan kita semua bebas daripada terkena jangkitan wabak Covid-19 ini. Mereka juga inginkan suasana kembali kepada keadaan yang lebih baik, dan PKP tidak lagi membelenggu kehidupan.

Mereka juga ada keluarga dan sanak-saudara seperti rakyat Malaysia yang lainnya.

Cuma membezakan ialah tugasan dan tanggungjawab yang perlu digalas untuk memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya.

Jika kita mahu membantu mereka, lakukan dan laksana tugas yang mudah iaitu duduk di rumah, lakukan penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan dengan air serta sabun.


Sama-sama kita berdoa terutama di dalam bulan Ramadan ini agar wabak penyakit ini akan berlalu dengan cepat. In Sha Allah.

Untuk teks penuh ucapan Perdana Menteri mengenai pelanjutan PKP boleh dilihat di sini - https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/2942258065852733

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement