Anda tahu apa dimaksudkan Burnout? Lagi, adakah anda tahu tanda-tanda terkena burnout ini? Saya pasti ramai yang tak tahu apa maksud burnout ini. Kalau terjemah kepada Bahasa Malaysia pun, rasanya makna dia pun akan pelik yang ada kaitan dengan terbakar.

Ramai yang tidak sedar mereka terjebak dengan masalah burnout ini terutama berpunca dari tempat kerja. Ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja, malah kanak-kanak juga boleh terkena burnout ini.

Burnout Adalah Sejenis Gangguan Emosi, Mental dan Fizikal

Tanda Terkena Burnout

Menurut Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil, Ketua Bahagian Psikiatri dari University Malaya Specialist Centre (UMSC), burnout merujuk kepada gangguan emosional, mental dan fizikal disebabkan oleh stress atau tekanan yang berpanjangan.

Burnout disifatkan sebagai satu bentuk penyakit yang kronik buat mereka yang sering menghadapi tekanan dan stress; samada berpunca akibat kerja, belajar mahupun masalah peribadi. Namun, masalah ini sering dikaitkan dengan masalah tekanan berlebihan di tempat kerja. 

[ads id="ads1"]

Tempat kerja dikenal pasti antara penyumbang tekanan paling tinggi dalam hidup seseorang. Tekanan kerja akibat ditegur bos, kerja yang perlukan dateline, kesilapan teknikal, dan gosip serta politik pejabat adalah penyumbang kepada masalah tekanan di pejabat.

Saya pasti ramai antara anda yang pernah merasai tekanan di tempat kerja kan? Ia bukan perkara baharu. Dah berlaku sejak lama dahulu, tapi mungkin di zaman serba mengejar masa ini, kes berkaitan burnout ini semakin banyak berlaku.

Saya dulupun biasa merasainya, apatah lagi bila ianya datang direct dari boss.

Sampai ada waktu, saya terbawa-bawa masalah tekanan kerja ini ke rumah, yang sepatutnya tidak boleh berlaku. Jangan sesekali bawa masalah di pejabat atau tempat kerja ke rumah. Ia boleh menjejaskan keharmonian.

Tanda-Tanda Anda Terkena Burnout

Tanda Terkena Burnout

Pertanyaan?

Apa tanda-tanda terkena burnout ini? Bagaimana nak kenal-pasti diri anda, suami atau isteri, anak, rakan pejabat anda terkena penyakit ini?

Jom. Mari lihat tanda-tanda mereka yang mengalami masalah burnout ini:

  1. Hilang minat dengan kerja yang dilakukan, mengakibatkan produktiviti menurun.
  2. Tiada satu apa pun yang boleh memotivasikan diri untuk ke tempat kerja.
  3. Sering rasa kesal, putus asa, lesu dan merasa tidak dihargai baik oleh rakan sekerja mahupun majikan.
  4. Datang kerja hanya untuk gaji dan kerana terpaksa - bukan kerana minat, bukan sebab seronok, dan bukan sebab ikhlas.
  5. Kerap MC .... atau mengambil cuti kecemasan.
  6. Fikir negatif setiap hari, berpendapat tiada satu hari pun baik.
  7. Datang bekerja dengan minda yang menapak di tempat lain.
  8. Kerap tangguh kerja.
  9. Selalu elak diberikan tugasan dan tanggungjawab.
  10. Personaliti tidak terurus, dan tidak berminat dengan aktiviti sosial di tempat kerja.
  11. Agresif dan cepat marah.
  12. Mudah terkena penyakit seperti selsema, sakit kepala dan sebagainya.
  13. Datang lambat ke tempat kerja, tetapi pulang awal ke rumah.
  14. Mungkin ambil keputusan berhenti kerja atau diberhentikan oleh majikan.



Jadi, cuba lihat dalam diri kita masing-masing; ada tak tanda-tanda terkena burnout seperti disebutkan di atas. Jika ya, anda boleh cepat-cepat mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Anda perlu sedar, masalah ini adalah berkaitan dengan gangguan emosional, mental dan fizikal.


Jika tidak dirawat, ia akan membawa kepada situasi yang lebih sukar dan mungkin boleh lebih memudaratkan, samada terhadap diri, keluarga dan orang sekeliling.

Untuk seorang penulis blog, jika anda risau dari terkena burnout ini kerana terlalu lama duduk di hadapan komputer atau laptop, bolehlah lakukan 12 senaman untuk kurangkan stress.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Majalah iSihat.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. bagaimana dengan burnout dari rumah sendiri...terutama surirumah sepenuh masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya surirumah house husband sepenuh masa .... :)
      Burnout di rumah jarang berlaku .. Sebab .. beza dengan pejabat, di rumah tak ada kawalan, dan tak ada peraturan. Anda boleh ambil masa utk rehat sendiri. Ada pilihan untuk buat dan untuk tidak buat.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya